Pada hari yang penuh barakah ini,saya ingin berkongsi ilmu saya kepada pembaca blog saya,hari ini merupakan tajuk yang agak best dan membawa kita merantau jauh daripada semenanjung iaitu ke negeri bawah bayu Sabah,
PENGENALAN KULINTANGAN
Kulintangan
merupakan alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah Di Bawah Bayu.Ia
diperkenalkan kira-kira dua ratus tahun yang dahulu iaitu daripada Filipina dan
Brunei.Alat ini tersebar luas dalam masyarakat pantai.Secara tradisinya,a;at
muzik kulintangan tidak terdapat di kawasan pedalaman melainkan jika kawan itu
mudah dihubungi dengan sungai dari kawasan pantai
Di kawasan
pantai barat pula,alat ini digunakan oleh suku kaum Bajau dan Iranum seta kaum Lotud
Dusun ,Kadazan Dusun dari Papar,Tatana Dusun dan sesetengah kaum daripada
Bisaya Dusun.
Alat ini juga
tersebar luas di sepanjang pantai timur dan boleh didapati dalam kalangan
sesetengah masyarakat pedalaman di belah timur seperti masyarakat suku kaum
kadazan dari sungai Labuk dan suku kaum paitan dari hulu Sungai Kinabatangan
yang mempunyai hubungan perdagangan melalui sungai dan kawasan pantai,.
Selain itu,
alat muzik ini juga seakan-akan gamelan.. Alat Muzik Kulintangan ini sering
dimainkan dalam majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan,khatam
al-quran, adat bercukur rambut, berkhatan dan kenduri-kendara yang lain.
Ensembel
kulintangan ini mempunyai repertoire yang besar.Setiap lagu dalam repertoire
dapat dibezakan daripada nama yang diberi yang menandakan irama dan keccepatan
rentak lagu tersebut.
ALAT MUZIK
KULINTANGAN
Alat muzik
kulintangan terdiri daripada gong-gong kecil yang diatur mendatar dalam satu
baris di atas utas tali pintal yang diregang melintangi sebuah para kayu kecil.
Di sebelah
pantai barat negeri Sabah,biasanya lapan atau Sembilan buah gong
digunakan,manakala bagi bahagian sebelah timur pula,bilangan gong selalunya
tujuh atau enam dan kadangkala lima sahaja.
Pada zaman
dahulu, alat muzik Kulintangan ini diperbuat daripada logam tembaga dan kayu
yang kini semakin sukar ditemui, kalau ada, harganya mungkin telah melambung
berpuluh kali ganda dari harga dahulu. Sebagai alternatif kepada keperluan
logam tembaga yang semakin sukar didapati ini, maka logam yang digunakan dalam
pembuatan kulintangan telah di tukar kepada besi.Antara besi yang digunakan
adalah
M15,M16 dan besi tangki
48.
Lazimnya,Kulintangan
diiringi oleh gong yang biasanya diperbuat daripada besi M21. Muzik yang
dihasilkan oleh Kulintangan bersama paduan bunyi alat muzik lain dikenali
sebagai muzik bertindik. Terdapat dua muzik bertindik yang popular iaitu
Pukulan Tidung dan Pukulan Kedidi.
Kebanyakkan
kulintangan tembaga yang berasal dari Filipina berwarna kuning.Selalunya,corak
dicapkan di atas permukaan leper di sekeliling busut.Beberapa kulintangan dari
negeri Brunei pula,perunggu-perunggu gong yang lama pula diperbuat daripada
gangsa.Tiap-tiap gong kecil dibentuk dengan acuan leper di tepid an berbusut di
tengah –tengah.
STRUKTUR
PERSEMBAHAN
Kulintangan
biasanya berperanan sebagai alat utama yang memainkan melodi dalam
ensemble-ensembel gong yang terdapat di pantai barat Sabah.Lazimnya,kulintangan
dikendalikan oleh seorang pemain yang mahir.Dalam beberapa masyarakat seperti
dalam kalangan suku kaum Lotud Dusun ,ensemble kulintangan mempunyai dua
pemain.
Pemain kedua
mungkin duduk di sebelah pemain pertama dan memukul secara berterusan gong yang
membunyikan pic tertinggi mengikut
rentak melodi.Manakala, bagi Suku Kaum Bajau dari Kampung Menunggui di Kota
Belud,kulintangan dipanggil sebagai “kuri-kurian” atau “buni-bunian” terdiri
daripada tujuh buah gong kecil dan empat buah gong gantung yang juga diperbuat
daripada tembaga.
Dua buah gong
yang di gantung dipanggil “babandil”,manakala,bagi dua buah gong gantung lagi
ialah gong “agong” iaitu gong-gong berbusut
yang mempunyai tepi yang lebih lebar dan dalam.
Dalam ensembel
ini juga,terdapat dua buah gendang yang dipanggil”gandang’ oeh sesetengah
masyarakat di Sabah.”gandang’” mempunyai dua muka kulit dan berbentuk
tong.Setiap gandang mempunyai simpai rotan yang boleh dilaraskan untuk menaik
atau menurunkan pic kulit kambing yang menutupi kepala gandang.
Alat muzik
kulintangan ditiunkan pada skel pentatonik.Pic gong yang pertama dalam alat ini
menghaslkan pusat pic.Pic asas dari slah sebuah “babandil” adalah satu oktaf ke
bawah daripada pusat pic kulintangan,manakala babandil yang satu
lagimembunyikan semiton atau penuh yang
membunyikan pic yang lebih tinggi
CARA PERSEMBAHAN
Semasa
persembahan ensembel kulintangan,kulintangan diletakkan di belakang ruang
persembahan yang diadakan dan pemain akan duduk di atas lantai.Kedua-dua
“babandil” digantung di atas tali yang panjang di kiri dan kanan alat
kulintangan supaya pemain juga boleh duduk di atas lantai.
Manakala,bagi
pemain “gandang”,mereka akan duduk di hadapan alat muzik kulintangan.Kedua-dua
gong agong digantung di kiri kanan gendang bertentengan dengan “babandil”
Namun,gong-gong
yang besar digantung dengan tali yang pendek,Oleh yang demikian,pemain gong
tersebut harus berdiri semasa memainkannya.Kedua-dua ‘babandil” ditiunkan
kira-kira jeda semiton.Manakala tiap-tiap gong pula akan menghasilkan bunyi
oktaf lebih rendah dari bunyi “babandil”.
Gong agong akan
dipalu dengan sebatang kayu yang berbalut getah,manakala babandil dan
kulintangan dipukul dengan kayu biasa yang dipanggil sebagai “titik”.Oleh yang demikian,kadang-kadang,ensembel
kulintangan juga dipanggil sebagai “bertitik’.
Bagi posisi
pemain gandang,pemain akan duduk bertentangan antara satu sama lain sambil
memegang daram secara mendatar.Muka kulit gandang dipalu dengan tangan dan muka
dan satu lagi dipalu dengan pemukul yang dibuat daripada belahan
buluh.Kadang-kadang,gandang diletak menegak.Dalam posisi ini,pemain akan
berdiri dan memalu gendang dengan dua pemukul buluh dan tiap satu pemukul bulu
dipegang dengan tangan kiri dan kanan.
CIRI-CIRI MUZIK
Muzik kulintangan wujud sebagai muzik polifonik.Dalam
muzik polifonik,rentak dan melodi adah daripada gong-gong kecil kulintangan dan
manakala daripada segi motif irama,dimainkan oleh gong gantung dan rentak akan
dimainkan oleh gandang
Muzik
kulintangan mengutamakan rentak dan bukan melodi.Sistem tinann kulintangan
selalunya tidak ditiunkan kepada pic “standard”.Alat muzik kulintangan di
negeri Sabah biasanya ditiunkan mengikut skel pentatonik.
Jumlah gong dan
rentak yang digunakan ditentukan oleh komuniti-komuniti kaum tertentu.Sebagai
contoh,dalam kalangan kaum Iban di Sabah alat kulintangan biasanya daripada
lapan buah gong kecil yan gberbeza dengan Kaum Iranum.
Irama dlam
kulintangan umumnyer adalah bermeter dupel atau kuadrupel.Rentak utamanya
diulangi pada keseluruhan lagu yang terdiri daripada satu atau dua
bar.Manakala,bagi motif rentak pula akan dimainkan secara bertingkah-tingkah
oelh kedua-dua buah gong gantung iaitu babandil dan gong agong.Hasil daripada
pertingkahan ini,tekstur muzik bagi kulintangn akan berlapis.
FUNGSI
KULINTANGAN DALAM MASYARAKAT
Seperti yang
kita tahu, Alat muzik kulintangan ini dimainkan sewaktu majlis-majlis keraian.
Fungsinya adalah untuk memeriahkan majlis dan menghiburkan para tetamu yang datang
ke majlis tersebut. Selain itu juga, alat muzik ini juga berfungsi sebagai
medium untuk mengajar pembelajaran alat muzik ini.
ayo i like the song ~ never be alone ~
ReplyDelete