ALAT MUZIK SOLO
Ginggong ataupun
sesetengah orang memangilnya genggong merupakan sejenis alat muzik daripada
kaum orang asli di Sabah dan Sarawak.Dipercayai bahawa alat muzik unik ini
berasal daripada di Bali Indonesia.Malah,ada beberapa sumber mengatakan bahawa
ianya berasal daripada Kaum Orang Asli di Sabah dan Sarawak.
Ginggong merupakan salah
satu alat muzik yang menghasilkan bunyi hasil daripada getaran yang unik yang
semakin jarang dikenal orang. Keunikannya terletak pada suara yang dikeluarkan
iaitu suara yang dikeluarkan seakan-akan menyamai suara katak sawah yang yang
berbunyi pada malam hari. Keunikannya juga terserlah kerana alat muzik ini
menggunakan mulut untuk menghasilkan bunyi ataupun resonator.
PEMBUATAN GINGGONG
Alat muzik ginggong perlu dibuat
menggunakan kemahiran yang tinggi,Hal ini kerana,alat muzik ginggong diperbuat
daripada logam.Oleh sebab itu,kepakaran seseorang dalam penggunaan logam yang
baik itu penting bagi menghasilkan tekstur dan warna ton yang baik.Ginggong
seterusnya akan dilekatkan dengan tali bagi menghasilkan getaran melalui mulut.
Bilah bambu, kayu, pelepah enau atau logam merupakan elemen-elemen penting
dalam penghasilan ginggong yang baik.
FUNGSI PERSEMBAHAN
Fungsi ginggong pada waktu dulu adalah
dimainkan sewaktu gerhana bulan.Bagi masyarakat orang asli,bunyi yang
dikeluarkan oleh ginggong dapat memberikan ketenangan dan menghalau
semangat-semangat jahat.Meraka juga mempercayai bahawa bunyi yang dikeluarkan
oleh alat muzik ginggong dapat menjaga dan memperbanyakkan tanaman mereka.Namun,pada waktu
sekarang,alat muzik ginggong telahpun dimainkan dalam majlis-majlis keramaian.
Selain itu,pada zaman
dahulu alat muzik genggong akan dimainkan oleh para petani yang sedang menunggu
padi di sawah atau di tengah kebun.Mereka akan memainkan alat muzik ginggong
ssupaya dapat menghilangkan sunyi dan kepenatan sewaktu mereka ke sawah atau ke
kebun.
Alat muzik ginggong pada mulanya hanya
dimainkan oleh lelaki sahaja.Namun pada masa sekarang,alat muzik ini telah mula
dipelajari oleh perempuan.
Pada waktu dulu,alat
muzik ginggong hanya dimainkan secara individu ataupun solo.Namun,ekoran
perubahan masa,alat muzik ginggong sudah mula dimainkan secara berkumpulan yang
terdiri daripada 4 hingga 8 orang.Setiap orang akan memainkan ginggong yang
berbeza ton.Hal ini akan melahirkan bunyi yang pelbagai.
Untuk memainkannya,
genggong dipegang ditangan kiri dan bahagian sisinya dirapatkan ke bibir.Untuk
membunyikan ginggong,lidah akan digetarkan pada genggong dengan tangan kanan.
Untuk mengubah pic atau warna ton,ia dapat dilakukan dengan mengawal rongga mulut yang berfungsi sebagai
resonator.
Namun begitu,ginggong
pada waktu kini sudah semakin luput daripada pandangan masyarakat.Banyak
persepsi bahawa ginggong harus di diluputkan kerana sudah tidak penting lagi
dalam kehidupan masyarakat pada waktu sekarang.
2.ALAT MUZIK PENSOL
PENGENALAN PENSOL
Pensol
merupakan alat muzik yang amat unik yang terdapat di Malaysia.Kebanyakkan
sumber mempercayai bahawa alat muzik pensol telah wujud di Tanah Melayu pada
zaman dahulu lagu iaitu oleh kaum orang asli negrito dan Temiar(Perak).
Alat
muzik pensol sebenarnya menyerupai alat muzik seruling.Hal ini kerana, Alat
muzik pensol ialah daripada golongan aerofon iaitu alat muzik yang ditiup.Apa
yang menyerupai seruling ialah lubang yang dibuat pada batang pensol.Ianya
seperti seruling kerana mempunyai pic dan nada yang tertentu bagi setiap lubang
yang ditutup.
Namun,apa
yang membezakan alat muzik pensol daripada alat tiupan yang lain adalah
daripada segi cara meniupnya.Pensol tidak menggunakan mulut untuk meniup
seperti seruling atau alat-alat muzik tiupan yang lain.Sebaliknya,pensol ditiup
menggunakan hidung pemain.
Pemain
pensol dipanggil “Hala” .Asal usul nama Hala masih menjadi
tanda tanya,namun,terdapat pendapat yang mengatakan “Hala” diambil daripada
perkataan “hela” yang bermaksud mengeluarkan nafas daripada sesuatu rongga
badan.
CARA PERSEMBAHAN
Alat
muzik pensol selalunya memainkan muzik melodi intro, bridge dan penamat.Antara
persembahan yang memnggunakan alat muzik pensol ialah Tarian Sewang.Selain alat
muzik pensol,dalam tarian sewang,alat muzik lain yang dimainkan ialah rebana, Crep (gitar buluh
bertali dua), gong dan
Ginggong.
Ginggong.
Mengikut
kepercayaan orang asli Kaum Temiar, melodi yang ditiup pada alat muzik pensol
oleh “Hala” dikatakan diilhamkan melalui mimpi.Oleh yang
demikian,tidaka semua orang boleh meniup pensol .
Melodi-melodi
yang ditiup oleh alat muzik pensol dipercayai adalah untuk memanggil Gunik
iaitu roh dalam sesuatu majlis.Apabila,Gunik berjaya dipanggil,Hala akan
dirasuk dimana akan berlaku perubahan daripada segi karakter dan perubahan
suara
CARA DIMAINKAN
Untuk memainkan alat muzik pensol,Hala iaitu nama bagi pemain pensol akan menyumbat sebelah lubang hidung menggunakan cebisan daun ataupun kain.Manakala,sebelah lubang hidung pula akan digunakan untuk meniup pensol.
Untuk memainkan alat muzik pensol,Hala iaitu nama bagi pemain pensol akan menyumbat sebelah lubang hidung menggunakan cebisan daun ataupun kain.Manakala,sebelah lubang hidung pula akan digunakan untuk meniup pensol.
Oleh
yang demikianm,alat muzik pensol juga dinamakan seruling hidung kerana
menggunakan Pemain pensol tersebut iaitu ’Hala’ akan
menyumbat sebelah lubang hidung menggunakan daun atau cebisan kain
manaka sebelah lagi lubang hidung digunakan untuk meniup pensol.
LAGU YANG DIMAINKAN
• Kok Gagek (Mari Cepat)
• Seribu Ampun
• Panas Siang
• Joget
• Amek Tolong Jar (Emak Tolong Kami)
• Ken Anuk (Si Anu)
• Tok Kenah (Tiada Beristeri)
• Pusing Tamuk Tawin (Keliling Sejambak Bunga)
• Amai Gabet (Jangan Tidur)
• Sir (Kira)
• Bek Yok (Ayah yang Mempunyai Anak Sulung Lelaki)
• Ceri’t (Panggil)
• Ruwang Ruwet (Ruwang Ruwet)
• Bah Bai Bai (Pakcik)
• Bunga Alam Ye (Puteri Gunung)
• Puteri Raja (Puteri Raja)
• Bula (Bola)
• Guruk Abek (Guru Ayah)
menyumbat sebelah lubang hidung menggunakan daun atau cebisan kain
manaka sebelah lagi lubang hidung digunakan untuk meniup pensol.
LAGU YANG DIMAINKAN
• Kok Gagek (Mari Cepat)
• Seribu Ampun
• Panas Siang
• Joget
• Amek Tolong Jar (Emak Tolong Kami)
• Ken Anuk (Si Anu)
• Tok Kenah (Tiada Beristeri)
• Pusing Tamuk Tawin (Keliling Sejambak Bunga)
• Amai Gabet (Jangan Tidur)
• Sir (Kira)
• Bek Yok (Ayah yang Mempunyai Anak Sulung Lelaki)
• Ceri’t (Panggil)
• Ruwang Ruwet (Ruwang Ruwet)
• Bah Bai Bai (Pakcik)
• Bunga Alam Ye (Puteri Gunung)
• Puteri Raja (Puteri Raja)
• Bula (Bola)
• Guruk Abek (Guru Ayah)
Rebab adalah salah satu
alat muzik tradisional bagi masyarakat Melayu.Asal mula rebab berasal dari
Timur Tengah kemudian ke Persia dan India dan barulah mencapai kepulauan
nusantara termasuklah Tanah Melayu(Malaysia) dan Indonesia.
Jadi alat muzik ini pada
awalnya, sebenarnya merupakan alat muzik yang datang dari luar iaitu timur
tengah namun dalam perjalannya ke nusantara,alat muzik ini telah mengalami
perubahan daripada tempat asalnya iaitu Timur Tengah.
Alat muzik Rebab memiliki ciri khas sendiri
yang disesuaikan dengan adat budaya dan tradisi masyrakat Melayu. Perkataan
rebab pada orang Arab adalah “R a b a b”.Rebab dipercayai telah wujud di Timur
Tengah sewaktu zaman ilmuwan Islam bernama Al-Farabi.
Ianya kemudian telah
tersebar luas ke seluruh benua. Di Afganistan ia disebut “Rubab”, tetapi
didalam bahasa Persia ia di sebut “Rabab” yang bererti kumpulan alat-alat
muzik gesekan.Oleh sebab itu,rebab mempunyai persamaan yang sama dengan biola.
Di India pula, Alat muzik Rebab dinamakan “Sarod”
Daripada segi
ukirannya,Ukuran rebab biasanya kecil, badannya bulat, bahagian depan yang
tertutup dan memiliki leher yang panjang.Alat muzik muzik rebab ialah fretless iaitu tidak mempunyai fret seperti
gitar.Alat muzik ini dibuat secara menegak untuk mudah diletakkan di lantai
atau pangkuan pemain.Busurnya ataupun “bow” biasanya lebih melengkung daripada
biola.
Walaupun alat muzik
rebab ini dianggap unik,Namun kelemahan alat muzik ini adlah daripada segi pic
yang terbatas.Rebab hanya mempunyai pic sehingga 1 setengah oktaf.Oleh
itu,kebanyakkan persembahan yang menggunakan rebab di arab telah diganti dengan
biola kerana mempunyai oktaf yang lebih tinggi daripada rebab.
Pada waktu dahulu,alat
muzik rebab hanya mempunyai 2 tali,Namun akibat peredaran masa,alat muzik rebab
telah mengalami revolusi iaitu pertambahan tali padanya. Pada zaman awalnya rebab ini memakai tali
benang, tetapi masa telah berubah menyebabkan rebab sekarang telah memakai tali
gitar (Holow guitar).
Tali yang sesuai untuk
rebab ialah G-3rd D-4th A-5th. Penukaran tali rebab ini kerana tali gitar lebih
senang di beli di kedai-kedai dan bunyinya yang lebih jika dibandingkan dengan
tali benang.Manakala bagi badannya pula,alat muzik ini dibuat menggunakan kayu
nangka yang dibuat lubang pada tengahnya.
Untuk menutup
lubangitu,kulit lembu telah digunakan.Namun,mengikut sejarah,rebab dianggap
alat muzik sumpahan kerana kulit yang digunakan pada waktu dulu merupakan kulit
ibu mengandung.
FUNGSI PERSEMBAHAN
Rebab ini digunakan
dalam berbagai macam ensembel muzik dan genre,. Di Asia Tenggara, rebab ialah
alat muzik yang selalu digunakan dalam permainan Mak Yong dan juga wayang
kulit.
Dalam permainan Mak
Yong,Rebab merupakan alat muzik wajib yang ada.Malah pada permulaan persembahan
Mak Yong,terdapat lagu yang dikhaskan untuk Rebab iaitu lagu “menghadap rebab”.
Pada zaman dahulu,di
Malaysia timur iaitu Kelantan dan Terengganu, Rebab digunakan dalam ritual
penyembuhan yang disebut “Main Puteri”.Pesakit-pesakit yag tidak dapat
disembuhkan akan dibawa untuk melakukan ritual.Disini rebab berperanan penting
dalam menyembuhkan pesakit.
PERSEMBAHAN REBAB
Rebab
bertali tiga biasanya diguna dalam permainan makyung, selampit dan permainan
peteri, rebab jenis ini terdapat di negeri Kedah, Kelantan, selatan Thailand
dan Trengganu.
Rebab bertali dua pula hanya digunakan
untuk mengiringi permainan wayang melayu sahaja. Tempat-tempat yang terdapat
wayang melayu ini pada zaman dahulu ialah di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah
dan selatan Thailand (Patani).
Bagi
mereka yg berkecimpung dalam permainan makyung biasanya, rebab ini ada
mempunyai nama yang tersendiri iaitu “ umbang”, sebab itu kalau kita lihat di
dalam pengucapan-pengucapan dan mentera melayu yang yang terdapat di dalam
makyung dan peteri, langsung tidak di sebut langsung perkataan rebab, tetapi di
sebut umbang.
Di
dalam muzik makyung khususnya rebab menjadi alat yang terpenting kerana
rebablah yang akan menjadi pembimbing lagu .Hal ini kerana di dalam kebanyakan
lagu-lagu, rebablah yang akan memulakan intronya dan barulah di ikuti oleh alat
muzik lain dan nyanyian. Pemain rebab pula biasanya dipanggil sebagai jong
rebab.
Dalam
falsafah pemikiran orang melayu, rebab melambangkan kepada seorang perempuan.
Oleh sebab itu nama pada setiap bahagian rebab itu di samping mempunyai makna
luaran di sebalik itu ada mengandungi makna di sebaliknya.Ianya mempunyai
kepala, pemulas, batang suna, torak, kemban, batang, tempurung, pacat,
susu,paksi dan kaki.
CARA BERMAIN ALAT MUZIK
REBAB
Cara
bermain rebab biasanya kita akan menggesek dengan mengguna kayu penggesek, tali
penggesek inilah akan bersentuh dengan tali rebab yang sudah di pasang dengan
pacat (bridge) atau kekuda untuk menghasilkan gesekan pada tali rebab.
Apabila
tali rebab terkena gesekan, getarannya talinya akan bersambung kekulit muka
melalui pacat tadi. Kulit muka yang terpasang pada tempurung rebab ini akan
menjadi resonator atau alat penggema bunyi untuk melahirkan bunyi yang lebih
kuat.
Kulit
muka rebab ini di perbuat dari kulit perut lembu atau kerbau yang di sepat
menjadi nipis untuk menghasilkan gema bunyi. Duduk seorang pemain rebab adalah
mesti dalam keadaan bersila.
Setiap
tali rebab juga mempunyai nama dan picnya masing-masing iaitu tali no 1 di
sebut tali Cin, tali no 2 di sebut tali Tengah dan tali no 3 di sebut tali Bor,
penalaan tali rebab iaitu jeda antara tali-tali tersebut ialah perfek 4 iaitu
sama jedanya dengan penalaan tali gitar.
Cara
pembelajaran rebab sekarang ini masih memakai kaedah tradisional iaitu sistem
pandang dengar dan cuba seperti apa yang berlaku ke atas alat muzik lain.
Sebenarnya cara ini boleh diperbaiki dengan lebih bersistem lagi iaitu dengan
menggunakan notasi seperti apa yang telah di lakukan oleh negara-negara luar
keatas alat-alat muzik tradisional mereka tanpa menjejaskan keaslian yang lain.
Sape
adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar yang berasal dari
Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo. Alat muzik ini sering
digunakan oleh kaum etnik Kenyah, Kayan, Iban, Dayak dan Kelabit.
Alat
muzik ini diperbuat dari kayu lembut seperti Meranti.Alat muzik ini dapat
mengalunkan irama yang mengasyikkan sesuai dengan latar belakang hutan tropika
di Borneo.
Alat
muzik sape telah berkembang di Malaysia dan merupakan alat muzik utama yang
menampilkan adat dan budaya masyarakat di Malaysia.Alat muzik ini juga
melambangkan identiti masyarakat Kenyah,Kayan,Iban,Dayak dan kelabit.Hal ini
kerana,setiap kaum mempunyai corak dan bunyi sape yang tersendiri.
Bagi
ciri-ciri alat muzik sape,Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu,
tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai
halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan
bunyinya lebih mantap. Sape diperbuat daripada kayu.Selalunya,kayu yang lembut
seperti kayu meranti.
Badan
sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala
bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan
cara meribanya seperti gambus.
Tali
sape dipetik menggunakan jari. Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan
tali-tali pada batangnya. Melodi hanya dimainkan oleh satu tali sahaja. Tali
yang tiga hanya menghasilkan dengung. Sape dimainkan untuk hiburan, mengiringi
upacara berubat dan mengiringi persembahan tarian tradisional seperti ngajat.
Sape
diukir daripada sebatang blok kayu dengan menggunakan alatan moden dan
panjangnya boleh mencecah sehingga hampir satu meter. Pada mulanya sape
adalah alat muzik yang agak terhad fungsinya kerana sifatnya yang mempunyai dua
tali dan dengan hanya tiga fret.
Sape juga berbentuk homofoni iaitu melodi\dron .Hanya satu tali yang akan memainkan melodi.
Sape
dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan
jari. Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya.
Melodi hanya dimainkan oleh satu tali sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan
dengung (dron).
Tetapi,Sape
ini tidak menggunakan pemetik, tetapi hanya menggunakan ibu jari dan jari
jemari yang lain.Ianya dimainkan dengan melakukan strumming pada beat yang
pertama dan seterusnya akan memainkan melodi pada tali yang pertama.Melodi
boleh dimainkan sehingga ke bahagian paling dalam badan sape tersebut.
Penggunaannya
pada masa terdebut adalah sangat adalah terhad untuk majlis khas ritual sebagai
muzik yang mampu membuat seolah seseorang itu dipukau atau tidak sedar diri.
Walau bagaimanapun, kini pada zaman ini, sape telah mengalami revolusi secara berperingkat menjadi instrument muzik untuk mengiringi penari atau juga sebagai satu bentuk hiburan. Hari ini, instrument tiga, empat dan lima tali digunakan, dengan laras nada melebihi tiga octave. .
PENALAAN BAGI TALI SAPE
Alat muzik sape ini juga mempunyai tunenya yang sama seperti gitar tetapi keunikkan sape ini adalah ianya boleh ditune mengikut kord.Maklumat ini saya telah saya perolehi daripada seorang pembuat Sape di Sarawak.Ianya boleh ditune mengikut lagu yang hendak dimainkan
Tali pertama adalah f#
Tali kedua adalah D
Tali ketiga adalah A
Tali keempat pula adalah D
(Contoh penalaan sape dalam D Majo
Tali kedua adalah D
Tali ketiga adalah A
Tali keempat pula adalah D
(Contoh penalaan sape dalam D Majo
TOKOH SAPE
Tasau Padan merupakan seorang lelaki berketurunan kaum Kenyah.Beliau telah meninggal dunia pada 29 Ogos 1996.Beliau juga merupakan seorang pemain sape yang terkenal di Sarawak.Beliau juga mempunyai banyak bakat.
Antaranya
ialah seorang penari,’craftsman’,pembuat instrument,pemain muzik,penari(warrior
dancer)dan Carver.
Selain itu,beliau juda telah dijemput untuk membuat persembahan sape,tarian etnik bagi Sarawak ke England dan Australia.Beliau juga dianggap warisan.Selain itu,satu badan NGO telah menubuhkan tabung dengan nama beliau.
REPERTOIRE
Antara lagu-lagu yang dimainkan dalam alat muzik sape adalah seperti berikut:
1.Sambe Main Balon
2.Jempen Letoh
3.Kabun Kelewah
4.Nau-Hu.
Selain itu,beliau juda telah dijemput untuk membuat persembahan sape,tarian etnik bagi Sarawak ke England dan Australia.Beliau juga dianggap warisan.Selain itu,satu badan NGO telah menubuhkan tabung dengan nama beliau.
REPERTOIRE
Antara lagu-lagu yang dimainkan dalam alat muzik sape adalah seperti berikut:
1.Sambe Main Balon
2.Jempen Letoh
3.Kabun Kelewah
4.Nau-Hu.
TEKSTUR
Dalam permainan
Sape,sape selalunya akan dimainkan bersama satu alat muzik yang diberi nama
Jatung Utang.Dalam persembahan ini, dua sape akan digunakan.Sape yang pertama
akan menghasilkan dron atau ostinato(pengulangan melodi).
Manakala
sape yang kedua dan jatung utang akan memainkan melodi.Apabila begini,ia akan
menjadi melodi kepada heterefonik(melodi yang sama tetapi telah menghasilkan
variasi yang berbeza).
Serunai merupakan sejenis alat tiupan
yang popular dalam masyarakat melayu terutamanya negara-negara sebelah
timur.Disebut juga dengan puput,serunai adalah alat muzik tiup dan sebagai alat
musik tradisional.Keunikkan serunai terletak pada bahagian hujungnya dimana
mengembang.Hujung yang mengembang Ini berfungsi sebagai resonator suara pada alat muzik ini.
Asal mula serunai diperkirakan berasal
dari kata “shehnai”, iaitu alat muzik yang berasal dari Lembah Khasmir
di daratan India Utara. Alat muzik shehnai dipercayai merupakan revolusi
daripada dari alat muzik “pungi” yang dipakai dalam muzik dalam memanggil
ular yang selalu kita lihat di India.
Ular yang di dalam bakul akan dipikat
dengan bunyi pungi.Daripada inilah pungi telah mengalami revolusi menjadi
shehnai dan seterusnya berkembang ke Tanah Melayu.
Alat muzik ini biasanya dimainkan dalam
acara-acara yang berkaitan adat yang ramai seperti upacara perkahwinan, dan
sebagainya. Alat muzik ini biasanya dimainkan dengan bebas. Musik serunai juga
dipopularkan untuk mengiringi pertunjukan pencak silat Minang.
Selain itu,alat muzik serunai dijadikan
alat muzik utama dalam persembahan wayang kulit.Serunai
dijadikan sebagai alat muzik yang memainkan melodi dan alat muzik seperti
geduk,canang,kesi dan gendang sebagai irama dalam persembahan wayang kulit.
CARA PEMBUATAN
Bahan
yang digunakan untuk membuat alat muzik serunai terdiri dari batang padi, kayu dan
daun kelapa.Bahagian badan serunai dibuat daripada kayu “capo’
ataupun batang bambu.
Kayu
“capo” adalah jenis tanaman yang mempunyai lapisan kayu yang
keras namun memiliki bahagian dalam yang lembut.Kayu ini kebanyakkan dipilih
kerana mudah dilubangi. Kayu yang panjangnya 20 cm itu kemudian diberi 4 lubang
yang masing-masing lubang berjarak 2.5 cm yang berfungsi membezakan nada yang
tinggi dan rendah. Nada yang lazim digunakan dalam alat muzik serunai ialah nada
pentatonik.
Manakala,bagi tempat tiupan alat muzik serunai,selalunya bambu atau batang padi tua digunakan. Bahagian ini disambungkan pada bahagian badan berfungsi sebagai pangkal serunai tersebut. Panjangnya sekitar 5cm dan terbuat dari kayu yang sangat keras. Pada belakang serunai pula,terdapat lubang seperti alat muzik tiupan yang lain yang berdiameter 2cm.
Manakala,bagi tempat tiupan alat muzik serunai,selalunya bambu atau batang padi tua digunakan. Bahagian ini disambungkan pada bahagian badan berfungsi sebagai pangkal serunai tersebut. Panjangnya sekitar 5cm dan terbuat dari kayu yang sangat keras. Pada belakang serunai pula,terdapat lubang seperti alat muzik tiupan yang lain yang berdiameter 2cm.
Bahagian hujung serunai yang dibentuk membesar dan mempunyai persaman dengan alat muzik barat iaitu trumpet. Fungsi bahagian ujung ini adalah untuk memperbesar dan menghasilkan suara yang padu.
Bahagian hujung alat muzik ini biasanya dibuat daripada kayu gabus. Panjangnya sekitar 10 sampai
12 cm dengan garis tengah 6 cm dibahagian yang mengembang.
Namun begitu,dalam pembuatan alat muzik serunai,setiap tempat berbeza cara pembuatannya.Hal ini dapat dilihat pada serunai Kelantan dan NE=egeri sembilan yang mempunyai perbezaan.
Namun begitu,dalam pembuatan alat muzik serunai,setiap tempat berbeza cara pembuatannya.Hal ini dapat dilihat pada serunai Kelantan dan NE=egeri sembilan yang mempunyai perbezaan.
FUNGSI SERUNAI
Pada
zaman dahulu,alat muzik serunai dimainkan dengan bebas, iaitu pada saat
menuai padi atau ketika bekerja di ladang. Muzik serunai juga popular untuk
mengiringi persembahan silat Minang.
Dalam sebuah persembahan, serunai boleh
dimainkan secara solo (sendirian) dan dapat digabung dengan alat muzik
tradisional yang lain, seperti gendang, canang dan sebagainya yang menghasilkan
perpaduan bunyi dan irama tradisional khas Minang.
Sompoton merupakan sejenis alat muzik masyarakat
Sabah. Ia diperbuat daripada labu air yang dikeringkan. Lapan batang buluh
berbeza saiz dan ketinggian disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian
buah labu tersebut dengan menebuk.
Gam
kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk
menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan.
Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya
untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil
plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan
bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.
Alat muzik sompoton dikatakan berasal dari Daerah
Tambunan Sabah,sesetengah pendapat mengatakan bahawa Sompoton dikatakan terjadi
daripada sebuah peristiwa diantara sebuah keluarga.
Mengikut beberapa sumber,pada waktu dahulu tinggal
sepasang suami isteri iaitu Lombohan sebagai suami dan isterinya Gobou.Mereka
dikurniakan 7 orang anak.
Mereka sangat disenangi oleh penduduk kampung kerana
sikap ramah Gobou walaupun dia seorang yang bisu.Namun begitu,setelah lama
mereka berkahwin,Lombohan selalu sibuk dengan sawah dan tidak selalu meluangkan
masa bersama Gobou.
Gobou pula merasa sunyi dan sedih.Hal ini kerana
anaknya juga sibuk dengan keluarga masing-masing.Lombohan yang menyedari
perkara ini telah memikirkan satu cara untuk membuat isterinya kembali pulih.
Pada satu hari,ketika Lombohan sedang duduk memikirkan
cara untuk menyembuhkan Gobou,dia terdengar satu bunyi yang sangat merdu.Dia
mula mencari bunyi itu dan menjumpai sebatang bambu yang berlubang yang telah
mengeluarkan bunyi itu.
Lombohan yang terpesona dengan bunyi yang dikeluarkan
oleh bambu itu telah membawa bambu itu pulan dan dipacakkan di halaman
rumahnya.Gobou yang terdengar akan bunyi bambu itu telah bertanya kepada
Lombohan dari mana dia mendapat bambu telah mengejutkan Lombohan iaitu
isterinya sudah boleh mula bercakap.
Lombohan menggangap bahawa bunyi yang dikeluarkan
bambu itu telah dapat menyembuhkan isterinya yang bisu sudah dapat bercakap
semula.Isterinya juga telah kembali pulih.
Selepas itu,apabila cucu kepada Lombohan dan Gobou
lahir,iaitu sompot,sompot telah membuat alat muzik yang dikenali Sompoton
kerana mengingati peristiwa Gobou yang telah mendapat suaranya pula.
Batang-batang buluh pada badan sompoton juga telah
diberi nama sempena nama-nama anak Lombohan dan Gobou.
FUNGSI
Alat muzik sompoton dimainkan oleh suku kaum Kadazan
di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara
hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian.
CARA BERMAIN
Pemain
boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada
empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh
terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan
kiri.
Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan
menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. buluh terpendek serta hadapan dan
belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan
mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyi harmoni yang merdu.
Terdapat tiga cara asas memegang Sompoton iaitu:
1.berdiri-dipegang tegak/menyendeng kea rah
kanan pemuzik
2.baring-bahagian panjang disandar pada bahu
kiri
3.duduk-buluh panjang diatas peha.
CARA PEMBUATAN
Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua
lapisan dan dimasukkan ke bahagaian buah labu berkenaan dengan menebuk.
Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang buluh terbabit, selain untuk
menahan angin daripada keluar melalui celah buluh apabila tiupan dilakukan.
Satu daripada buluh ini tidak berfungsi
hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat itu. Beberapa
kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk
menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.
Dengan meniup atau menyedut mulut labu,
pemain sompoton boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Beberapa
kepingan kecil poloddiletakkan pada dasar tiap-tiap buluh yang berbunyi. Paip
tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampalkan dengan
lilin lebah.
Paip-paip buluhnya diikatkan bersama
dengan rotan yang telah diraut nipis. Samada memainkan sompoton, seseorang
pemain menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada
hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip
terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan
kiri.
CIRI-CIRI MUZIK
Kebanyakkan sompoton selalu dimainkan untuk mengiringi Tarian Magarang.Melodi-melodi yang dikeluarkan sape juga berasaskan skel pentatonik.Alat muzik ini juga mempunyai jeda harmoni kelapan dan keempat.
Kebanyakkan sompoton selalu dimainkan untuk mengiringi Tarian Magarang.Melodi-melodi yang dikeluarkan sape juga berasaskan skel pentatonik.Alat muzik ini juga mempunyai jeda harmoni kelapan dan keempat.
No comments:
Post a Comment