DOKTOR DAN WANG
MENGAPA PERLU MENJADI
JUTAWAN?
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana anda
telah melaburkan masa
dan wang untuk mendapatkan buku ini.
Semoga pelaburan anda
ini memberikan faedah dan manfaat untuk
anda teruskan
perjuangan hidup ini. Secara khususnya buku ini dituliskhas untuk golongan
doktor yang bekerja di Malaysia.
Namun begitu,terdapat beberapa konsep yang sebenarnya boleh diamalkan
olehsesiapa sahaja tanpa mengira pekerjaan anda. Sekiranya anda seorangpegawai
perubatan siswazah yang berasa tertekan dengan kerja harian
yang tidak pernah
habis, ditambah lagi dengan tekanan daripada ketuaatau pakar anda, buku ini
akan dapat membantu anda. Sekiranya andaseorang pegawai perubatan yang
pada mulanya menyangka hidupanda akan bertambah senang setelah menamatkan zaman
pegawaiperubatan siswazah yang walaupun anda bekerja bermati-matianmengorbankan
masa bersama keluarga dan anak-anak, pendapatananda masih kurang daripada rakan
anda yang bekerja dari 8 pagihingga 5 petang,
Buku ini juga sesuai untuk anda, dan sekiranya anda
adalah seorang pakar
yang menyangka bahawa hidup anda akan
menjadi senang
setelah penat lelah belajar sehingga lebih daripada 10
tahun, buku ini sudah
semestinya akan dapat membantu anda juga.
Hasil daripada
masalah yang kita hadapi ini, saya telahmelakukan kajian melalui bahan-bahan
bacaan, alam maya, blog danberbincang dengan beberapa orang pakar untuk
menghasilkan bukuini. Tidak kira sama ada anda bekerja di sektor kerajaan atau
swasta,buku ini sudah pasti akan dapat membantu anda mencapai apa yang anda
inginkan.
Sekiranya anda sanggup menghabiskan masa dan tenaga untuk membaca buku
ini dan mengikut panduan yang telah saya kaji, saya berani jamin bahawa anda
semua akan menjadi jutawan. Apa yang saya perlukan adalah komitmen dan
kepercayaan anda terhadap diri sendiri.
Buku ini ditulis hasil daripada kajian mengenai orang-orang yang
berjaya. Ketika di zaman kolej lagi, saya telah memasang citacita untuk
menyumbang sebanyak mungkin kepada masyarakatapabila bergelar doktor. Kini saya
mula sedar bahawa seorang doktor bukan sahaja sepatutnya menyumbang dengan merawat
pesakit, malah harus menyumbang juga dalam bidang-bidang lain seperti bekonomi,
pentadbiran, agama dan politik. Doktor telah dianugerahkan oleh Tuhan dengan
intelektual yang tinggi dan kita sepatutnya menggunakan anugerah tersebut
sepenuhnya demi kebaikan sejagat.
Berbeza dengan buku-buku kewangan yang lain, buku ini ditulis khas untuk
bakal-bakal doktor dan juga doktor yang bekerja di Malaysia. Saya cuba menyimpulkan
pengetahuan yang saya perolehi agar buku ini menjadi panduan yang jika anda
ikuti, anda pasti menjadi jutawan. Malah, jika anda ikuti betul-betul anda akan
mencapainya sebelum berumur 40 tahun tanpa berhenti menjadi doktor, tanpa perlu
membuka perniagaan, tanpa perlu menjual barang dan sifar risiko. Apa yang
pastinya, teknik ini adalah 100% berkesan dan anda tidak semestinya perlu
berhenti daripada sektor awam mahupun menjadi seorang pakar untuk mencapainya.
Ketika menulis buku ini, hati
saya agar gusar kerana ramai orang yang menyatakan bahawa doktor sepatutnya
bekerja secara ikhlas tanpa mengharapkan wang. Namun, setelah mengkaji dengan
lebih teliti lagi, saya dapati bahawa doktor yang berduit adalah doktor yang
lebih banyak lagi menyumbang. Tidak hairanlah mengapa pakar dibayar lebih
daripada pegawai perubatan dan Ketua Pengarah Kesihatan memiliki antara gaji
yang paling tinggi di dalam kerajaan.Saya bukanlah yang terbaik, atau yang
paling kaya. Saya begitu yakin terdapat ramai lagi doktor dan mereka di luar
sana yang jauh lebih berjaya daripada saya. Namun penulisan buku ini saya
teruskan juga sebagai salah satu sumbangan untuk masyarakat. Dengan adanya buku
ini dapat kita jadikan batu asas untuk memperkembangkan pengetahuan dan
meningkatkan sumbangan kita lagi.
Di dalam buku ini,
anda akan pelajari:
1) 6 langkah ke arah
satu juta.
2) Membina objektif
menggunakan teknik NLP (Neuro Linguistic
Programming).
3) Cara untuk
memaksimumkan pendapatan anda.
4) Cara untuk
meningkatkan produktiviti organisasi anda.
5) Gandakan wang
tanpa menggandakan usaha.
6) Mengapa sesetengah
orang lebih berjaya daripada orang lain.
7) Beberapa konsep
yang diamalkan oleh orang yang berjaya.
8) Bagaimana menjadi
seorang doktor yang benar-benar berjaya.
Saya telah menulis buku ini supaya menjadi begitu ringkas dan
padat agar
kandungannya cukup-cukup untuk anda semua capai apa
yang anda inginkan
dalam masa yang paling singkat. Saya tahu
bahawa masa anda
semua begitu berharga. Saya begitu yakin
sekiranya anda
membaca buku ini dengan bersungguh-sungguh, anda akan berjaya menghabiskannya
dalam masa 2 jam. Sekiranya anda tidak percaya, cubalah dahulu.
Akhir sekali, saya berharap anda
semua dapat menghabiskan
bacaan buku ini. Ini
kerana statistik menunjukkan bahawa lebih
kurang 70 % orang
yang membeli buku tidak menghabiskan bacaan
dan kurang daripada 3
% mengamalkannya. Namun begitu percayalah
kata-kata saya ini.
Lebih banyak anda membaca, lebih banyak
pendapatan yang akan
anda perolehi. Jika anda banyak membaca,
anda akan tergolong
dalam golongan 10 % mereka yang berjaya.
Sebelum memulakan
penulisan buku ini, saya telah membaca
beberapa buah buku
dahulu. Jika berpeluang saya harap anda semua
akan dapat membaca
buku-buku tersebut juga. Senarai buku-buku
tersebut boleh
dilihat di bahagian lampiran.
MENGAPA 1 JUTA?
Bagi mencapai
status jutawan, paling minima harta yang perlu
dikumpul adalah
sebanyak satu juta. Namun begitu mengapa hanya
tumpu pada 1 juta
sahaja? Ini kerana sejuta pertama adalah sejuta
yang paling sukar
sekali. Apabila nilai harta anda telah mencapai satu
juta, menjadi mudah
untuk mencapai nilai juta yang seterusnya. Ini
kerana pada masa
tersebut anda sudah memiliki pengalaman dan
pengetahuan yang
lebih banyak lagi. Anda juga sudah memiliki
sistem dan kaedah
tertentu untuk mengembangkan harta anda dengan
lebih pantas
lagi. Ketika melakukan kajian, saya telah membaca pelbagai
pengalaman jutawan
lain. Ada yang berjaya menjadi jutawan pada
usia yang sangat
muda. Ada yang hanya berjaya menjadi jutawan
setelah 17 tahun
mencuba, namun kebanyakan daripada mereka
menyatakan perkara
yang sama – sejuta pertama adalah sejuta yang
paling sukar sekali.
Ramai doktor yang tidak menyangka bahawa satu juta ringgit
sebenarnya boleh
dicapai oleh mereka. Ini kerana nilai tersebut
seolah-olah seperti
dinding yang menjadi batu penghalang kepada
pemikiran kita. Saya
akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara
untuk kita pecahkan
dinding tersebut, tetapi saya perlukan anda untuk
melakukannya. Apa
yang anda perlukan adalah komitmen yang
tinggi.
Sebelum 6 May 1954, tidak ada seorang pun manusia yang
berjaya berlari
sejauh satu batu di bawah masa 4 minit. Ada yangmenyatakan bahawa berlari di
bawah 4 minit akan merosakkan badanmanusia. Namun, pada tarikh tersebut Roger
Bannister telah Berjaya memecahkan persepsi orang ramai terhadap halangan
tersebut.Setelah beliau berjaya berlari di bawah masa 4 minit, ramai lagi
pelarilain yang berjaya memendekkan masa tersebut. Apa yang menariknya adalah
Roger Bannister adalah seorang doktor, dan beliau telah menjadi seorang pakar
neurologi yang terkenal yang telah berjaya memecahkan dinding yang menjadi
penghalang kepada kepercayaan manusia!
Sebenarnya kekayaan seseorang itu boleh dibahagikan kepada 4peringkat.
Peringkat-peringkat ini pula sebenarnya tidak bergantungpada jumlah aset,
tetapi lebih bergantung pada tahap kebebasan darisegi kewangan kita. Secara
umumnya, peringkat-peringkat ini bolehdibahagikan kepada:
1. Miskin
2. Sederhana
3. Kebebasan kewangan
4. Kaya
Golongan 1 :Miskin
Golongan miskin adalah golongan yang tidak memiliki wang
yang cukup untuk
keperluan seharian mereka. Keperluan hidup kitaterdiri daripada pakaian, tempat
tinggal dan makanan. Kebanyakandaripada mereka memiliki sosio ekonomi yang
rendah, senangdijangkiti penyakit dan anak-anak mereka kebanyakannya
terbiar.Golongan seperti inilah kita, sebagai golongan doktor perlu
beribantuan. Bayangkan rakan saya pernah merawat seorang pesakit lelahyang
terpaksa berjalan kaki sejauh 2 kilometer semata-mata untuk
mendapatkan rawatan!
Bagusnya mengenai rakan saya ini adalahsetelah merawat pesakit tersebut, beliau
kemudiannya berhajat untukmenghantar pesakit tersebut pulang, namun telah
ditolak oleh pesakittersebut. Kebanyakan daripada kita hanya membantu dari
segimemberikan rawatan, tetapi seperti yang telah kita bincangkansebelum ini,
kita sepatutnya membantu lebih daripada itu. Kerajaanbuat masa ini sedang
bersungguh-sungguh untuk membasmikemiskinan, namun kita sebagai golongan
profesional sepatutnya
membantu juga.
Golongan 2 :Sederhana
Kebanyakan daripada rakyat Malaysia
tergolong dalamgolongan ini. Golongan ini tidak hidup terlalu senang, tetapi
memilikikekayaan yang cukup untuk kehidupan seharian mereka. Ramaidaripada
golongan ini terperangkap di dalam apa yang kita panggilsebagai middle income
trap. Masalah dengan golongan ini adalahmereka terperangkap pada pendapatan
sederhana. Mereka bagaikantikus yang berlari di dalam gelung lariannya, walau
selaju atau selamamana mereka berkerja, pendapatan mereka akan tetap tidak
jauhberubah. Namun begitu selama mana mereka mampu bekerja?Akhirnya akan sampai
juga masa mereka mula sakit, produktivitiberkurangan dan akhirnya mereka akan
diberhentikan kerja. Padamasa itu siapa yang akan menanggung mereka?Golongan
ini kerap kali mengalami masalah kewangan.
Mereka adalah orang yang paling banyak mengorbankan masa dan tenaga
ditempat kerja sehingga terpaksa mengorbankan masa bersama keluargadan
anak-anak. Tidak kira sebanyak mana mereka bekerja,pendapatan mereka tidak akan
jauh berbeza. Kehidupan merekapenuh dengan tekanan, bukan sahaja tekanan tempat
kerja, malahtekanan kewangan. Namun begitu, mereka tidak ada pilihan,
keranasekiranya mereka berhenti kerja atau diberhentikan, tidak ada sesiapayang
akan dapat menyara keluarga mereka. Sering kali kita
mendengar bagi
golongan ini, suami dan isteri kedua-duanya bekerjabagi menampung keluarga,
tetapi keadaan ini hanya menambahtekanan di dalam keluarga.Jika anda hayati
betul-betul, kebanyakan doktor sebenarnyatergolong dalam golongan ini. Jika
anda tidak percaya, cuba tanyapada diri anda sendiri, mampukah anda berhenti
kerja sekarang. Tidakkira sama ada anda bekerja di sektor swasta atau kerajaan,
mampukahanda bayar pinjaman kereta dan perumahan, menanggung makan danminum
anak-anak sekiranya anda berhenti kerja sekarang? Buku ini sebenarnya ditulis
untuk membantu anda keluar daripada kelompokini.
Golongan 3 :Bebas
kewangan
Sekiranya
selepas bertanya soalan di atas, anda menyatakanbahawa anda tidak akan
menghadapi masalah menyara keluarga danmampu menampung segala perbelanjaan
seharian sekiranya andaberhenti kerja sekarang, maka saya ingin ucapkan tahniah
kepadaanda kerana anda telah mencapai kebebasan kewangan. Golonganyang bebas
kewangan adalah golongan yang mampu menyara hidupmereka walaupun mereka sudah
berhenti kerja dan hanya duduk dirumah sahaja tanpa melakukan apa-apa
pekerjaan. Bagi mereka masa adalah perkara yang paling berharga. Mereka bebas
untukmenggunakan masa yang mereka ada untuk melakukan apa sahaja perkara yang
mereka inginkan.Ramai orang ingin mencapai kebebasan kewangan demi menjaga
anak, melakukan aktiviti yang mereka sukai, melawat keluarga dan rakan-rakan
serta melancong. Kehidupan mereka tiada tekanan, mereka tidak terkejar-kejar untuk
ke tempat kerja dan tidak ada sesiapa yang boleh mengarahkan mereka untuk
melakukan sebarang kerja. Sekiranya mereka bekerja, mereka bekerja bukan untuk
wang, tetapi lebih kepada sebagai memenuhi masa, sebagai perkara yang mereka
suka lakukan atau demi berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengharapkan sebarang
balasan. Bukankah ini bermakna kerja mereka menjadi lebih ikhlas? Definisi
kebebasan kewangan tidak bergantung pada nilai harta yang kita perolehi, tetapi
lebih bergantung kepada sama ada harta yang kita miliki itu mampu menampung
kehidupan kita atau tidak.Untuk memahami konsep kebebasan kewangan ini, kita
perlu fahami konsep pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Konsep ini saya akan
terangkan dalam bab yang akan datang.
Golongan 4 :Kaya
Golongan kaya adalah mereka yang memiliki harta yang melimpah ruah, telalu
banyak sehingga mereka sendiri tidak mampu menghabiskannya. Mereka memiliki
aset berbilion ringgit. Harta bukanlah perkara utama bagi mereka. Bagi golongan
ini, sekiranya mereka menggunakan harta mereka dengan baik, mereka akan dapat membantu
beribu-ribu manusia. Ramai di antara mereka yang telah meletakkan janji mereka
untuk menghadiahkan lebih daripada separuh harta mereka untuk kebajikan apabila
mereka meninggal dunia nanti.
Sebagai contoh, Bill
Gates, Warren Buffett dan dalam konteks negara kita Tan Sri Syed Mokhtar telah
menggunakan harta mereka untuk membina yayasan dan menyediakan biasiswa
pelajaran. Sekiranya anda sampai ke tahap ini, saya ucapkan tahniah kepada anda.
Namun, fokus pada buku ini lebih tertumpu kepada untuk mencapai kebebasan
kewangan.
PEMIKIRAN JUTAWAN
Sebelum anda memulakan langkah pertama, terdapat satu perkara yang harus
anda ubah terlebih dahulu. Diri ANDA sendiri! Seseorang akan menjadi berkuasa sekiranya
berjaya mengawal diri mereka sendiri. Sekiranya anda ingin merubah tahap kerja
anda, sekiranya anda berhajat untuk meningkatkan pendapatan anda,sekiranya anda
berniat untuk memajukan organisasi anda dan sekiranya anda mahu merubah dunia,
segala-galanya bermula dengan diri ANDA! Apa yang menariknya adalah diri
ANDALAH satusatunya perkara yang boleh anda kawal.Namun,kebanyakan daripada
kita selalunya ingin merubah keadaan dan orang lain. Suatu perkara yang pelik
tetapi sering berlaku dalam kehidupan kita.Sekiranya kita gagal mencapai apa
yang kita inginkan, kita sering menyalahkan orang lain. Sekiranya kita gagal di
dalam peperiksaan, kita menyalahkan pengajar, tidak sempat belajar kerana bekerja,
terlalu penat kerana terpaksa menjaga anak-anak dan seribu satu alasan lain,
asalkan penyebab itu bukannya datang dari diri kita.
Kita sering menuding jari pada orang lain sekiranya kita tersalah
dalam melakukan kerja
kita. Langkah pertama untuk kita merubah diri kita adalah dengan merubah cara
kita berfikir. Kita akan bincangkan selepas ini pemikiran-pemikiran yang
dimiliki oleh orang yang berjaya. Cara paling mudah untuk berjaya adalah dengan
mengikuti jalan dan cara orang yang telah berjaya. Kaedah ini adalah jauh lebih
cepat dan mudah daripada kita mencorak langkah sendiri. Apa yang bagusnya
adalah kita bukan sahaja lebih mudah mencontohi orang yang telah berjaya, malah
kita boleh belajar daripada kesilapan mereka dan menggabungkan semua kualiti
mereka yang telah berjaya. Warren Buffett adalah antara manusia yang terkaya di
dunia. Beliau memiliki kekayaan sebanyak lebih kurang 40 billion dollar. Hasil
kekayaan beliau datangnya dari pelaburan saham.
Guru
beliau adalah Benjamin Graham, seorang pensyarah di Colombia Business School
yang telah menulis buku bejudul ‘The Intelligent Investor’ , sebuah buku yang
mempelopori ‘value investing’. Warren Buffett telah menjadi anak muridnya dan
kemudiannya bekerja dengan Benjamin Graham. Dengan mengikuti ajaran dan
pengetahuan yang telah diperolehi oleh Benjamin Graham, Warren Buffett akhirnya
berjaya menjadi pelabur yang paling berjaya di dunia. Saya ingin berkongsi
bersama-sama anda sebuah konsep yang dikenali sebagai ‘Modelling’. Konsep ini
banyak ditekankan di dalam kursus-kursus motivasi dan kerjaya. Konsep ini
menekankan bahawa untuk menjadi orang berjaya, kita sepatutnya mengikuti
langkah mereka. Sebagai contoh, jika kita ingin menjadi seorang doktor pakar yang
berjaya, yang banyak menyumbang dan dikenali kerana pengetahuan dan
kajian-kajiannya, maka kita boleh mengambil contoh mereka yang telah melakukannya
sebelum ini. Jika kita ingin menjadi seorang pemimpin yang berjaya, yang banyak
menyumbang dalam pemodenan dan pembangunan negara, maka contoh terdekat yang
boleh kita ikuti adalah Tun Dr. Mahathir. Kita akan mengkaji beberapa cara
pemikiran dan sikap yang terdapat dalam kebanyakan orang yang berjaya:
PEMIKIRAN 1 :
PEMIKIRAN JUTAWAN
Perkara yang paling penting sekali dalam pengembaraan untuk menjadi
jutawan adalah dengan memiliki pemikiran dan niat yang betul. Kebanyakan orang
yang berjaya dan kaya memiliki niat yang murni dan menjadi jutawan bukanlah
perkara utama bagi mereka. Mereka bekerja lebih kerana keghairahan dalam
mencipta, menyumbang dan menghasilkan sesuatu yang akan memudahkah kehidupan
manusia. Steve Jobs adalah pengasas Apple. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab
membina syarikat mega Apple daripada hamper hampir muflis kepada sebuah
syarikat yang paling berjaya dan terkenal di dunia. Apa yang pastinya kejayaan
beliau membina syarikatnya adalah kerana kemahuan dan keghairahannya dalam membina
teknologi yang dapat membantu memudahkan kehidupan kita. Ketika menjadi CEO,
gajinya setahun adalah sebanyak 1 USD. Beliau pernah berjenaka di dalam
ucapannya dengan menyatakan bahawa gajinya adalah sebanyak 0.50 USD setahun.
0.50 USD lagi
adalah bergantung
kepada pencapaiannya. Bayangkan orang yang berjawatan paling tinggi dan yang
paling penting dalam syarikat yang paling berjaya bekerja untuk 1 USD setahun.
Oleh itu kita tidak sepatutnya bekerja semata-mata untuk wang.
Tanpa minat dan keinginan yang tinggi manakan kita semua sanggup
bekerja selama 36 jam untuk menyelamatkan pesakit dengan elaun ‘oncall’ yang
hanya sebanyak lebih kurang 2 ratus ringgit sahaja. Manakan kita sanggup
menerima kemarahan pesakit apabila kita gagal menyelamatkan keluarga mereka.
Manakan mungkin kita sanggup pergi kerja untuk menyelamatkan anak orang lain
sedangkan anak kita sakit. Mungkin kita akan bertahan untuk beberapa tahun, tetapi
untuk bekerja seumur hidup adalah sesuatu yang sukar jika kita bekerja
semata-mata kerana duit. Inilah sebabnya mengapa ramai doktor di Malaysia yang
merungut dan berhenti kerja.
PEMIKIRAN 2 :
PERSEPSI TERHADAP KEKAYAAN
Ramai di antara kita yang sebenarnya tidak memiliki objektif yang
jelas ketika menjadi pelajar perubatan. Ini kerana setelah menamatkan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, kita sebenarnya masih tidak tahu apa yang
ingin kita lakukan. Ramai yang meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan
kerana menyangka bahawa hidup mereka akan senang setelah menjadi doktor. Ada
pula yang meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan hanya kerana ikut-ikutan. Mereka
yang memiliki objektif yang jelas akan sentiasa mendapat apa yang mereka
idamkan. Walaupun kadang-kadang mereka tidak berjaya mencapainya, dengan
memiliki objektif yang jelas, mereka sudah tentu akan lebih berjaya daripada
mereka yang tidak memiliki sebarang objektif.
Perkara yang
sama juga perlu kita aplikasikan dalam sebarang perkara. Demi mencapai
kebebasan kewangan, kita sepatutnya bermula dengan objektif juga. Kita akan
bincangkan bagaimana untuk membina objektif yang benar-benar tersusun dan
jelas, sehingga ke tahap yang boleh kita rasai dalam bab yang berikutnya.
Tetapi,sebelum kita berjaya membina objektif tersebut, kita harus tukar dahulu persepsi kita terhadap
kekayaan. Ramai orang yang mengatakan bahawa mereka inginkan kekayaan,
tetapi hati mereka berkata sebaliknya. Apabila kita berbincang mengenai
kekayaan, ramai orang yang mengaitkan
kekayaan dengan
perkara yang negatif. Kekayaan sebenarnya adalah seperti sebilah pisau bedah
yang tajam. Kekayaan boleh menjadi sesuatu yang negatif atau positif,
bergantung pada cara bagaimana kita menggunakannya. Terdapat beberapa persepsi
umum tentang kekayaan.
Persepsi 1: Kekayaan
adalah punca bagi segala kejahatan. Jika kita kaji secara teliti,
negara-negara miskin memiliki kadar jenayah (rasuah, perompak, pencuri) yang
lebih tinggi dari Negara-negara yang kaya. Ini kerana kesusahan dalam hidup
menggalakkan lagi perkara ini berlaku. Malah, negara-negara membangun lebih ketinggalan
dari segi ekonomi, pentadbiran dan politik.
Persepsi 2: Orang
kaya adalah materialistik.
Orang kaya
sebenarnya jarang bekerja untuk duit. Mengapa orang kaya seperti Steve Jobs,
Warren Buffett dan Bill Gates hendak korbankan sepanjang hidup mereka,
korbankan masa bersama keluarga dan berada di tempat kerja sehingga lebih 10
jam sehari sekiranya mereka sudah kaya? Ini kerana mereka bekerja kerana minat
dan keghairahan untuk menyumbang kepada masyarakat dan
mencipta sesuatu yang
baru.Jika kita perhatikan betul-betul, orang yang tidak berhartalah yang banyak
membanting tulang, bekerja sepanjang hari sehingga banyak yang mengidap
penyakit pada usia muda. Malah, saya ada berjumpa pesakit yang diserang
penyakit jantung (myocardial infarct) pada usia 20an akibat daripada tekanan
kemiskinan.
Persepsi 3: Kekayaan
menjadikan anda lupa pada tuhan
Pada zaman kegemilangan kerajaan
Umaiyyah, Khalifah Umar b Abdul Aziz telah berjaya membawa negaranya ke satu
tahap yang begitu kaya sehingga Baitulmal dilimpahi dengan begitu banyak harta kerana
tidak ada lagi penerimanya. Apa yang lebih penting adalah pada zaman tersebut,
rakyatnya hidup dalam keadaan aman, dan mengikuti ajaran Islam. Mereka tidak melupakan
Tuhan, walaupun hidup dalam kekayaan.
“Saya menggalakkan anda semua fikirkan apa yang akan anda
lakukan sekiranya anda diberikan kekayaan”
PEMIKIRAN 3 :
KOMITMEN 100%
Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang Berjaya merubah dunia
adalah mereka yang benar-benar komited terhadap apa yang mereka mahukan. Mereka
menumpukan seluruh tenaga dan pemikiran terhadap perkara yang mereka impikan.
Persoalannya bagaimana mereka mampu memberikan komitmen yang begitu tinggi?Orang
yang berjaya meletakkan cita-cita agar mereka bukan sahaja akan berjaya, tetapi
PASTI berjaya. Terdapat perbezaan yang ketara apabila kita mengatakan pada diri
kita bahawa kita akan berjaya, dengan apabila kita katakan bahawa kita PASTI
berjaya.Kepastian ini pasti merubah sikap dan cara kerja kita agar tidak menyeleweng
daripada objektif kita. Kepastian inilah yang mendorong ramai doktor untuk
terus berkhidmat, bekerja sehingga lebih 36 jam dan menambah ilmu pengetahuan
demi membantu dan menyelamatkan pesakit walaupun tidak ada profesion lain yang
bekerja sedemikian.
Inilah yang dikatakan komitmen 100%. Tanpa kepastian ini sudah tentu kita tidak
akan mengenali kesabaran Thomas Edison dalam mencipta mentol, kepantasan dan kelincahan
Michael Jordan dalam menjaringkan bola, kehebatan analisa Warren Buffett dalam
pasaran saham, dan kepimpinan Sultan Muhammad Fatih ketika menawan kota
Konstantinapol dan yang paling penting, ANDA! Ya, kejayaan anda dalam mencapai
apa sahaja yang anda inginkan. Satu perkara yang menjadi penghalang kepada para
doktor adalah apabila kita bekerja sehingga 36 jam sehari, tetapi melakukannya
atas rasa terpaksa tanpa meletakkan sebarang matlamat.
PEMIKIRAN 4 :PENGUBAH
KEADAAN
Orang yang berjaya tidak akan menyerah
kalah pada keadaan. Mereka tidak pernah menyalahkan orang lain atau keadaan
sekiranya tidak berjaya. Mereka juga tidak bergantung pada nasib. Mereka percaya
pada ketentuan Tuhan, dan pada masa yang sama mereka juga percaya pada usaha
yang bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kerja yang terbaik. Mereka tidak
pernah berputus asa sekiranya terdapat perkara yang menghalang kejayaan mereka.
Malah, orang yang berjaya mampu mengubah keadaan. Mari saya berikan anda
satu contoh. Cuba bayangkan anda sedang menunggu penerbangan ke Pulau Pinang
pada suatu pagi untuk urusan mesyuarat yang sangat penting. Namun disebabkan
oleh masalah yang tidak dapat dielakkan, penerbangan tersebut terpaksa dibatalkan
dan tidak ada penerbangan lain lagi pada waktu itu. Anda terpaksa menunggu
bersama beratus-ratus penumpang lain di lapangan terbang. Apakah yang akan anda
lakukan? Adakah anda akan menunggu untuk pengumuman penerbangan yang seterusnya,
atau adakah anda akan menulis surat tidak puas hati pada syarikat perbangan
tersebut, atau adakah anda akan meluah rasa tidak puas hati bersama-sama dengan
penumpang lain di bahagian kaunter
syarikat penerbangan
tersebut? Apakah pula yang akan dilakukan oleh seseorang yang berjaya?
Inilah yang berlaku kepada Richard Branson (pengasas kepada
syarikat Virgin
Group). Semasa sedang melancong di Beef Island, beliau dan isterinya terpaksa
menunggu di lapangan terbang apabila penerbangannya untuk pulang telah
dibatalkan. Tidak ada penerbangan lain lagi pada hari tersebut. Tidak seperti
orang lain yang melihat perkara ini sebagai suatu masalah, beliau menganggapnya
sebagai satu peluang. Beliau kemudiannya menelefon beberapa
syarikat penerbangan
swasta dan akhirnya berjaya menyewa sebuah kapal terbang dengan harga $ 2000.
Dengan mengetahui bahawa terdapat ramai lagi penumpang yang ingin balik pada
hari tersebut, beliau kemudiannya meminjam papan hitam dan menulis ‘Virgin Airways
$39 untuk satu penerbangan ke Puerto Rico. Dalam masa satu jam berjalan dengan
papan hitamnya, beliau berjaya menjual kesemua tiket tersebut! Dari situlah
bermulanya Virgin Airways.
Aitthipat Kulapongvanich telah memulakan perniagaannya
semasa zaman remaja
lagi. Beliau bermula dengan permainan komputer, kemudiannya menggunakan wang
hasil daripada permainan komputernya untuk memulakan perniagaan buah berangan. Beliau
telah menjadi seorang jutawan dengan menjual rumpai laut. Sewaktu beliau
remaja, ayahnya telah mengalami masalah dalam perniagaan dan memiliki hutang
yang banyak. Beliau juga telah
berkali-kali
dinasihati oleh keluarganya untuk meneruskan pelajaran dan menghentikan
perniagaannya. Namun begitu, sungguhpun beliau masih muda, mendapat tentangan
yang tinggi daripada orang yang rapat dengan beliau, tidak memiliki tahap
pendidikan yang tinggi,beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan pada usia
awal 20 an.Segala kegagalan pada peringkat awal perniagaannya telah beliau gunakan
untuk memajukan perniagaannya lagi.
Beliau tidak menyalahkan
keadaan atau orang lain apabila perniagaannya
menghadapi kegagalan.
Sekiranya anda ingin tahu, anda boleh pergi ke mana-mana 7 Eleven dan cari
rumpai laut berjenama Tao Kae Noi.Itulah produk yang dihasilkan oleh beliau.
Daripada contoh di atas, kita dapat lihat bahawa orang yang berjaya
bukan sahaja tidak menyalahkan keadaan, malah mereka mampu mengubah kekurangan
keadaan menjadi kelebihan buat diri mereka. Apa yang penting adalah kita harus
memberikan fokus pada akibat dan penyelesaian kepada sesuatu masalah, daripada
mula menuding jari dan duduk di dalam masalah itu sendiri apabila menemui
kegagalan.
6 LANGKAH KE ARAH
SATU JUTA
LANGKAH 1: MULAKAN
DENGAN OBJEKTIF
Setiap apa yang kita lakukan, perlulah
dimulakan dengan objektif. Di dalam bab yang berikut saya akan tunjukkan
bagaimana dengan penyusunan perancangan yang betul akan memberikan impak yang
jauh lebih dalam dan berkesan. Kita akan lihat di dalam bab berikutnya
bagaimana dengan adanya objektif, kita akan dapat menumpukan seluruh tenaga dan
masa kita pada apa yang ingin kita capai. Penyusunan objektif bukan sahaja
perlu dilakukan dalam misi memburu satu juta, tetapi juga dalam
kerja-kerja seharian kita. Orang yang berjaya memiliki objektif jangka panjang
dan objektif jangka pendek. Malah, ada yang memasang objektif dan membuat perancangan
setiap hari.
LANGKAH 2 : RANCANG
KEWANGAN
Setelah meletakkan objektif, kita akan
fokus pada perancangan kewangan. Saya akan tunjukkan bagaimana dengan
perancangan yang teliti,anda dapat meningkatkan pendapatan berkali ganda.Kita
akan lihat juga kepentingan bajet dalam mencapai sasaran tersebut.
LANGKAH 3 :
TINGKATKAN PENDAPATAN
Ingin tingkatkan pendapatan sebanyak 10%, 20% atau 30%? Kita akan
bincangkan bagaimana anda dapat meningkat pendapatan berkali ganda tanpa
berhenti menjadi doktor. Lebih banyak pesakit yang anda bantu, lebih tinggi
pendapatan anda. Tidak perlu berhenti kerja untuk memulakan perniagaan. Seperti
sambil menyelam minum air.
LANGKAH 4 : KURANGKAN
PERBELANJAAN
Kita akan lihat bagaimana jutawan sebenarnya adalah seorang yang
pandai berjimat-cermat dan tidak boros. Mereka lebih pandai mendapatkan wang
daripada membelanjakannya. Banyak persepsi mengenai orang kaya yang perlu kita
tukar. Orang kaya banyak dikaitkan dengan memiliki kereta mewah, berbelanja
besar dan berpakaian berjenama, tetapi kita akan lihat realiti sebenar
kehidupan orang kaya dalam bab yang akan datang.
LANGKAH 5 : GANDAKAN
WANG CARA JUTAWAN
Ingin gandakan wang cara jutawan? Saya
akan tunjukkan bagaimana anda boleh menggandakan wang anda dengan mudah tanpa
perlu bekerja lebih. Anda hanya perlu fokus pada member khidmat kepada
masyarakat tanpa mengharapkan balasan sambil menggandakan wang cara jutawan.
LANGKAH 6 :
MENYUMBANG SAMBIL MENSYUKURI
KEHIDUPAN
Kita datang dari Tuhan dan akan bertemu dengannya kemudian. Jadikanlah
rezeki dan kekayaan yang kita perolehi untuk kita rapatkan diri kepadanya.
Teruskan berkhidmat, berjuang dan menyumbang. Syukuri nikmatnya
PERANCANGAN
LANGKAH 1 : HIDUP
TANPA MERANCANG, MERANCANG
UNTUK GAGAL
Ketika sedang menulis buku ini, saya
sedang mengkaji mengenai NLP. Jika anda tidak pernah mendengarnya, NLP adalah singkatan
kepada Neuro linguistic Programming. NLP melibatkan beberapa teknik, cara,
sikap dan kemahiran komunikasi untuk membantu kita mencapai lebih banyak
perkara yang kita mahu dan mengurangkan perkara yang kita tidak mahu,
seterusnya mencapai objektif kita dengan lebih cepat. Saya akan tunjukkan
kepada anda bagaimana NLP mampu membantu kita meletakkan objektif yang pasti
akan dapat dicapai. NLP menekan konsep Well Formed Outcome. Konsep ini mengajar
kita agar membina objektif berdasarkan outcome atau kesan yang benar-benar
jelas agar kita lebih mudah mencapainya. Ramai di antara kita yang tahu
mengenai SMART (Specific, Measurable, Achievable, Realistic, Timed) dalam
membina objektif. Well Formed Outcome adalah SMART yang ditambah kuasa.
1. Mulakan dengan apa
yang kita mahu
Objektif pelulah dibina dalam bentuk yang positif.Objektif yang baik
akan memberi kita fokus pada apa yang kita inginkan. Amat penting untuk kita
letakkan objektif kita dalam bentuk positif. Jika kita letakkan objektif dalam
bentuk negatif, serba sedikit minda kita akan menyatakan bahawa kita tidak
mahu mencapai
objektif tersebut. Ini menjadi salah satu sebab mengapa ramai orang gagal
berhenti merokok atau berhenti makan makanan yang tidak berkhasiat kerana
selalunya objektif mereka adalah ‘saya TIDAK (negative) mahu merokok’ sedangkan
sepatutnya objektif mereka adalah ‘saya PASTI
(positif)berhenti
merokok’. Satu lagi sebab mengapa kita harus meletakkan objektif dalam bentuk
positif adalah untuk tidak memberi kita ruang membina alasan dalam mencapai
objektif yang kita mahu. Sebagai contoh, objektif ‘saya tidak mahu hidup susah
apabila sudah pencen’ akan menyebabkan kita memberikan pelbagai alasan untuk
menyatakan bahawa kita tidak hidup susah pada ketika ini berbanding dengan
objektif ‘saya ingin mendapatkan 4 juta ringgit apabila sudah pencen’
1. SMART yang tidak
boleh dinafikan Saya tidak akan menghuraikan kaedah SMART secara terperinci di
dalam buku ini. (huraian mengenai SMART akan menjadikan buku ini dua kali ganda
lebih tebal, sedangkan objektif saya adalah untuk tidak membuang masa anda
dalam mencapai target menjadi jutawan). Namun, bagi sesiapa yang tidak tahu
mengenainya bolehlah mencari buku atau mencarinya di dalam internet. Secara
ringkasnya SMART menekankan agar objektif yang kita letakkan haruslah menjadi
specific, measurable, achievable, realistic and timed (spesifik, boleh diukur,
boleh dicapai, realistik dan dalam masa yang ditetapkan). Well formed-outcome
pula menjadikan SMART
begitu spesifik, dan
boleh diukur, sehingga membolehkan anda merasai, melihat dan mendengar apa yang
anda idamkan. Dalam konteks mencapai status jutawan, jadikan objektif anda
begitu spesifik dan terperinci sehingga anda boleh rasakan,sehingga anda boleh
lihat, sehingga anda tahu apa yang akan
anda lakukan apabila
mencapainya.
2. Masa yang spesifik
Kebanyakan orang yang meletakkan objektif selalunya tidak meletakkan
masa yang spesifik. Sebagai contoh, doctor yang mengendalikan hospital atau
klinik ingin meningkatkan sasaran kedatangan pesakit ke klinik atau hospital
mereka, mungkin meletakkan sasaran peningkatan kedatangan pesakit sebanyak 10%
dalam masa 6 bulan. Kebanyakan daripada kita akan meletakkan sasaran sebegitu.
Namun, seperti yang saya terangkan di atas, melalui NLP, sasaran yang kita
letakkan haruslah menjadi begitu spesifik sehingga kita boleh rasai
kejayaan tersebut.
Sasaran yang kita letakkan seharusnya menjadi begitu terperinci sehingga kita
tahu pada tarikh tertentu, kita akan mencapainya. Malah, ada orang yang
meletakkan masa di dalam objektifnya. Sebagai contoh:
Hari ini adalah 31
Disember 2013. Kedatangan pesakit ke klinik saya telah meningkat sebanyak 10%
(boleh letakkan jumlah pesakit)berbanding 6 bulan dahulu. 6 bulan lagi
jumlah pesakit yang datang ke klinik saya akan meningkat sebanyak 10 %
lagi. Hari ini adalah 31 Ogos 2014. Jumlah bilangan pesakit
yang menunggu lebih
daripada 1 jam di jabatan kecemasan dan trauma adalah sifar.
3. Objektif di
sebalik objektif
John Grinder (salah seorang pengkaji NLP) mendapati bahawa salah satu
sebab utama mengapa kebanyakan orang tidak mampu mencapai objektifnya adalah
kerana mereka tidak memiliki objektif selepas objektif asalnya. Secara
realistiknya memang benar, kerana jika kita tidak memiliki objektif sesudah
objektif asal,
objektif kita akan jadi tidak bermakna lagi.Sebagai contoh,Hari ini adalah 31
Disember 2018 (poin 3-target masa). Saya adalah seorang jutawan setelah 10
tahun berusaha (poin 2SMARTyang di boleh dinafikan). Kini saya mendermakan sebanyak
RM1000 setiap bulan untuk bantuan bencana dan melakukan kerja-kerja amal. (poin
4-objektif di sebalik objektif) dan (poin 1-mulakan dengan apa yang kita
mahu). Sekarang, anda hanya perlu meletakkan objektif anda untuk berjaya
di dalam hidup dan menjadi seorang jutawan. Langkah seteruskan akan saya akan
tunjukkan kepada anda. Apa yang
bagusnya adalah saya
begitu yakin yang anda akan Berjaya mencapainya dengan teknik-teknik yang akan
saya tunjukkan. Masih belum yakin lagi? Mari saya tunjukkan pada anda cerita
mengenai kenalan saya ini.
Salah seorang kenalan saya (seorang doktor) memiliki pendapatan sebanyak
lebih kurang RM 20,000 sebulan. Beliau mampu menyimpan sebanyak lebih kurang 5
ke 8 ribu ringgit sebulan. Apa yang menariknya adalah beliau sudah berkahwin, mempunyai
anak dan masih bekerja sebagai pegawai perubatan kerajaan. Beliau bukannya
seorang pakar, mahupun ketua jabatan. Gaji asas beliau pada ketika ini adalah
sebanyak lebih kurang 5 ribu ringgit sahaja. Agak biasa kita dengari
doktor memiliki pendapatan sebanyak lebih daripada 20 ribu ringgit sebulan,
terutamanya doctor pakar di sektor swasta, tetapi berapa ramai doktor yang anda
kenali yang memiliki pendapatan RM 20,000 sebulan pada umur 29 tahun, yang
bekerja sebagai pegawai perubatan (bukan pakar) kerajaan?
Mengikut perkiraan bersamanya, beliau akan mencapai 1 juta pertamanya
pada umur 33 tahun, selepas bekerja selama 7 tahun! Perlu kita ingat bahawa
beliau tidak memiliki perniagaan lain dan pendapatan beliau semuanya diperolehi
sebagai seorang doktor. Apabila saya bertanya kepadanya apakah yang
mendorongnya sehingga mampu mencapai tahap tersebut, beliau menyatakan bahawa ini
semua adalah hasil daripada cita-citanya untuk membantu masyarakat,
cita-citanya untuk menyumbang sebanyak mungkin dalam membina kehidupan yang
lebih baik dan cita-citanya untuk menjadikan dunia ini lebih aman. Apa yang
menariknya, beliau telah menetapkan cita-cita tersebut lebih kurang 4 tahun
yang lalu dan pada ketika itu beliau menyatakan bahawa beliau boleh merasakan kejayaan
tersebut (langkah 1: hidup tanpa merancang, merancang
untuk gagal).
BAJET
LANGKAH 2 : RANCANG
KEWANGAN DENGAN BAJET YANG BETUL
Bajet adalah satu kaedah yang digunakan untuk kita capai apa yang
kita impikan dengan menggunakan sumber yang paling sedikit. Bajet berguna untuk
kita tahu di mana letaknya kekuatan kewangan kita. Bagi mereka yang sudah biasa
dengan perniagaan, pasti akan mengetahui mengenai penyata pendapatan dan
perbelanjaan. Jangan risau jika anda tidak mengetahui mengenainya kerana saya
akan tunjukkan kepada anda bagaimana kita boleh menggunakan konsep
yang sama dalam
menilai kekuatan kewangan kita. Jika orang seperti saya yang pernah mendapat
markah kosong dalam ujian bulanan prinsip akaun boleh memahaminya, inikan pula
anda semua. Seperti namanya, penyata pendapatan dan perbelanjaan menunjukkan
segala pendapatan dan perbelanjaan kita untuk satu jangka tertentu. Pendapatan
yang kita perolehi boleh jadi dalam bentuk gaji kita, elaun-elaun, kerja lebih
masa dan lokum. Secara ringkasnya pendapatan kita adalah segala wang yang kita
perolehi.
Perbelanjaan pula adalah sebaliknya. Perbelanjaan adalah semua perkara
yang melibatkan pengeluaran wang. Ini termasuk hutang kereta dan rumah, makan,
minyak, perbelanjaan harian dan lain-lain. Di akhir penyata ini kita akan
mengetahui berapa banyak pendapatan dan perbelanjaan kita untuk satu bulan.
Sebagai contoh, saya
ambil contoh pendapatan dan perbelanjaan seorang pegawai perubatan siswazah:
PENDAPATAN RM
PERBELANJAAN RM GAJI(TERMASUK ELAUN DAN IMBUHAN LAIN)
4500 KERETA (TERMASUK
MINYAK DAN TOL)
SEWA 500
MAKANAN 500
BIL TELEFON 150
DUIT BELANJA 27
IBU 300
PINJAMANPELAJARAN
BIL-BIL LAIN
(ELEKTRIK DAN AIR)
LAIN-LAIN
PERBELANJAAN
JUMLAH 3450
PENDAPATAN-PERBELANJAAN
1050
1000
200
300
500
Antara beberapa kelebihan mengetahui perbelanjaan dan pendapatan
kita setiap bulan
adalah:
1. Kita dapat
mengetahui kedudukan kewangan kita seterusnya mencari cara bagaimana untuk
memperbaikinya. Sebagai contoh, kita akan mengetahui ke mana perginya duit kita
setiap bulan dengan melihat pada bahagian perbelanjaan, seterusnya bertanya
pada diri kita adakah mana-mana bahagian
perbelanjaan yang
boleh kita kurangkan.
2. Jumlah lebihan
atau kurang duit tiap-tiap bulan. Mengapa pentingnya kita mengetahui mengenai
lebihan atau kekurangan duit tiap-tiap bulan? Ini kerana wang lebihan setiap
bulan inilah yang akan kita gunakan untuk mengumpul aset kekayaan kita.Sekiranya
setiap bulan duit kita negatif, bagaimana kita mampu
menyimpan 1 juta
ringgit? Sebagai contoh lebihan duit bagi pegawai perubatan siswazah di atas
adalah sebanyak RM 1050. Mari kita perhatikan formula ini:
PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
Jika kita lihat pada formula ini, berapa banyak simpanan kita bergantung
kepada pendapatan dan perbelanjaan kita. Ramai yang menganggap orang yang
berpendapatan tinggi akan menyimpan lebih banyak. Namun begitu, realitinya
adalah begitu berbeza. Sikap manusia menunjukkan yang apabila pendapatan kita meningkat,
perbelanjaan kita juga akan meningkat seiring dengan pendapatan kita. Apabila
duit bulanan kita bertambah banyak, kita akan mula membeli kereta yang lebih
mahal, makan di tempattempatyang mahal dan memakai baju berjenama.
Seorang doctor pernah merungut kerana pendapatannya tidak cukup setiap
bulan. Bukan itu sahaja, hutang kad kreditnya juga mencecah 5 angka. Saya
berasa agak pelik kerana pendapatannya adalah sebanyak 15 ribu ringgit sebulan.
Apabila diselidik dengan lebih teliti, baru saya faham mengapa pendapatannya
tidak mencukupi. Ini kerana perbelanjaannya setiap bulan adalah sebanyak 16
ribu ringgit! Dalam bab berikutnya saya akan tunjukkan bagaimana kita boleh meningkatkan
pendapatan, mengurangkan perbelanjaan seterusnya memaksimumkan simpanan kita. Terdapat
beberapa cara untuk kita manipulasi pendapatan dan perbelanjaan kita.
Sesetengah penasihat kewangan menggalakkan kita untuk menyimpan untuk diri
sendiri dahulu sebelum membelanjakan semua pendapatan kita. Apa yang
dimaksudkan dengan menyimpan untuk diri sendiri dahulu? Ini bermaksud kita meletakkan
sebahagian daripada pendapatan dalam simpanan kita dahulu dan dengan duit
lebihan yang ada baru kita gunakan untuk perbelanjaan. Kebanyakan daripada kita
akan membelanjakan pendapatan kita dahulu kemudian dengan duit lebihan (itupun
jika ada) baru digunakan sebagai simpanan.
PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
(cara pemikiran kebanyakan orang)
PENDAPATAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
(cara pemikiran jutawan)
Malah, untuk
memudahkan penyimpanan kita, kita boleh terus tolak sebahagian gaji kita untuk
dimasukkan ke dalam akaun simpanan kita secara automatik setiap bulan.Apakah
perkara yang paling sukar dalam bajet? Jawapannya
adalah MEMULAKANNYA.
Ya, ramai orang yang tahu bagaimana cara dan kepentingan menyimpan maklumat
mengenai perbelanjaan dan pendapatan kita, tetapi tidak ramai yang telah melakukannya.
Ramai yang telah memberitahu saya bahawa mereka telah melakukannya dengan cara
mengingati segala perbelanjaan dan pendapatan, namun, sebenarnya terdapat beberapa
sebab mengapa kita seharusnya mencatatnya. Pertama sekali adalah kita
sepatutnya fokus pada menganalisa segala perbelanjaan dan pendapatan kita,
daripada mengingatinya.
Tidak ada orang yang akan ingat secara terperinci perbelanjaan dan
pendapatannya untuk
sebulan. Ramai yang akan tersilap dengan
menganggar dan membundarkan perbelanjaan dan pendapatan mereka.
Perkara kedua dan yang lebih penting adalah otak manusia lebih cenderung
untuk menghala ke arah perkara yang kita ingini. Ini menyebabkan kita lebih
cenderung untuk menganggap pendapatan kita lebih tinggi dan perbelanjaan kita
lebih rendah daripada reality jika kita hanya mengingatinya. Perkara
ketiga adalah kadang-kadang kita perlu berkongsi pendapatan dan perbelanjaan
bulanan kita bersama orang lain (rakan, perancang kewangan, bank).
Ini bertujuan untuk perbincangan dan mencari idea bagaimana untuk
memperbaiki keadaan semasa kewangan kita. Jika dahulu, kebanyakan orang
akan mencatatkan segala perbelanjaan dan pendapatannya secara manual, kemudian
berubah kepada simpanan di dalam telefon, tetapi kini keadaan sudah semakin
mudah. Kebanyakan doktor yang saya kenali telah menggunakan gajet yang canggih.
Inilah masanya untuk kita menggunakan kecanggihan iPhone, Samsung Tab dan I pad
untuk membantu kita mengumpul asset (harap tidak dijadikan alas an untuk
membelinya). Jika anda ingin menggunakan sepenuhnya
teknologi ini, saya
cadangkan anda muat turun program seperti Mint, Personal Capital, Manilla dan
Adaptu.
PENDAPATAN
LANGKAH 3 : CARA
UNTUK MEMAKSIMUMKAN
PENDAPATAN ANDA
Kita sudah mengetahui bahawa amat penting untuk kita meningkatkan
pendapatan demi meningkatkan simpanan. Ramai yang beranggapan bahawa doktor
mempunyai pendapatan yang tinggi berbanding dengan mereka yang lain. Bagi saya
apa yang menariknya adalah apabila kita bekerja sebagai doktor, kita akan
bekerja sebagai doktor di mana-mana sahaja. Ramai rakan saya yang bekerja
sebagai jurutera, akauntan dan pegawai kerajaan yang menjalankan kerja sampingan.
Ada yang menjual insuran, menjual kain dan emas dan ada juga yang
menjalankan aktiviti perniagaan sampingan secara online. Apa yang bagusnya
dengan menjadi doktor adalah sekiranya anda melakukan kerja tambahan, anda
masih boleh lakukannya sebagai seorang doktor.
Kerajaan telah membenarkan doktor
yang bekerja di sector kerajaan untuk bekerja di sektor swasta sebagai kerja
sambilan atau dikenali sebagai lokum. Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana
lokum dapat menggandakan pendapatan anda, tetapi sebelum itu, ada beberapa
perkara yang perlu anda ketahui mengenainya dahulu. Pada 1 Mac 2006 jemaah
menteri telah bermesyuarat dan telah mengambil maklum akan cadangan supaya
Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian berdaftar dibenarkan melakukan lokum.
Surat pekeliling ini saya sertakan bersama-sama dengan pekeliling- pekelling
lain berkenaan lokum di bahagian lampiran. Saya amat bersetuju dengan kebenaran
ini atas beberapa sebab. Pertama sekali, kebenaran melakukan lokum ini
memudah kedua-dua pihak, iaitu pegawai perubatan kerajaan dan pemilik klinik-klinik
dan hospital swasta. Ini kerana kebenaran lokum ini akan membolehkan doktor di
klinik dan hospital swasta mendapatkan khidmat doktor kerajaan dan pada
masa yang sama membolehkan doktor kerajaan mendapat pendapatan sampingan.
Perkara kedua, dan yang lebih penting bagi saya adalah dengan
melakukan lokum,
doktor yang bekerja kerajaan dapat menambah pelbagai kemahiran baru:
1. Doktor yang
bekerja dapat memahirkan cara berkomunikasi dengan pesakit dan cara
berinteraksi dengan masyarakat. Ini kerana kita dapat berjumpa dengan lebih
ramai orang, malah berjumpa masyarakat dari golongan yang berbeza.
2. Dapat menambahkan
kemahiran klinikal dengan berjumpa dengan lebih banyak pesakit.
3. Mengetahui serba
sedikit cara dan organisasi pentadbiran di klinik atau hospital swasta. Sebagai
contoh, dari segi waktu menunggu, sistem teknologi dan maklumat, ubat-ubatan
dan cara pemikiran doktor di klinik swasta.
4. Melatih pengurusan
masa. Bukan mudah untuk membahagi masa antara waktu bekerja, oncall, waktu
bersama keluarga dan lokum.
5. Adalah amat
penting untuk doktor di sektor kerajaan mengetahui apa yang berlaku di sektor
swasta, terutamanya apabila doktor tersebut diberi jawatan yang lebih tinggi di
dalam pentadbiran. Sudah tentu kita mahu melahirkan doktor yang berkebolehan
bukan sahaja dari segi klinikal, tetapi juga di dalam bidang pentadbiran,
ekonomi dan politik . Mana tahu mungkin satu hari nanti akan lahir seorang lagi
Perdana Menteri Malaysia yang bergelar doktor.Perlu diingatkan di sini untuk
anda terlebih dahulu mengetahui pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia
sebelum menjalankan aktiviti lokum. Saya menyeru agar anda tidak menjalankan
lokum ini semata-mata untuk wang, kerana anda akan kerugian besar disebabkan
terdapat terlalu banyak kelebihan yang lain.
MAKSIMUMKAN LOKUM
ANDA
Terdapat
pelbagai teknik yang digunakan oleh para doctor dalam menjalankan lokum (dengan
kebenaran semestinya). Ada yang menjalankan lokum di beberapa buah klinik, ada
yang hanya melakukannya di sebuah klinik berdekatan sahaja. Ada yang merancang
jadual bulanan kerja agar bersesuaian dengan lokum di klinik kegemarannya (poin
4-melatih pengurusan masa). Ada yang saya jumpa telah berjaya membina kumpulan
pesakitnya sendiri (pesakit datang ke klinik tersebut untuk berjumpa dengan doctor
lokum tersebut-mungkin cara komunikasi doktor ini begitu hebat-poin(1).
Namun begitu,
tidak kira apa juga cara yang digunakan oleh doktor tersebut, terdapat satu
perkara penting yang sering dilihat oleh klinik atau hospital swasta. Di
mana-mana tempat kerja, terdapat 3 golongan pekerja:
1. Pengurang nilai
Golongan ini adalah mereka yang melakukan kerja kurang daripada apa yang
dikehendaki oleh majikannya. Mereka adalah golongan yang selalu datang lambat
ke tempat kerja, tidak menghabiskan kerja dalam masa yang ditetapkan dan banyak
mencuri tulang. Mereka dikenali sebagai golongan yang mengurangkan nilai
disebabkan sumbangan yang mereka berikan tidak setaraf dengan gaji yang mereka
perolehi. Mereka adalah golongan pertama yang akan dibuang kerja, dan golongan
ini jugalah yang akan paling sukar mendapat kenaikan pangkat. Saya telah
berjumpa dengan beberapa orang doctor yang tidak dibenarkan melakukan lokum di
klinik tertentu atas sebab doktor tersebut menjadi pengurang nilai. Siapa yang
akan benarkan doktor tersebut melakukan lokum sekiranya pesakitpesakitnya lari
apabila menerima rawatan daripada doctor tersebut?.
2. Pengekal nilai
Golongan ini pula adalah golongan yang melakukan kerja mengikut apa yang
diarahkan. Mereka akan datang kerja dan menghabiskannya pada masa yang
ditetapkan. Secara ringkasnya mereka adalah golongan yang akan mengikut
apasahaja arahan yang diberikan. Mereka dikenali sebagai pekerja
yang bagus dan
berdisiplin. Kebanyakan daripada mereka akan mendapat kenaikan pangkat dan gaji
mengikut persetujuan yang telah ditetapkan. Ramai doktor dan para pekerja
sebenarnya tergolong dalam golongan ini. Namun begitu, sekiranya anda berada di
takuk ini, anda tidak akan mampu pergi jauh.
3. Penambah nilai
Pernahkah anda
terfikir mengapa di sesetengah tempat, dua orang berbeza yang memiliki
pekerjaan yang sama, jangka masa bekerja yang sama, 24 jam yang sama, tangan
dan kaki yang sama, tetapi seorang berpendapatan lebih kurang 5 ribu ringgit
sebulan, tetapi seorang lagi berpendapatan sehingga 5 angka sebulan? Jawapannya
adalah kerana seorang merupakan penambah nilai. Apa yang dimaksudkan dengan
penambah nilai? Golongan penambah nilai adalah golongan mereka yang sentiasa
mahukan lebih daripada apa yang diarahkan. Apabila majikan mengarahkan beliau
melakukan sesuatu tugas dalam masa yang ditetapkan, beliau melakukan lebih dari
itu. Lebih cepat, lebih baik, lebih banyak dan lebih bernilai. Mereka sentiasa
berfikir tentang cara untuk memajukan diri dan organisasinya.
Ini adalah antara contoh mengenai dua orang doktor yang bekerja di
sektor kerajaan. Walaupun umur mereka hampir sama, bekerja di tempat yang sama
dan untuk jangka masa yang sama, seorang mendapat jumlah pendapatan (daripada
beberapa sumber halal yang berbeza) hampir 4 kali ganda lebih banyak
Doktor A umur 29
tahun, pendapatan 5,000 ringgit sebulan.
- Pergi dan pulang
kerja pada masa yang ditetapkan.
- Merawat pesakit
yang hadir ke hospital.
- Menghadiri
mesyuarat seperti yang ditetapkan.
- Menghadiri CME.
- Memberi ceramah
seperti yang ditetapkan.
- Pergi ke
kursus-kursus dan seminar yang telah disediakan.
Doktor B umur 29
tahun, pendapatan 20,000 ringgit sebulan.
- Datang kerja awal
dan pulang lewat kerana melakukan 2 kali ganda lebih banyak kerja.
- Merawat, menasihati
dan memotivasikan pesakit untuk menjagakesihatan.
- Menghadiri dan
memberikan idea-idea di dalam mesyuaratuntuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan
kualiti penjagaan pesakit.
- Menjadi ketua unit
atau organisasi.
- Mencari
kursus-kursus dan seminar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.
- Mencari peluang
untuk memberi ceramah demi meningkatkan kemahiran komunikasi.
- Membaca jurnal,
buku-buku perubatan dan bukan perubatan.
- Melakukan lokum di
luar waktu kerja untuk meningkatkan kemahiran klinikal dan komunikasi yang
telah dipelajari melalui kursus-kursus dan pembacaan buku.
- Menghasilkan
artikel-artikel dan penulisan tentang kesihatan dan perubatan.
- Berpengetahuan
tinggi bukan sahaja dalam bidang perubatan, malah dalam bidang-bidang yang lain
juga.
- Terlibat dalam
memberi latihan pada pegawai perubatan siswazah.
Doktor B mendapat pendapatan yang begitu tinggi kerana beliau telah
memberikan begitu banyak nilai kepada pesakit, rakan kerja dan organisasinya
(melakukan lebih daripada apa yang diperlukan), menyebabkan beliau sentiasa
dicari jika terdapat sebarang masalah.
Malah, terdapat doktor penambah nilai yang dalam sehari mendapat
panggilan daripada 3
klinik yang berbeza untuk melakukan lokum. Jangan jadikan alasan bekerja di
sektor kerajaan sebagai melembabkan kenaikan
pangkat dan gaji.
Jika kedua-dua doktor ini bekerja di sektor swasta, adakah
anda rasa bebaloi
untuk hospital swasta membayar pendapatan setinggi ini
kepada doktor B?
Sudah pasti ya kerana nilai yang diberikan oleh doktor B jauh lebih banyak kepada
organisasinya. Sekiranya hospital swasta itu mempunyai
lebihan doktor,
siapakah yang anda rasa akan dibuang dahulu?
ALAT YANG PALING
PENTING
Dalam usaha kita untuk memaksimakan
pendapatan, terdapatsatu perkara yang jika kita gunakan sepenuhnya akan
memberikanimpak yang sangat mendalam. Perkara yang boleh menjadi kawan jika
kita gunakan dengan sebaiknya dan boleh menjadi lawan sekiranya kita tersalah
guna. Inilah yang dikenali sebagai MASA!. Masa adalah seperti pelawat, yang
boleh membantu kita dan juga menyusahkan kita. Masa adalah seperti jarum
picagari yang boleh membunuh atau menyelamatkan nyawa. Malah Earl Nightingale, seorang
pakar motivasi yang terkenal dengan hasil penulisannya, The Strangest Secret
telah menyatakan bahawa kita boleh menjadi seorang pakar bedah jantung dengan
menggunakan kesemua masa yang kita gunakan untuk menonton rancangan televisyen
setiap petang.
Namun begitu, saya adalah seorang yang bergantung kepada fakta. Jadi,
mari kita lihat bagaimana kebanyakan orang menghabiskan masa mereka. Jika anda
perhatikan betul-betul, sebenarnya banyak masa kita yang telah ‘dicuri’.
Sekiranya dalam satu hari anda menggunakan lebih kurang 7 jam untuk tidur, anda
telah menghabiskan lebih kurang 20 tahun jangka hayat anda (kita anggap purata
hayat 70 tahun) hanya untuk tidur. Sekiranya anda mengambil purata masa 1 jam
untuk pergi dan pulang dari tempat kerja, anda akan menghabiskan lebih kurang 6
tahun lagi hanya di atas jalan raya. Masa bersiap dan masa di tandas dengan
jumlah harian 1 jam akan menjadikan masa anda hilang sebanyak 3 tahun lagi.
Mungkin anda rasakan 3 tahun daripada 70 tahun adalah sesuatu yang agak kecil,
tetapi nilai yang kecil ini sebenarnya boleh menjadikan anda seorang jutawan.
Tidak percaya? Mari kita kira.Saya gunakan contoh paling mudah dengan
menganggap anda menggunakan masa tersebut untuk menjalankan lokum (RM40) sejam.
Jumlah masa yang anda
gunakan untuk bersiap (mandi, pergi tandas, pakai baju, berus gigi) =
1 (jam) x 70 (tahun)
x 365 (hari) x 40 (sejam lokum) = RM
1,022,000!
TINGKATKAN KUALITI
DAN KUANTITI MASA KITA
Kita sering mendengar orang bertanya mengenai pendapatan seseorang
untuk sebulan. Kita juga sering membandingkan gaji orang yang bekerja mengikut
gaji bulanan. Namun begitu, perbandingan ini sebenarnya adalah kurang tepat,
dan kurang sesuai atau sukar untuk kita gunakan bagi menentukan dan memperbaiki
pendapatan kita. Sebagai contoh, doktor A memiliki pendapatan RM 5,000 sebulan
dan doktor B memiliki pendapatan RM 20,000 sebulan. Perbandingan ini menjadi
kurang tepat kerana kita tidak mengetahui masa yang digunakan oleh kedua-dua
orang doktor untuk bekerja dalam sebulan. Secara asasnya kita melihat bahawa
doktor A memiliki pendapatan
yang lebih rendah
daripada doktor B, dan kita sudah semestinya ingin mendapat pendapatan seperti
doktor B, tetapi apabila saya katakana pada anda bahawa doktor A sebenarnya
memiliki sebuah klinik, dan hanya datang ke kliniknya selama sejam dalam
seminggu untuk mendapatkan pendapatan RM 5000 sebulan dan selebihnya beliau hanya
bermain golf dan menghabiskan masa bersama keluarga dan melancong, manakalah
doktor B pula menghabiskan masanya selamaantara 13 jam hingga 15 jam di
kliniknya 7 hari seminggu, siapakah yang ingin anda ikuti?
Terdapat dua perkara yang menjadi faktor kepada pendapatankita.
Yang pertama adalah masa, dan yang kedua adalah pendapatan kita untuk satu jam.
Masa bekerja kita boleh diibaratkan sebagai kuantiti kerja kita, manakala
pendapatan sejam kita boleh diibaratkan sebagai kualiti kerja kita.
MASA X PENDAPATAN SEJAM = JUMLAH PENDAPATAN
Jumlah pendapatan anda akan bergantung
pada jumlah masa bekerja kali dengan pendapatan satu jam. Sekiranya pendapatan
anda satu jam adalah sebanyak RM 40 dan anda bekerja untuk 9 jam sehari, maka
pendapatan anda untuk satu bulan adalah sebanyak RM10800 (30 X 40 X 9). Jika
kita bandingkan menggunakan contoh di atas, ini bermakna pendapatan doktor A
adalah sebanyak RM 1250 sejam, manakala pendapatan doktor B adalah sebanyak RM
44. Maka, kualiti gaji doktor A sebenarnya adalah jauh lebih
tinggi. Setelah memahami formula ini, terdapat beberapa situasi yang
perlu kita fahami:
1. Sesetengah orang
mendapat pendapatan sehingga seribu ringgit untuk satu jam, namun peluang yang
diperolehinya hanya sekali untuk 1 bulan. Orang yang mempunyai situasi seperti
ini harus memikirkan cara untuk meningkatkan masa pendapatannya. Sebagai
contoh, saya ada mengenali penceramah yang dibayar sebanyak 1 ribu ringgit
untuk satu jam ceramah, namun peluang
yang diperolehinya
adalah jarang sekali. Beliau kemudiannya mencari cara untuk meningkatkan masa
ceramahnya dengan memberikan diskaun menjadi RM 800. Hasil daripada diskaun yang
diberikan, beliau telah diberi lebih banyak peluang untukmemberi ceramah.
2. Ada sesetengah
orang berpeluang untuk berkerja sehingga 15 jam satu hari, namun pendapatannya
hanya RM 35 sahaja untuk satu jam. Golongan seperti ini seharusnya memikirkan
cara untuk meningkatkan pendapatan sejamnya.
Namun begitu, perkara
yang terbaik adalah dengan mencari cara untuk meningkatkan pendapatan dan masa
bekerja kita. Ini bertujuan untuk memaksimakan pendapatan kita. Kita bukan
sahaja perlu meningkatkan kualiti pendapatan kita (gaji satu jam) malah kita
juga perlu meningkatkan kuantitinya (masa bekerja).
BEKERJA DI SEKTOR
SWASTA
Jika anda bekerja di
sektor swasta ciri-ciri yang telah kita bincangkan tadi adalah sangat penting.
Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh menggandakan perniagaan
anda atau keuntungan hospital tempat anda bekerja.
Di dalam sebarang
perniagaan, keuntungan sebenarnya bergantung hanya kepada 4 perkara: jumlah
pelanggan yang membeli atau menggunakan khidmat, purata jumlah jualan setiap
pelanggan, purata jualan ulangan dan margin keuntungan. Jika anda Berjaya memperbaiki
salah satu daripada faktor-faktor di atas, anda akan dapat menambahkan
keuntungan perniagaan. Mari saya tunjukkan
kepada anda melalui
contoh berikut.
Dr Ali memiliki
sebuah klinik. Beliau telah beroperasi selama 8 tahun. Berikut adalah jumlah
keuntungan untuk klinik Dr Ali untuk setahun:
Purata Jumlah Bilangan
pesakit (jumlah pelanggan)
20 orang satu hari 20
x 30 x 12 = 7200
(X) Purata jualan
setiap pesakit
RM 40 40
(X) Pesakit ulangan
3 3
Hasil jualan
7200 x 40 x 3 =
864000
(X) Margin
keuntungan
60% 60%
Jumlah keuntungan
RM 518, 400
Demi
meningkatkan pendapatan kliniknya Dr Ali telah mendapatkan khidmat perunding
sebanyak RM10,000 (adakah nilai ini banyak? Kita akan lihat sebentar lagi).
Perunding ini telah Berjaya meningkatkan setiap kategori yang kita bincangkan
sebentar tadi sebanyak 10 %, dengan menggunakan kos sebanyak RM20,000 (jadi Dr
Ali telah mengeluarkan wang sebanyak RM 30,000 sebagai jumlah pertambahan kos).
Purata Jumlah Bilangan
pesakit (jumlah pelanggan)
22 orang satu hari 22
x 30 x 12 = 7920
(X) Purata jualan
setiap pesakit
RM 44 44
(X) Pesakit ulangan
3.3 3.3
Hasil jualan
7920 x 44 x 3.3
=
1,149,984
(X) Margin
keuntungan
66% 66%
Jumlah keuntungan
RM 758,989
Dengan hanya
memperbaiki setiap bahagian sebanyak 10% telah meningkatkan jumlah keuntungan
Dr Ali sebanyak RM 240, 589! Sekarang, adakah pelaburan Dr Ali sebanyak RM
30,000 berbaloi? Dan jika anda bekerja dengan Dr Ali sebagai doktor tetap yang
bergaji RM8,000 dan berjaya meningkatkan keuntungan sebanyak itu, adakah anda
rasa Dr Ali akan berfikir panjang sekiranya anda minta gaji yang lebih tinggi? Nah,
sekarang saya telah memberikan formula kepada anda untuk meningkatkan jumlah
keuntungan. Sekarang anda boleh mula berfikir cara-cara untuk meningkatkan
keuntungan di tempat anda, seterusnya meminta gaji yang lebih tinggi. Apa yang
sepatutnya anda lakukan sekiranya anda telah berjaya meningkatkan jumlah
keuntungan, tetapi
bos anda tetap tidak mahu naikkan gaji anda? Jangan risau, banyak lagi tempat
yang akan menerima anda.
PERBELANJAAN
LANGKAH 4 : CARA
HIDUP JUTAWAN
Dalam bab-bab
sebelum ini saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana untuk kita gandakan
pendapatan. Sekarang sudah sampai masanya untuk anda dapatkan kereta BMW
idaman, memakai pakaian idaman dan membeli rumah mewah anda. Sekejap,
sebentar.. nanti dahulu.. masih belum lagi. Ada beberapa perkara yang saya
perlu ingatkan anda dahulu. Pertama sekali bukankah tujuan kita mengumpul satu
juta untuk menyumbang? Jadi mana perginya sumbangan di dalam senarai idaman
kita? Perkara yang kedua adalah sekiranya anda dapatkan semua perkara di atas,
saya boleh berjanji pada anda yang anda tidak akan sampai ke tahap satu juta.
Ini sebabnya..
PENDAPATAN –
PERBELANJAAN = SIMPANAN
Jika pendapatan
lebih banyak daripada perbelanjaan, simpanan anda akan meningkat, tetapi jika
sebaliknya, simpanan anda akan berkurangan. Di dalam formula ini, tidak kira
setinggi mana pendapatan anda, sekiranya perbelanjaan anda lebih tinggi,
simpanan anda akan tetap menyusut.
CARA SEBENAR HIDUP
JUTAWAN
Sebenarnya
ramai orang yang memiliki pendapatan yang tinggi. Namun tidak ramai yang
berjaya mencapai status jutawan. Mengapa perkara ini terjadi? Cuba anda
bayangkan cara hidup seorang jutawan. Dari segi pemakaiannya, keretanya,
rumahnya, makanannya dan tempat-tempat yang dilawatinya. Kebanyakan orang
menyangkabahawa orang kaya memiliki rumah banglo, berkereta mewah, bermain golf
dan melancong menggunakan penerbangan kelas pertama. Namun sebenarnya, ini
semua tidak begitu tepat. Imej ini
sebenarnya telah
banyak dipamerkan di televisyen dan oleh agen-agen
pengiklanan.Jadi,
bagaimanakah cara hidup kebanyakan jutawan? Dr
Thomas J. Stanley di
dalam bukunya The millionaire mind (satu lagi buku yang saya galakkan anda
baca) telah melakukan kajian mengenai lebih daripada 700 orang jutawan di
Amerika Syarikat. Beliau dapati bahawa kebanyakan jutawan sebenarnya hidup
secara berjimat cermat dan membeli di bawah kemampuan mereka, dan kebanyakan
mereka bekerja bukan untuk duit. Kebanyakan daripada mereka memandu kereta
buatan tempatan yang berumur lebih 10 tahun, membeli baju kurang daripada 300
dollar dan mereka semua hidup mengikut bajet yang telah ditetapkan. Berikut
adalah 5 cara hidup dan aktiviti yang paling banyak dilakukan oleh jutawan
mengikut kajian Dr Stanley:
1. Mendapatkan
nasihat dari pakar penasihat cukai.
2. Melawat muzium.
3. Melakukan aktiviti
kemasyarakatan
4. Berkebun
5. Mengumpul dana
untuk tabung bantuan
Maafkan saya kerana
tidak ada pergi melancong ke luar negara, membeli-belah atau menikmati kopi di
tempat yang mahal. Saya lupa untuk memberitahu anda bahawa secara purata,
jumlah aset mereka adalah sebanyak 9.2 juta dollar, dan purata pendapatan
mereka untuksetahun adalah sebanyak 749,000 dollar!.Mereka adalah orang yang
paling banyak menyumbang kepada negara,masyarakat dan ekonomi, namun merekalah
orang yang paling berjimat-cermat. Ketika Warren Buffett menjadi orang kedua
terkaya di dunia, kereta apa yang digunakannya? Beliau menggunakan kereta
Toyota Corolla yang telah berumur lebih daripada 5 tahun!
LANGKAH-LANGKAH
MENGURANGKAN PERBELANJAAN
1. Hidup di bawah
paras kemampuan anda.
Apabila anda
ingin membeli sesuatu, belilah pada harga di bawah paras kemampuan anda.
Sebagai contoh, jika anda ingin membeli kereta, dan kemampuan anda adalah
sebanyak RM200,000, belilah kereta yang lebih murah sedikit. Salah satu
kaedah untuk membeli barang adalah dengan mengetahui apakah yang anda
benarbenar perlukan, dan bukannya apa yang orang lain perlukan. Ramai doktor
yang berlumba-lumba menukar kereta, rumah dan telefon bimbit sedangkan banyak
perkara di dalam spesifikasi barangan
tersebut yang tidak
diperlukan. Sebagai contoh, apabila kita memilih telefon bimbit, kita sepatutnya
telah mengetahui apa yang kita perlukan daripada telefon bimbit tersebut. Jika
anda perlukan telefon bimbit untuk menghantar
pesanan ringkas dan
menelefon orang lain sahaja, tidak perlulah anda dapatkan iPhone dengan pekej
lengkap internet. Jika anda mahukan kereta untuk pergi dan balik kerja, tidak perlulah
membeli kereta semahal BMW atau Audi. Jika anda mengkaji mengenai teknik-teknik
marketing, anda akan tahu mengapa kebanyakan pelanggan tertewas dengan
pengiklanan mereka. Adakah ini bermaksud yang kita tidak akan merasai
langsung kereta mewah, telefon canggih dan rumah yang tersergam indah? Seperti
yang telah kita bincangkan, kita tidak sepatutnya berkerja untuk mengumpul
duit, dan duit yang kita perolehi sepatutnya kita gunakan untuk kebaikan
masyarakat, tetapi anda jangan risau kerana saya akan tunjukkan bagaimana anda
dapat memperolehinya. Apa
yang anda perlukan
adalah kesabaran. Sabar…
2. Beli apabila anda
benar-benar memerlukannya
Satu lagi
teknik penjimatan yang selalu diamalkan oleh jutawanadalah dengan tidak membeli
terus barang yang kita inginkan.Sebagai contoh, apabila anda ingin membeli
telefon bimbit baru, cuba anda tangguhkan dahulu kemahuan anda dan lihat sama
ada anda boleh bekerja dan hidup seperti biasa tanpanya. Selalunya anda akan mampu
hidup seperti biasa tanpanya. Bagusnya bekerja sebagai seorang doktor
adalah anda akan menghabiskan kebanyakan masa untuk bekerja, dan tidak
mempunyai masa untuk membeli-belah! Masa lapang yang terlalu banyak sebenarnya
tidak bagus untuk duit kita.
3. Kaji perbelanjaan
bulanan anda
Kita telah bincangkan di dalam langkah 2 (rancang kewangan dengan
bajet yang betul) akan kepentingan menyimpan maklumat mengenai pendapatan dan
perbelanjaan kita. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk kita
melihat pada bahagian perbelanjaan kita dan mencari cara bagaimana untuk kita
mengurangkan perbelanjaan kita. Jika anda lakukannya dengan betul dan
bersungguh-sungguh, anda akan mampu mengurangkan perbelanjaan sehingga 20 %. Sebagai
contoh apabila kita bekerja, kita akan selalunya makan di luar. Jika secara
puratanya setiap kali kita makan kita berbelanja sebanyak 10 ringgit, (pagi,
tengah hari dan malam) jumlah wang yang akan kita gunakan untuk sebulan adalah
sebanyak 900 ringgit. Saya yakin, banyak lagi tempat makan yang boleh
mengenyangkan kita dengan harga yang lagi murah. Sebagai contoh, satu set
hidangan nasi, ayam dan sayur berserta air boleh kita perolehi pada harga 5-7 ringgit
sahaja. Dalam sebulan, kita dapat mengurangkan perbelanjaan
makanan kita antara
30% hingga 50%! Adakah nilai ini sedikit? Saya akan tunjukkan apakah harganya
jika anda mampu mengurangkan perbelanjaan anda sebanyak itu di dalam bab
berikutnya.
MAKSIMUMKAN
PENDAPATAN
LANGKAH 5 : GANDAKAN
WANG SEBANYAK YANG
ANDA TIDAK SANGKA
Dalam banyak-banyak topik, ini adalah topik yang paling saya
minati. Ini kerana
topik ini bakal membuka pintu baru ke arah mendapatkan kebebasan kewangan anda.
Di dalam topik ini kita akan lihat bagaimana anda akan meningkatkan pendapatan
anda melebihi gaji yang anda perolehi. Adakah anda sangsi dengan pernyataan
saya ini? Tidak cukup lagikah bukti-bukti yang telah saya tunjukkan dalam topik
sebelum ini? Jika sebelum sampai ke topik ini adakah anda akan percaya bahawa
semua doktor mampu mencapai pendapatan sebanyak 5 angka walaupun baru bekerja
tidak sampai 5 tahun?
Kepercayaan
Sebelum saya tunjukkan kepada anda bagaimanakah caranya, ingin
saya tekankan bahawa antara ciri-ciri orang yang berjaya adalah mereka percaya
pada diri mereka. Tidak kira dalam bidang apa sekali pun yang mereka ceburi,
tanpa kepercayaan yang tinggi, mereka tidak akan mampu mencapai apa yang mereka
perolehi. Rate limiting step (bottle neck)
Saya pernah
berbincang bersama seorang rakan saya. Beliau adalah seorang doktor yang rajin,
berdedikasi dan bersemangat tinggi. Beliau sentiasa ceria dan bersemangat. Pada
satu hari, saya ternampak dirinya bersendirian. Apabila ditanya, beliau
menyatakan bahawa beliau telah mencuba sehabis baik untuk meningkatkan
simpanannya dengan memaksimumkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaannya,
namun, beliau masih tidak mampu mencapai
objektifnya dalam
masa yang ditetapkan walaupun tidak berhentihenti bekerja.
Seorang lagi rakan saya,jadual
hariannya adalah lokum disebuah hospital swasta pada siang hari dan pada sebelah
malamnya lokum di klinik lain (beliau bukan doktor kerajaan), sehinggakan
beliau terpaksa
mencari klinik yang menyediakan tempat tidur untuk isteri dan anak-anak.
Walaupun pendapatan bulanannya adalah lebih kurang 20 ribu ringgit, namun
berapa lama beliau hendak hidup sebegini? Berapa lama badannya boleh bertahan
sebelum mengidap tekanan darah tinggi dan sakit jantung? Malah, ramai
rakan-rakan saya yang mengeluh kerana apabila sampai ke satu tahap, mereka sudah
ketandusan cara untuk meningkatkan simpanan mereka.
Inilah yang dikenali sebagai rate limiting step. Kita sudah tentu biasa
mendengar konsep ini ketika belajar kimia di sekolah menengah, tetapi tahukah
anda bahawa konsep ini boleh diaplikasikan di dalam kerjaya kita? Jika sesiapa
yang sudah lupa, rate limiting step adalah langkah yang menjadi penentu kepada
berapa cepat sesuatu proses itu dapat dilakukan. Apa yang menariknya adalah
langkah penentu ini boleh berubah-ubah. Mari saya tunjukkan
contohnya. Kita sering mendengar pesakit merungut terpaksa menunggu lama
di klinik. Jangan terkejut kerana masalah ini bukan sahaja berlaku di
klinik-klinik kerajaan. Ada pesakit yang menunggu di klinik swasta sehingga 2
jam untuk berjumpa dengan doktor. Selalunya keadaan ini terjadi kerana
kurangnya bilangan doktor. Di
dalam contoh ini,
limiting stepnya adalah bilangan doktor. Namun begitu, tidak semua klinik
masa menunggunya disebabkan oleh kekurangan doktor. Sebuah hospital kerajaan
telah menambah bilangan doktor bagi mempercepatkan rawatan pesakit. Hasil
daripada pertambahan tersebut menyebabkan waktu menunggu untuk berjumpa dengan
dokor menjadi pendek. Namun masih terdapat pesakit yang merungut akibat
terpaksa menunggu untuk masa yang
lama.
Apabila diselidik, didapati bahawa pesakit tersebut sebenarnya menunggu
selama 10 minit sahaja untuk berjumpa dengan doktor. Doktor tersebut
kemudiannya telah meminta ujian darah dijalankan. Sampel darah diambil oleh
pembantu pegawai perubatan. Namun begitu, akibat terlalu banyak bebanan kerja,
pesakit tersebut terpaksamenunggu untuk masa yang lama. Jika sebelum ini
limiting stepnya adalah bilangan doktor, kini limiting stepnya adalah penolong pegawai
perubatan. Hospital tersebut telah berjaya memperbaiki masa
menunggu doktor,
tetapi pesakit masih terpaksa menunggu juga walaupun untuk jangka masa yang lebih
singkat. Jadi, satu-satunya cara untuk memperbaiki keadaan ini adalah dengan
mencari jalan mempercepatkan pengambilan darah pesakit. Perlu kita ingat bahawa
untuk mempercepatkan pengambilan darah bukan bermaksud menambah bilangan
pekerja semata-mata. Tidak kira dalam proses apa sekali pun, akan wujud
limiting stepnya, dan limiting step ini boleh berubah-ubah, apabila kita telah memperbaiki
limiting step asal. Apa yang bagusnya adalah dengan mengetahui keadaan ini,
kita hanya perlu fokus pada limiting step untuk memperbaiki keseluruhan proses.
Tidak kira sama ada kita ingin mempercepatkan masa menunggu di klinik,
wad kecemasan dan trauma, masa menunggu untuk pembedahan, kita akan dapat
memperbaiki masa menunggu sekiranya kita mampu mempercepatkan limiting stepnya.
Setelah kita mengetahui konsep rate limiting step, kini kita akan faham
bahawa ramai doktor yang telah berjaya memaksimumkan simpanan dengan
memaksimumkan pendapatan dan minimumkan perbelanjaan, namun tidak mampu
menambahnya lagi disebabkan oleh ketiadaan masa (limiting step) untuk melakukan
kerja lebih. Boleh juga kita andaikan bahawa kuantiti dan kualiti masanya telah
sampai ke tahap
maksima. Perlu diingat bahawa tujuan utama kita bekerja bukan untuk duit. Saya
ulang sekali lagi, jangan bekerja semata-mata kerana duit. Jadi, bagaimanakah
caranya untuk kita meningkatkan pendapatan kita
tanpa memerlukan
lebihan masa bekerja?
Bekerja paling
sedikit
Apabila kita mendengar orang mengatakan
bahawa kita harus berkerja paling sedikit, sudah tentu kita akan berfikiran
negatif. Kebanyakan orang akan berfikir bahawa kita adalah seorang yangpemalas
atau berkerja cukup-cukup mengikut keperluan. Sikap malas dan berkerja sekadar
keperluan adalah konsep yang digunakan oleh pengurang dan pengekal nilai (kita
telah bincangkannya sebelum ini).Bagi orang yang berjaya, definisi ini
bermaksud berkerja paling sedikit, untuk menghasilkan keputusan yang paling
besar. Kita tetap menjadi yang paling rajin, yang paling baik, yang paling suka
bekerja, tetapi setiap pekerjaan kita itu menghasilkan keputusan yang paling baik
untuk usaha yang paling sedikit. Konsep ini sebenarnya adalah
kesinambungan daripada konsep
yang telah
diperkenalkan oleh ahli ekonomi Itali yang bernama Vilfredo Pareto pada tahun
1897. Ketika mengkaji ekonomi England pada abad ke 19, beliau dapati terdapat
perbezaan yang ketara dari segi kekayaan rakyat England. Hasil daripada
penemuan ini telah membawa kepada kewujudan peraturan 80/20 yang telah diperkenalkan
oleh George Zipf, seorang profesor di Harvard dan
Joseph Moses Duran. Pada
abad ke 19, Pareto telah mendapati bahawa kekayaan di England adalah tidak
seimbang kerana 80 peratus kekayaan di bumi England dipegang oleh 20 peratus
rakyatnya sahaja. Jika kita perhatikan betul-betul, perkara yang sama juga
berlaku di Malaysia. Konsep yang diperkenalkan oleh Pareto ini kemudiannya
telah dikembangkan lagi dan kemudiannya diaplikasikan dalam kehidupan kita dan
oleh sebab itu, kita sepatutnya menggunakan konsep ini sepenuhnya.
Kebanyakan daripada kita sering menyangka bahawa terdapat
kaitan yang rapat
antara usaha kita dengan hasil yang akan kita
perolehi. Sebagai
contoh, 50 peratus masa bekerja akan menyiapkan
50 peratus kerja. 50
peratus usaha kita menghasilkan 50 peratus
pendapatan kita.
Namun begitu, Pareto dan pengikutnya mendapati
perkara yang berbeza:
20 % usaha kita
menghasilkan 80 % pendapatan kita.
20 % waktu bekerja
menyiapkan 80 % kerja kita.
20 % pelanggan kita
menghasilkan 80% hasil jualan kita.
Pengetahuan ini
sebenarnya amat berharga, kerana pengetahuan ini akan membantu kita memberi
fokus pada perkara yang benar benar penting dahulu, yang akan memberikan 80
peratus hasil daripada 20 peratus usaha kita. Bukankah kita mahu bekerja dengan
usaha yang paling sedikit? Tingkatkan kecekapan organisasi anda
CARA TPS (TOYOTAPRODUCTION SYSTEM)
Terdapat
pelbagai perkara yang boleh kita lakukan untuk mempercepatkan penghasilan sesuatu kerja. Toyota adalah sebuah syarikat pembuatan kereta yang terbesar di dunia. Bermula dengan sebuah syarikat yang kecil, Toyota berjaya memintas General Motor dalam penjualan keretanya. Mana tidaknya, jika anda pergi ke manamana di seluruh dunia, anda sudah pasti akan terjumpa dengan kereta Toyota.Bagaimana Toyota
boleh menjadi terkenal dan mampu
menghasilkan kereta
yang berkualiti pada masa yang begitu singkat berbanding dengan jenama kereta
yang lain? Ini adalah disebabkan oleh sistem produksinya yang dikenali sebagai
TPS (Toyota Production System). Mari kita lihat satu contoh kecil yang
dapat kita pelajari dan amalkan daripada TPS. Di dalam TPS, mereka menekankan
agar para pekerjanya mengurangkan aktiviti yang tidak menambah nilai pada kereta
mereka. Sebarang aktiviti yang perlu dilakukan, tetapi tidak menambah nilai
pada kereta mereka dikenali sebagai ‘pembaziran’.
Satu contoh mudah
adalah apabila pekerjanya memasang satu komponen pada kereta mereka:
Menghantar semua
komponen kebahagian pemasangan
Berjalan 25 kaki
untuk mengambil komponen
Membuka pintu tempat penyimpanan
komponen
Mengambil komponen
daripada tempat penyimpanan komponen
Mengasingkan komponen
untuk memudahkan pengambilan
Mengambil skrew untuk
pemasangan komponen
Berjalan 25 kaki ke
arah bahagian pemasangan kenderaan
Meletakkan komponen
pada bahagian badan kenderaan
Berjalan ke arah
tempat alatan
Mengambil alatan dari
tempat letak alatan
Berjalan sambil
menarik alatan ke arah komponen yang telah
diletakkan di
bahagian badan kenderaan
Aktiviti yang
menambah nilai kenderaan
Meletakkan alatan
pada komponen
Meletakkan skrew
Menggunakan alatan
untuk mengetatkan skrew
Aktiviti yang
menambah nilai kenderaan
Berjalan 25 kaki lagi
untuk mengambil komponen seterusnya
Aktiviti yang
digelapkan adalah aktiviti yang menambah nilai pada kereta, manakala aktiviti
lain adalah aktiviti yang tidak menambah nilai pada kereta. Setelah mengetahui
aktiviti-aktiviti yang penting, kita harus mencari cara bagaimana untuk
memendekkan masa untuk aktiviti-aktiviti yang tidak menambah nilai pada kereta.
Dengan mengetahui langkah-langkah ini, Toyota telah mendekatkan tempat letak alatan,
tempat letak komponen dan skrew dengan tempat pemasangan kereta dan telah
berjaya memendekkan masa
pemasangan beberapa
minit. Adakah beberapa minit ini bernilai?
Mari kita kira.
Sekiranya mereka berjaya memendekkan masa pemasangan sebanyak 4 minit, dan
sekiranya mereka memasang 100 komponen dalam masa satu hari, berapa banyak masa
yang Berjaya mereka jimatkan?
4 x 100 = 400 minit
(lebih 6 jam!) Toyota telah mengesan 7 perkara yang sering menjadi ‘pembaziran’
di dalam sesuatu proses pembuatan. Anda sebenarnya boleh aplikasikan
pengetahuan ini dalam pembinaan sesebuah produk, pengambilan pesanan, pejabat,
atau kaunter perkhidmatan kerana
pengetahuan ini bukan
hanya tertakluk pada proses pembuatan sahaja.
1. Pembuatan yang
berlebihan. Penghasilan barang yang berlebihan akan hanya meningkatkan
pembaziran dengan pertambahan kos pekerja, kos penyimpanan dan kos pengangkutan
untuk barangbarang tersebut.
2. Menunggu. Pekerja
hanya melihat mesin berjalan atau menunggu untuk proses seterusnya, menunggu
untuk peralatan atau komponen datang atau tiada kerja disebabkan oleh kehabisan
bahan, kelewatan proses, alatan rosak atau disebabkan oleh kapasiti yang
maksimum.
3. Pergerakan yang
sia-sia. Membawa bahan kerja untuk jarak yang jauh, pengangkutan yang tidak efisien
atau menggerakkan bahagian, bahan, alatan daripada simpanan atau antara proses.
Juga melibatkan pembaziran dari segi pergerakan pekerja dalam menjalankan kerja
mereka seperti kerja-kerja mencari, mengambil, menyusun dan berjalan.
4. Proses yang berlebihan
atau kesilapan di dalam proses. Langkah yang sia-sia di dalam sesuatu proses,
langkah yang tidak efisien disebabkan oleh kelemahan dari segi alatan dan
rekaan produk. ‘Pembaziran’ juga akan dihasilkan apabila penghasilan sesuatu
kerja itu melebihi daripada apa yang diperlukan.
5. Berlebihan bahan
atau peralatan. Terlebih bahan mentah, atau produk sehingga menyebabkan
peralatan rosak, kelewatan, peningkatan kos-kos berkaitan atau melebihi tarikh
luput.
6. Kerosakan.
Penghasilan produk yang rosak. Pembaikian, pembinaan semula, pelupusan produk,
penggantian produk dan pengawasan akan meningkatkan pembaziran dari segi masa
dan tenaga.
7. Tidak menggunakan
kreativiti pekerja. Pembaziran masa, kemahiran, pemikiran dan peluang
pembelajaran dengan tidak mendengar pendapat pekerja.
Mari kita lihat
bagaimana pengetahuan ini boleh kita aplikasikan untuk keadaan di hospital.
Kebanyakan tempat di hospital menggunakan khidmat penolong pegawai kesihatan
untuk menghantar darah dari unit kecemasan ke makmal darah. Mari kita lihat
senarai aktiviti yang telibat:
Doktor mengarahkan
untuk mengambil ujian darah
Darah diambil,
dilabel, dan diletakkan pada meja pengumpulan sampel di unit kecemasan
Darah diambil oleh
penolong pegawai kesihatan dan dihantar ke makmal
Sampel diproses
Keputusan di ambil
oleh penolong pegawai kesihatan untuk dihantar ke unit kecemasan
Keputusan darah
dilihat oleh doktor
Sekiranya anda
berjaya memendekkan proses ini, saya yakin anda akan disayangi oleh ketua anda.
Anda hanya perlu mencari aktiviti yang tidak menambah nilai pada pesakit dan
mencari jalan untuk memperbaikinya. Malah, pengetahuan ini boleh diaplikasikan dari
segi masa menunggu untuk pembedahan, masa menunggu di klinik dan jabatan
kecemasan, proses tuntutan gaji, penghasilan laporan perubatan dan hampir semua
aktiviti yang terlibat di
Kementerian Kesihatan
khasnya dan di organisasi-organisasi lain secara amnya.
Pengetahuan ini juga
sebenarnya boleh anda gunakan di dalam kehidupan seharian anda. Pengetahuan ini
dapat membantu anda dalam memilih keputusan yang terbaik dalam permasalahan
seharian anda. Sebelum itu, terdapat satu lagi konsep yang sering digunakan oleh
orang yang berjaya...
Peraturan Parkinson
Terlebih dahulu
saya harap anda tidak tersilap antara peraturan Parkinson dan penyakit
Parkinson. Peraturan pertama Parkinson menyatakan bahawa, kerja akan bertambah
untuk mengisi masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja tersebut, atau dengan
kata lain,untuk menyiapkan kerja, kita selalunya menggunakan sepenuhnya masa
yang diberikan.
Sebagai contoh:
Ketika di kolej
atau universiti, kita selalunya menyiapkan projek sehingga masa yang
ditetapkan. Tidak kira projek itu perlu disiapkan dalam masa sebulan, 6 bulan
atau setahun, kita akan menyiapkannya mengikut tarikh yang diberikan. Selalunya
kita akan menyiapkan projek tersebut beberapa hari atau pada malam sebelum
tarikh yang ditetapkan. Inilah antara contoh mengikut konsep 20/80 Pareto. Kita
menggunakan hanya 20 peratus masa atau kurang daripada itu untuk menyiapkan
lebih 80 peratus daripada kerja kita. Apa akan jadi sekiranya kita diberikan
masa 2 minggu sahaja untuk menyiapkan projek kita? Sudah tentu kita boleh
menyiapkannya kerana sungguhpun diberikan 6 bulan, kita selalunya menyiapkan kebanyakan
bahagian projek tersebut beberapa hari sebelum tarikh yang ditetapkan. Namun
begitu siapakah sebenarnya yang menetapkan tarikh untuk menyiapkan sesuatu
projek? Anda mungkin akan menyatakan pensyarah anda, atau di dalam konteks
kerja, majikan anda. Apa yang akan anda lakukan sekiranya pensyarah atau
majikan anda memendekkan masa untuk menyiapkan sesuatu kerja? Anda tetap akan
menyiapkan kebanyakan daripada kerja tersebut pada saat-saat akhir. Jadi, siapa
sebenarnya yang menentukan tarikh untuk menyiapkan sesuatu kerja? ANDA!
Mengapa saya
katakan ANDA? Ini kerana sekiranya anda menetapkan sendiri tarikh yang lebih
cepat, anda akan tetap menggunakan beberapa hari untuk menyiapkan kerja
tersebut. Inilah yang dikatakan aplikasi peraturan Parkinson.
Mari saya
berikan satu contoh. Beberapa hospital di Malaysia telah menetapkan untuk para
doktornya menyiapkan laporan perubatan dalam masa 2 minggu daripada masa
permintaan oleh pesakit. Kebanyakan doktor menyiapkan laporan tersebut dalam
masa hampir 2 minggu. Namun begitu, ada doktor yang mampu menyiapkan laporan
tersebut dalam masa sehari sahaja. Adakah doktor yang menyiapkan laporan dalam
masa 2 minggu lebih sibuk daripada doktor yang menyiapkan laporan dalam masa
satu hari? Saya bekerja di hospital dan jabatan yang sama. Jadi apa sebabnya
seorang doktor boleh menyiapkan laporan jauh lebih cepat? Ini kerana doctor tersebut
telah menetapkan sendiri untuk menyiapkan laporan pada hari beliau menerima
permintaan laporan tersebut.
PENDAPATAN AKTIF DAN PENDAPATAN PASIF
Pendapatan boleh dibahagikan kepada dua komponen, iaitu pendapatan
pasif dan pendapatan aktif. Pendapatan aktif adalah pendapatan yang kita
perolehi dengan bekerja. Sebagai contoh kerja di hospital, klinik dan lokum.
Pendapatan aktif ini akan terhenti apabila kita berhenti bekerja. Pendapatan
aktif adalah agak terhad.
Sebagai contoh, sekiranya kita dibayar gaji mengikut jam, paling
banyak pendapatan
yang kita akan perolehi adalah sebanyak 24 jam. Pendapatan pasif pula adalah
pendapatan yang kita perolehi walaupun kita tidak bekerja lagi. Sebagai contoh,
dividen, royalti dan sewa. Kebanyakan jutawan memiliki pendapatan pasif. Untuk
menjadi jutawan kita perlu meningkatkan pendapatan pasif kita. Ini kerana pendapatan
pasif adalah tidak terhad.
Pendapatan aktif
|
Pendapatan pasif
|
Bergantung pada
kerja
|
Tidak bergantung
pada kerja
|
Berhenti apabila
kita berhentibekerja
|
Berterusan walaupun
berhenti
|
Terhad
|
Tidak terhad
|
Contoh: bekerja di
hospital,klinik, lokum
|
Contoh: dividen, sewa, royalti
|
PENDAPATAN
PASIF>PENDAPATAN AKTIF>PEBELANJAAN
Jadi, kita perlu mensasarkan agar pendapatan pasif kita menjadi lebih
banyak daripada pendapatan aktif kita dan lebih banyak daripada perbelanjaan
kita. Saya akan tunjukkan bagaimana pendapatan pasif boleh menjadi tidak
terhad.
Compounding
Teknik yang akan saya
tunjukkan ini sebenarnya bukan perkara yang baru, namun tidak ramai orang yang
mengetahuinya. Teknik ini telah digunapakai oleh jutawan di seluruh dunia.
Dengan menggunakan cara ini anda akan dapat:
1. Menggandakan
jumlah pendapatan berkali-kali ganda sehingga tahap yang anda tidak sangka,
malah melebihi gaji asas anda.
2. Tidak perlu
mengorbankan lebih banyak masa. Sebagai doctor
anda telah
mengorbankan begitu banyak masa, berapa banyak lagi masa yang ingin anda
korbankan? Saya berjanji kepada anda bahawa ini bukanlah skim cepat kaya atau
MLM (sesetengah pihak suka menukar namanya kepada network marketing). Yang
pastinya, cara ini dibenarkan dari segi undangundang
dan syarak.
Saya begitu yakin dan percaya terdapat ramai daripada kita para
doktor yang
mengetahui kaedah ini, tetapi sebenarnya lebih ramaiyang tidak mengetahuinya
atau tidak mengamalkannya. Saya akan tunjukkan kepada anda sehingga anda mampu
melakukannya. Sebelum itu, mari saya kongsikan kepada anda cerita ini. Pada
satu hari Dr Hassan (seorang jutawan) telah mengajak
rakannya Dr Ali untuk
bermain golf. Akibat daripada kesibukan bekerja Dr Ali sudah banyak kali
menolak pelawaan Dr Hassan. Dr Ali berasa begitu pelik dan hairan bagaimana Dr
Hassan mempunyai begitu banyak masa untuk bermain golf dan pada masa yang sama memiliki
pendapatan yang jauh lebih tinggi daripadanya. Setelah mendesak berkali-kali
akhirnya Dr Hassan bersetuju untuk
memberitahu rahsianya
dengan syarat Dr Ali bermain golf bersamanya.
Sebelum memulakan permainan Dr Hassan telah member cadangan kepada Dr
Ali agar mereka menggunakan cara yang berbeza untuk menentukan kemenangan. Kali
ini kemenangan bukan ditentukan oleh pukulan, tetapi berdasarkan mata. Bagi setiap
lubang, mata yang diperolehi akan berganda.
Sebagai contoh,
kemenangan lubang pertama akan memperolehi 1 mata, tetapi kemenangan kedua akan
memperolehi 2 mata. Lubanglubang seterusnya akan menyebabkan mata jadi
berganda. Pada mulanya Dr Ali agak hairan, tetapi setelah Dr Hassan berjanji
untuk memberitahu rahsia kejayaannya jika Dr Ali menang, akhirnya beliau setuju.
Mari kita lihat
berapakah nilai mata pada pertengahan lubang, iaitu
lubang ke 9:
Lubang Mata
1@ 1
2@ 2
3 @4
4 @8
5 @16
6 @32
7 @64
8 @128
9 @256
Pada lubang ke-9 mata
menjadi 256. Tidaklah besar sangat. Mari
kita teruskan hingga
ke lubang 18.
Lubang Mata
10@ 512
11 @1024
12 @2048
13 @4096
14 @8192
15 @16384
16 @32768
172 65536
18@ 131072
Dengan pertambahan 9 lubang lagi, mata sekarang sudah menjadi
sebanyak 131072.
Kebanyakan penasihat kewangan menggantikan mata dengan duit (saya ubah sedikit
kerana saya hanya percaya pada rezeki yang halal). Cuba bayangkan dengan hanya
18 lubang, keadaan sudah berubah menjadi 131072! Jika kita tukar kepada wang, sekiranya
kita berjaya menggandakan wang setiap tahun untuk 18 tahun, bermula dari 1
ringgit pada tahun pertama, nilai tersebut akan menjadi RM 131072 setelah 18
tahun. Inilah yang dikenali sebagai
kuasa compound.
Albert Einstein telah menyatakan bahawa kuasa compound adalah
keajaiban dunia yang
ke-8. Mengikut cerita di atas, kita seolah-oleh meletakkan satu ringgit di
dalam satu tempat yang memberi dividen sebanyak 100% setahun. Untuk pengetahuan
anda, tidak wujud tempat yang memberikan dividen sebanyak 100% setahun. Jika
ada pun hanya wujud dalam skim cepat kaya. Warren Buffet, manusia kedua terkaya
di dunia berjaya mendapatkan kuasa compound sebanyak lebih daripada 20 % untuk
para pelaburnya. Sekiranya anda jumpa lebih daripada itu, anda seharusnya berhati-hati.
Bukankah saya sudah
nyatakan di bahagian awal buku ini bahawa teknik yang akan saya ajarkan adalah
tidak berisiko? Bukankah bermain saham adalah sesuatu yang berisiko? Jawapannya
adalah ya dan tidak. Saya telah berjanji untuk mengajar sesuatu yang tidak berisiko
dan bermain saham adalah sesuatu yang tidak berisiko, sekiranya anda tahu apa
yang anda lakukan. Namun begitu, anda semua tidak perlu risau, kerana saya
seorang yang konservatif dan akan menunjukkan anda cara yang mudah untuk
mencapai 1 jutaringgit.
PENDAPATAN RM
PERBELANJAAN RM
GAJI
(TERMASUK ELAUN DAN IMBUHAN
LAIN)4500
KERETA(TERMASUK MINYAK DANTOL) 1000
SEWA 500
MAKANAN 500
BIL TELEFON 150
DUIT BELANJA
IBU 300
PINJAMAN
PELAJARAN
BIL-BIL LAIN
(ELEKTRIK DAN
AIR)
LAIN-LAIN
PERBELANJAAN
JUMLAH 3450
PENDAPATAN-PERBELANJAAN
1050
200
300
500
Mari kita mulakan dengan contoh pegawai perubatan siswazah di atas.
Daripada contoh pendapatan dan perbelanjaannya, kita dapati beliau mampu
menyimpan sebanyak 1 ribu ringgit sebulan. Sekiranya beliau menyimpan duit
tersebut di bawah bantal duitnya akan menjadi 24 ribu ringgit apabila beliau
menghabiskan latihannya selama 2 tahun, tetapi sekiranya beliau menyimpan di
dalam simpanan yang memberikan 8% dividen, nilainya akan menjadi sebanyak
RM26,029. Saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh menjadi jutawan
sebelum mencapai 40
tahun atau setelah anda bekerja kurang daripada 15 tahun. Langkah-langkah ini
hanyalah panduan yang boleh anda ikuti, namun sekiranya anda ikutinya satu
persatu setiap tahun, anda akan nampak dengan jelas bagaimana 1 juta ringgit
akan dapat anda perolehi.
Kita mulakan dengan semasa zaman pegawai perubatan siswazah. Bagi
memudahkan keadaan lagi, kita anggap bahawa kita tidak mempunyai simpanan
langsung. Sekiranya anda adalah seorang pelajar perubatan, maka nasihat saya
adalah mulakan simpanan anda secepat mungkin. Mungkin simpanan anda sedikit,
tetapi apa yang kita inginkan adalah sikap suka menyimpan. Kita mulakan dengan
simpanan sebanyak RM 1,000 dalam pelaburan yang memberikan pulangan 8 %
setahun.
Tahun Aset
1 RM13,514
2 RM26,029
Pegawai perubatan siswazah adalah masa yang paling sukar dalam
kerjaya seorang
doktor. Ramai doktor berhenti kerja kerana tidak tahan dengan kerja yang begitu
banyak, ditambah dengan tekanan yang begitu tinggi dari orang atasan. Nasihat
saya pada masa ini adalah anda fokus pada objektif asal anda. Walau apa pun
yangberlaku, walau anda terpaksa menempuh zaman pegawai perubatan siswazah
selama lebih dari 2 tahun, janganlah mudah berputus asa dan ingatlah pada apa
yang anda idam-idamkan. Inilah sebabnya mengapa anda harus memasang objektif
sejelasjelasnya sehingga anda boleh merasainya seperti apa yang telah saya terangkan
melalui pengetahuan NLP. Apa yang menariknya, selepas anda menamatkan zaman
pegawai perubatan siswazah, gaji anda akan bertambah dan yang lebih menariknya
adalah pertambahan tersebut bergantung pada tahap kerajinan anda. Kita
telah berbincang cara-cara untuk meningkatkan pendapatan kita dalam bab sebelum
ini. Jadi, pertambahan sebanyak 3 ribu ringgit (menjadikan jumlah 4 ribu
ringgit) simpanan setiap bulan adalah sesuatu yang tidak mustahil. Ini akan
dapat kita perolehi sekiranya kita mengekalkan perbelanjaan kita dan pada masa
yang sama tidak menyentuh semua kenaikan gaji dan pendapatan sampingan kita.
Tahun Simpanan
sebulan(RM)
1 1,000 13,514
2 1,000 26,029
3 4,000 82,167
4 4,000 138,476
5 4,000 199,289
6 4,000 264,968
63
Aset (RM)
Satu perkara yang saya perlu tekankan di sini adalah kuasa
compound memerlukan
kesabaran, kerana pada tahun-tahun
permulaan,
peningkatan aset anda akan bermula dengan perlahan.
Mari kita lihat
berapa banyak pertambahan aset anda pada tahuntahun
berikutnya.
Tahun Simpanan
sebulan
(RM)
7 4,000 335,901
8 4,000 412,509
9 4,000 495,245
10 4,000 584,600
11 4,000 681,104
12 4,000 785,327
13 4,000 897,889
14 4,000 1,008,964
Aset (RM)
Nah, sekarang
anda dapat lihat sendiri bagaimana duit anda akan bertambah. Apa akan jadi
sekiranya anda teruskan simpanan anda dengan nilai yang sama sehingga pencen?
Jika kita menganggap anda berhenti kerja pada usia 60 tahun, atau setelah 35
tahun bekerja anda akan berjaya mengumpul sebanyak RM 7,635,583! Namun, mengapa
kita harus berhenti kerja sekiranya kita boleh menyumbang hingga akhir hayat,
dan tidak perlulah kita menjadi orang yang terlalu kaya. Cukuplah sehingga kita
berani menegakkan kebenaran dan menjauhi kemungkaran. Seperti yang telah saya
ceritakan sebelum ini, saya ada
mengenali seorang
doktor yang baru 4 tahun bekerja, tetapi beliau mampu menyimpan sebanyak 5
hingga 8 ribu ringgit sebulan. Itulah sebabnya mengapa beliau begitu yakin akan
mencapai objektifnya pada umur 33 tahun. Harus diingat di sini bahawa pada masa
yang sama, gaji anda akan meningkat. Jadi, sekiranya anda mahu mencapai sasaran
anda dengan lebih cepat, anda boleh letakkan semua kenaikan gaji di dalam pelaburan
anda. Keadaan akan menjadi bertambah mudah apabila anda berjaya menjadi seorang
pakar.
PELAJAR PERUBATAN
Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda adalah seorang pelajar
perubatan atau masih di bangku sekolah lagi pada masa kini? Mudah sahaja, anda
hanya perlu memulakannya sekarang. Seperti yang telah saya katakan sebelum ini,
walaupun anda hanya mampu menyimpan sedikit sahaja setiap bulan, ini sudah
memadai kerana apa yang lebih penting adalah anda harus mula memupuk sikap suka
menyimpan dan anda boleh mengamalkan terus konsep yang telah saya tunjukkan
pada anda. Selain daripada itu, anda juga boleh mula mengumpul ilmu pengetahuan
mengenai asas-asas pelaburan, cara menggunakan masa dengan bijak, ilmu-ilmu
kehidupan dan mengkaji mengenai sikap manusia selain daripada menelaah
pelajaran anda.
PEGAWAI PERUBATAN,
PAKAR, KETUA JABATAN
Sekiranya anda
telah melepasi tahap pegawai perubatan siswazah, satu-satunya perkara yang
perlu anda atasi adalah sikap anda sendiri. Ini kerana sebenarnya adalah lebih
mudah untuk anda menyimpan jauh lebih banyak daripada apa yang telah saya
tunjukkan di dalam contoh di atas. Namun, masalah utamanya adalah perubahan sikap
kerana kadang-kadang kita sudah terlalu lama hidup dalam keadaan mewah.
Seorang doktor
pakar radiologi bekerja di sebuah hospital swasta. Gajinya sebulan mencecah
lebih RM 50,000 sebulan. Namun, akibat kekurangan pengetahuan kewangan, jumlah
simpanan beliau tidak sampai RM 200,000. Mana tidaknya, setiap kali
pendapatannya meningkat, perbelanjaannya juga akan meningkat. Perbelanjaannya adalah
seiring dengan pendapatannya. Lebih malang lagi, umurnya sudah hampir mencecah
umur persaraan. Sekarang, beliau menghadapi masalah untuk menghadapi persaraan.
Kini, mungkin
beliau terpaksa
bekerja sehingga meninggal dunia, itupun jika beliau masih bertenaga untuk
bekerja lagi. Namun, dengan perancangan yang teliti, segala-galanya boleh
diubah. Apa yang penting adalah keyakinan dan perubahan sikap
yang tinggi.Mari kita
lihat satu konsep yang telah diperkenalkan oleh Robert
Kiyosaki:
PENDAPATAN
GAJI, ELAUN, DIVIDEN,
SEWA
ELA
PERBELANJAAN
LIABILITI
KERETA, RUMAH,
TELEFON, PAKAIAN
PERBELANJAAN
Gambar rajah pertama adalah pemikiran yang selalu digunakan oleh orang
miskin. Kebanyakan orang miskin akan bekerja dan kemudiannya menggunakan duit
hasil titik peluh mereka untukmendapatkan apa yang mereka inginkan. Namun,
kebanyakan daripada mereka membeli liabiliti seperti kereta, rumah, pakej
telefon yang sebenarnya akan memakan duit mereka dengan lebih banyak lagi.
Inilah sebabnya mengapa setiap kali pendapatan mereka meningkat, perbelanjaan
mereka juga akan meningkat. Merekakemudiannya akan bekerja dengan lebih keras
untuk mengumpul lebih banyak pendapatan bulanan untuk menambah lebih banyak liabiliti
lagi. Untuk pengetahuan anda, liabiliti dalam konteks ini adalah semua perkara
yang menambah perbelanjaan anda. Aset pula adalah semua perkara yang menambah
pendapatan anda. Nampak mudah bukan? Namun begitu masih ramai yang tidak
memahami konsep tersebut secara terperinci. Mari saya berikan satu contoh. Jika
anda membeli sebuah kereta, adakah kereta tersebut menjadi aset atau liabiliti
kepada anda? Jika anda mahir dengan penyata kewangan, sesebuah syarikat akan
meletakkan kereta di
bahagian aset.
Namun begitu, apabila anda membeli sebuah kereta, anda terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan untuk ansuran pinjaman bulanan, minyak, tol dan
insuran. Ini akan meletakkan kereta anda sebagai liabiliti kerana kereta
tersebut sebenarnya telah menambah perbelanjaan anda. Banyak perkara yang sebenarnya
boleh menjadi liabili dan juga aset.
Jika kita ambil
kembali contoh kereta, apa akan berlaku jika kereta yang kita beli kita gunakan
untuk disewakan kepada orang lain? Bayaran sewa itu pula bukan sahaja cukup
untuk menampung segala perbelanjaan kereta tersebut malah memberikan lebihan
yang boleh kita gunakan. Maka, kereta tersebut akan menjadi aset kepada kita.
PENDAPATAN
GAJI, ELAUN, DIVIDEN,
SEWA
ELA
LIABILITI
RUMAH IDAMAN,
KERETA, PAKAIAN,
TELEFON BIMBIT
PERBELANJAAN
ASET
PENDAPATAN
Gambar rajah kedua adalah konsep yang digunakan oleh jutawan. Pada
peringkat permulaan, pendapatan mereka sebenarnya tidak jauh berbeza daripada
pendapatan orang lain. Namun, pendapatan yang mereka perolehi digunakan untuk
membeli aset. Hasil daripada pendapatan yang diperolehi daripada aset inilah
yang mereka gunakan sama ada untuk membeli benda yang mereka mahu, atau mereka
gunakan untuk membeli lebih banyak aset. Inilah
sebabnya mengapa
orang kaya bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin.Konsep yang telah
saya tunjukkan ini sebenarnya adalah cara yang agak perlahan (tetapi lebih
selamat) untuk anda mencapai target anda. Namun begitu, sekiranya anda memahami
konsep compounding ini dengan lebih terperinci, anda akan fahami bahawa
terdapat beberapa perkara yang sebenarnya boleh anda lakukan untuk mendapatkan
keputusan yang lebih baik.
PERBELANJAAN
RUMAH, SAHAM, UNIT
AMANAH
Konsep
compounding ini sebenarnya bergantung kepada beberapa perkara:
1) Masa
Lebih panjang masa,
lebih tinggi kuasa compound. Itulah sebabnya mengapa kita seharusnya memulakan
seawal mungkin simpanan wang kita. Mari saya tunjukkan melalui contoh di bawah:
Dr Ali dan Dr Ahmad
adalah dua orang rakan baik. Mereka belajar di universiti yang sama dan
mendapat ijazah yang sama. Mereka juga ditakdirkan untuk bekerja di hospital yang
sama. Namun begitu, hasil daripada bacaannya, Dr Ali
telah mula menyimpan
sejak bekerja. Beliau menyimpan sebanyak RM 1,000 sebulan di dalam tempat yang
memberikan pulangan sebanyak 8 % setahun. Mari kita lihat berapa banyak yang
berjaya di perolehi oleh Dr Ali setelah 30 tahun, sebelum mencapai umur
persaraan.
Tahun RM
5 74,414
10 182,283
20 573,660
30 1.42 juta
Setelah 30 tahun,
beliau berjaya mengumpul 1.42 juta ringgit. Dr Ahmad memiliki pemikiran yang
berbeza. Beliau telah menggunakan kesemua gaji beliau. Bagi beliau inilah masanya
untuk merasai gaji setelah penat lelah bekerja dan belajar. Rancangannya adalah
untuk menyimpan lebih banyak
daripada Dr Ali
setelah 10 tahun. Setelah 10, beliau mula menyimpan 2,000 ringgit sebulan pada
tempat yang sama. Mengikut perkiraan kasar, setelah 20 tahun sepatutnya Dr Ahmad
berjaya menyimpan lebih banyak lagi. Ini kerana beliau menyimpan 2 kali ganda
lebih banyak, sedangkan masa simpanan beliau lebih daripada separuh masa
simpanan Dr Ali. Mari kita lihat berapa banyak yang berjaya disimpan oleh Dr Ahmad:
Tahun RM
5 0
10 0
15 148,827
20 364,566
30 1.15 juta
Mengikut perkiraan,
Dr Ali akan menyimpan sebanyak 270,000 ringgit lebih daripada Dr Ahmad setelah
30 tahun. Bagaimana ini boleh terjadi? Inilah yang dikatakan kuasa compound!
2) Simpanan setiap
bulan
Semestinya lebih
banyak kita menyimpan, lebih banyak hasil simpanan kita. Cuma yang akan
membezakannya adalah cara simpanan kita. Di dalam konsep compound, sekiranya
kita menyimpan 2 kali ganda lebih banyak, simpanan kita akan jadi 2 kali lebih
banyak. Namun, sekiranya kita menyimpan lebih banyak lebih awal dan lebih
sedikit kemudian, simpanan kitaakan jadik lebih banyak.
Sebagai contoh,
sekiranya kita menyimpan 1 ribu ringgit setiap bulan dalam tempat yang
memberikan dividen 8 peratus, setelah 30 tahun kita akan mengumpul sebanyak
1.42 juta ringgit, tetapi sekiranya kita menyimpan sebanyak 2 ribu ringgit di
tempat yang sama, kita akan mengumpul sebanyak 2.48 juta ringgit setelah 30
tahun. Namun, sekiranya anda menyimpan lebih banyak lebih awal (sesuatu yang
lebih sukaruntuk dilakukan kerana gaji kita pada permulaan kerja lebih sedikit)
jumlah simpanan kita akan menjadi lebih banyak. Sebagai contoh, sekiranya kita
menyimpan sebanyak 1500 ringgit untuk 15 tahun pertama, dan kemudian sebanyak
500 ringgit untuk 15 tahun berikutnya, jumlah simpanan kita akan menjadi RM1.78
juta!
3) Peratus dividen
setiap tahun
Peratus dividen
memainkan peranan yang sama penting dalam konsep compounding ini. Jika kita
bandingkan dengan contoh di atas, sekiranya kita menyimpan 1 ribu ringgit di
dalam pelaburan yang memberikan dividen sebanyak 15 peratus, setelah 30 tahun
nilai simpanan kita akan bertambah menjadi sebanyak 5.63 juta!
Dalam ketiga-tiga perkara yang mempengaruhi factor compounding ini,
perkara yang ketiga adalah yang paling sukar untuk ditingkatkan. Ini kerana
anda memerlukan pengetahuan yang mendalam sebelum meletakkan wang anda di dalam
sesuatu pelaburan. Dunia pelaburan ini terlalu luas dan tidak hanya focus pada
pasaran saham sahaja. Antara beberapa contoh pelaburan adalah seperti simpanan
tetap, amanah saham, unit trust, mutual fund, dan hartanah. Namun begitu,
terdapat pelbagai pelaburan lain seperti pelaburan dalam penternakan dan
penanaman, emas dan perak. Sungguhpun begitu, anda harus berhati-hati kerana
sekiranya anda tersilap langkah, duit anda akan hangus disebabkan oleh kajian
yang tidak sempurna. Begitu banyak penipuan dan pembohongan yang berlaku demi
mendapatkan harta anda! Bagaimana Warren Buffett boleh menjadi antara orang
terkayadi dunia?
Buku ini bukan bertujuan untuk menjadikan anda orang palingkaya di
dunia, tetapi saya rasa tidak rugi sekiranya kita mengetahui serba-sedikit
bagaimana Warren Buffett berjaya mengumpul 40 billion dollar. Sekiranya anda
mengkaji mengenai Warren Buffett anda akan dapati bahawa beliau sebenarnya
mematuhi hokum compounding ini.
Beliau memulakan
pelaburan pada usia 20an (faktor
1), dan mencapai
sejuta pertamanya padam umur 30an. Sejak memulakan pelaburan beliau di dalam
parasan saham, beliau Berjaya mendapatkan compounding sebanyak lebih kurang 25
peratus (faktor
3) setiap tahun.
Untuk pengetahuan anda, beliau bermula dengan modal yang sangat minima! Kini
beliau berumur dalam lingkungan 80an. Sehingga kini, beliau tinggal di rumah
yang berharga kurang daripada 1 juta dollar dan menggunakan kereta Toyota
Corolla demi meningkatkan simpanan beliau (faktor 2). Sekiranya anda tidak percaya
dengan cerita saya mengenai beliau, anda boleh kira nilai harta beliau sendiri
menggunakan maklumat yang saya berikan kepada anda. Namun begitu, perkara yang
sebenar-benarnya mempengaruhi kejayaan beliau, kejayaan jutawan lain, kejayaan doktor
pakar dan orang berjaya yang lain adalah....
PENGETAHUAN
MENYUMBANG
GUNAKAN REZEKI YANG
ADA UNTUK MENYUMBANG
DAN SYUKURI NIKMAT
YANG DIBERI
Ini merupakan
topik yang paling penting di dalam buku ini. Seperti yang telah kita bincangkan
sebelum ini, tidak kira apa yang kita lakukan, mulakan dengan niat yang betul.
Jangan kita jadikan pengumpulan harta sebagai objektif terakhir kita, tetapi
jadikanlah objektif tersebut sebagai baru loncatan untuk kita berkhidmat lebih kepada
masyarakat, untuk kita membantu lebih ramai orang dan untuk menjadikan kita
lebih matang dan bijak di dalam pekerjaan kita. Jadikanlah segala pengetahuan
yang kita perolehi semasa bekerja, tidak kira di mana sahaja, di hospital,
klinik atau di bahagian pentadbiran sebagai asas untuk terus berkembang. Sekiranya
kita bercita-cita untuk menjadi pakar, jadilah pakar yang terbaik.
Sekiranya kita dilantik menjadi ketua dalam organisasi, jadilah ketua
yang terbaik. Mari kita sama-sama menjadi satu kumpulan doktor yang bakal menjadi
penggerak kepada kemajuan negara kita. Marilah kita sama-sama menyumbang bukan
sahaja melalui pengetahuan perubatan kita, malah dalam semua aspek kehidupan. Impian
saya agar kita sama-sama bersatu dalam menjadikan negara kita berjaya di mata
dunia agar kita menjadi satu kumpulan
manusia yang memacu
kemajuan negara. Gunakanlah pengetahuan kita, gunakanlah harta kekayaan kita,
gunakan jiwa dan raga kita untuk kita dengan sepenuh hati berjuang
memartabatkan agama dan bangsa.
Tidak ada konsep pentingkan diri sendiri. Tidak ada konsep awak
lain saya lain. Tidak ada konsep berjuang berseorangan, kerana diri akan
melayang jika berseorangan. Kita semua harus bersatu, bersama mengembling
tenaga.
SUMBANGAN INTELEKTUAL
Dalam banyak-banyak perkara yang boleh
kita sumbang, sumbangan intelektual adalah sumbangan yang paling mahal. Sumbangan
ini tidak memerlukan sebarang modal, namun harta intelektual ini adalah harta
yang paling berharga. Harta intelek adalah hasil pemikiran dan jika digunakan
dengan sepenuhnya akan mampu menggerakkan dunia. Lihat sahaja bagaimana
kemunculan facebook,iPhone dan Windows semuanya bermula dengan pemikiran. Kemajuan
dunia perubatan, kemajuan politik dan ekonomi, kemajuan pentadbiran, semuanya
bermula daripada hasil minda kita. Apa yang bagusnya adalah kita semua memiliki
pemikiran yang boleh digunakan secara percuma. Mengikut kajian, manusia hanya
menggunakan beberapa peratus sahaja kebolehan pemikirannya. Bayangkan apa yang
akan berjaya kita kecapi jika kita mampu menggunakan lebih dari itu. Sebenarnya
ramai di antara kita yang memiliki hasil fikiran yang baik, namun mungkin
disebabkan beberapa faktor kita tidak mampu menjadikan pemikiran itu satu
kenyataan. Berikut adalah antara perkara yang menyekat pemikiran kita:
·
Tidak yakin pada diri
Berasa malu
·
Tidak ada saluran
yang betul
·
Mudah putus asa
·
Menganggap orang lain
lebih hebat dari kita
Jika kita teliti secara terperinci, hampir kesemua faktor tersebut
adalah di bawah kawalan kita. Ini bermakna apa yang sebenarnya menyekat kita
selama ini adalah diri kita sendiri! Sekiranya sebelum ini kita memberi
sumbangan kewangan kepada orang susah yang mungkin dapat membantu mereka buat sementara
waktu sahaja, apa kata dengan pemikiran kita yang kreatif, kita tunjukkan
kepada mereka cara untuk mereka keluar terus daripada kelompok kemiskinan.
Bukankah harta intelek itu lebih mahal dan berharga?
SUMBANGAN HARTA
Tujuan asal untuk kita mengumpul harta adalah untuk membantu lebih
ramai manusia. Mungkin kita tidak memiliki masa kerana terlalu sibuk, tetapi
amat mudah sebenarnya untuk kita memberikan sumbangan kewangan. Mungkin dahulu
lebih sukar kerana kita tepaksa menyerahkan cek atau wang tunai untuk menderma,
mungkin dahulu lebih sukar untuk kita lakukannya secara senyap-senyap, tetapi
kini terdapat pelbagai saluran untuk kita menyumbang. Kita telah mengetahui
bagaimana kita mampu menyimpan duit secara otomatik, tetapi bukan setakat itu
sahaja kerana kita juga sebenarnya boleh menyumbang secara otomatik juga. Namun
begitu, bagi saya adalah lebih baik sekiranya kita menggunakan sumbangan harta
itu untuk membantu golongan yang susah membina sistem atau cara yang dapat
mereka jalankan sendiri untuk mendapatkan rezeki. Ini adalah lebih baik
daripada kita hanya memberikan wang tersebut yang dapat digunakan untuk
sementara waktu sahaja, seperti kata pepatah Cina, sekiranya anda memberikan seseorang
ikan, beliau akan dapat makan untuk sehari sahaja, tetapi sekiranya anda
mengajar seseorang untuk menangkap ikan, beliau akan mampu makan seumur hidup.
Jika anda
lihat, mereka yang paling banyak menyumbang harta mereka adalah orang yang
kaya. Di Malaysia, kita dapat lihat bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar mewujudkan
Yayasan Albukhary sebagai salah satu caranya menyumbang kembali kepada
masyarakat.
PENUTUP
Saya telah tunjukkan kepada anda melalui kajian yang mendalam
bagaimana semua doktor di Malaysia sebenarnya mampu untuk menjadi jutawan.
Kini, terpulanglah kepada anda semua untuk mempraktikkannya. Apa yang anda
perlukan sebenarnya adalah memulakan langkah pertama. Mengikut kajian,
seseorang akan mula bertindak sekiranya beliau memulakan langkah pertama dalam
36 jam pertama. Ini bermakna, apabila anda sudah menghabiskan bacaan buku ini,
anda sepatutnya bertindak dalam masa 36 jam. Anda boleh mulakan dengan memasang
objektif anda sendiri dan kemudiannya
berkongsi dengan
orang yang rapat dengan anda. Anda juga boleh mulakan dengan menyediakan bajet
bulanan anda, atau anda boleh mulakan dengan membuka akaun simpanan atau
pelaburan anda. Tidak kira bagaimana anda mulakan, yang penting adalah anda seharusnya
memulakannya dalam 36 jam selepas menghabiskan bacaan buku ini. Anda tidak
perlu berfikir. Anda tidak perlu melakukan sebarang kajian. Apa yang anda
perlukan hanyalah mengikut panduan yang telah saya sediakan. Segala-galanya
terletak di tangan anda. Anda sudah bersedia? Mulakan!
LAMPIRAN
Stanley, Thomas., The
Millionaire Mind (Kansas City: Andrews
MacMeel Publishing,
2000).
Schroeder, Alice, The
Snowball Warren Buffett and the Business of
Life (New York:
Bantam Books, 2009).
Branson, Richard,
Like A Virgin (Great Britain: Virgin Books, 2012).
Fisher, Marc, The
Lazy Millionaire(Advantage Quest Publications,
2010).
Khoo, Adam, Secrets
of Selft-Made Millionaires (Singapore: Adam
Khoo Learning Technologies
Group 2012).
Mohanlall, Premilla,
Syed Mokhtar Albukhary A biography (Selangor:
pVm communication sdn
bhd, 2012).
Mohd Sharif, Azman,
Tahukah Anda Jiran Anda Seorang Jutawan
(Wangsa Melawati: PTS
Millennia, 2010).
Lazarus, Jeremy,
Successful NLP (Advantage Quest Publications,
2011).
Elliot, Jay, The
Steve Jobs Way (New York: Vanguard Press, 2011).
Ali, Azizi, Money Is
Everything (Selangor: TrueWealth Sdn Bhd
2012).
Seah, Sean, Gone
Fishing with Buffett (Singapore: Armour Pub.,
2012).
No comments:
Post a Comment