Quotes Of The Day

"Life is like riding a bicycle,in order to keep balance you have to keep cycle"






So,today i wanna talk about one of the heritage in malaysia that is Mak Yong,actually all this information i get from all sources like book,article and mostly Internet and i compile this in this way so that most of you will be easier to get access to the information.I hope this may ease someone that search for Mak Yong.


MAK YONG



PENGENALAN
          Mak Yong adalah satu taridra Melayu yang sungguh unik, iaitu kombinasi antara unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi. Kesemua pelakon yang menjayakan taridra ini terdiri daripada kaum wanita kecuali pelakon yang membawakan watak komedi . Watak komedi dinamakan Peran. Sejarah Mak Yong pada awalnya merupakan suatu persembahan dari dalam istana.
          Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
        Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
       Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.
       Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa
       Terdapat beberapa tujuan Mak Yong dipersembahkan. Antara tujuannya adalah untuk hiburan. Pada zaman kini, Mak Yong biasanya dipersembahkan untuk tujuan persembahan dan hiburan kepada penonton sahaja. Selain itu, di sesetengah kawasan, Mak Yong juga dijadikan sebagai satu teknik perubatan tradisional (musictherapy). Mak Yong selalu dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Mak Yong juga dipersembahkan dalam upacara sembah guru di mana guru mak yong akan menyerahkan kuasanya kepada anak muridnya untuk mewarisi pangkatnya sebagai guru Mak Yong. Selepas upacara sembah guru dilakukan, semua kerja mengajar Mak Yong akan diwarisi oleh anak murid tersebut dan guru tersebut tidak boleh lagi bergiat atau melibatkan diri dalam bidang Mak Yong. 
         
          Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan di panggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak.
         

SEJARAH MAKYONG
Mak Yong dikatakan wujud di istana Patani kira-kira 400 tahun yang lalu. Dari sini, Mak Yong dipercayai dibawa ke Kelantan.Kisah bermula apabila raja Siam pada masa itu dikurniakan anak perempuan. Anaknya itu begitu menyukai anjing, lalu baginda memberikan patung anjing sebagai alat permainan.
Setelah meningkat dewasa, puteri tidak lagi memerlukan patung, sebaliknya ingin memiliki anjing sebenar. Raja Siam mengabulkan permintaan anaknya itu.Tersebutlah kisah, kononnya puteri baginda itu telah hamil hasil dari hubungan dengan anjing tersebut. Baginda sungguh murka apabila mengetahui perkara tersebut lalu baginda memerintahkan anjing tersebut dibunuh dan kemudian ditanam di suatu tempat.
Puteri baginda amat sedih dengan tindakan ayahandanya itu. Tanpa pengetahuan ayahandanya, puteri telah menggali kubur anjing tersebut dan mengambilnya.Raja Siam sungguh tidak menyangka sampai begitu sekali kasih puterinya terhadap anjing itu. Untuk menebus kesalahannya, baginda telah membuat satu alat muzik daripada anjing untuk menghiburkan hati anaknya. Alat muzik itu dikenali sebagai rebab dan digunakan ketika mengiringi tarian dan nyanyian dayang-dayang istana. Dari situlah dipercayai bermulanya persembahan Mak Yong.
Mak Yong dipercayai telah wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan di kalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dikenal pasti. Namun, ia dipercayai telah wujud lebih daripada 800 tahun. Menurut Hikayat Patani, Mak Yong telah dibawa ke Kelantan lebih dari 200 tahun dahulu. Dari situlah Mak Yong berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.
Mak Yong telah dipentaskan sebagai pementasan diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Dahulu semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa. Namun, pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kempung tanpa naungan istana. Ini adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja. Ini telah menyebabkan kemerosotan mutu persembahan Mak Yong.

Selain itu, lagenda Mak Yong mengaitkan dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang. Pada ketika itu, ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian dan merawat penyakit. Pada zaman dulu, tarian ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. Inilah salah satu asal usul datangnya Mak Yong.

Tambahan pula, ada juga yang mengatakan bahawa Mak Yong berasal dari kisah 2 orang adik beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Pada masa menjaga lembunya, mereka terpesona dengan tiupan angin lembut ke atas pokok-pokok kayu di sekitar padang itu. Gerak-geri dahan, liuk-lintuk ranting, lambayang ranting dan lambayang daun serta gaya daun luruh berguguran ke bumi amat mengagumkan mereka dan inilah yang mewujudkan Mak Yong.

Menurut ASWARA, Mak Yong berasal dari tiga beranak. Pada suatu hari, tiga beranak ini jatuh sakit. Mereka mempunyai seorang ibu yang amat sayang dengan mereka. Oleh itu, ibu mereka telah mencari pelbagai ikhtiar untuk menyelamatkan anak mereka supaya sembuh daripada penyakit mereka. Namun, sebanyak-banyak alternatif yang dicarinya, tidak ada satu pun alternatif yang boleh menyembuhkan penyakit anak-anaknya. Oleh itu, pada suatu hari, tiba-tiba terlintas di hatinya dan terlucut di mulutnya mengatakan bahawa "kalau anak aku sembuh seperti biasa, aku nak main Mak Yong".

Tidak lama selepas dia terlepas ayat tersebut, anak-anaknya pun telah sembuh daripada penyakit ganjil mereka itu. Pada ketika ini, oleh sebab ibu tersebut telah terlepas cakap, dia terpaksa laksanakan dan wujudkan juga Mak Yong tersebut. Dengan itu, dia pun mewujudkan dan mencipta lagu-lagu dan seni kata Mak Yung melalui pandangan alam sekeliling yang semula jadi. Sebenarnya perkataan Mak bermaksud "ibu" dan "Yong" berasal dari perkataan "ayong" yang bermaksud buai dalam bahasa Kelantan.


Zaman kejatuhan Mak Yong bermula apabila nilai moral penari-penari mula merosot. Terdapat banyak kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton. Selain tiu, penceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan suatu perkara biasa. Oleh itu, pandangan masyarakat terhadap penari-penari mak yong mula merosot dan mereka mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Selain itu, kemasukan pengaruh budaya-budaya Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Ini kerana masyarakat menjadi lebih berminat dengan permainan-permainan Barat tersebut.

Setelah zaman kejatuhan Mak Yong, Mak Yong telah berjaya dihidupkan semula oleh Kumpulan Seri Temenggung di Kota Bharu di bawah pimpinan Cik Khatijah Awang. Kumpulan ini telah memulakan satu fasa baru dalam sejarah Mak Yong. Penubuhan kumpulan-kumpulan teater kampung Temenggung menyebabkan Mak Yong  mula menarik perhatian orang ramai di kampung-kampung di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Asal usul Mak Yong dipercayai mengandungi unsur-unsur ketuhanan dan inspirasi. Suatu teori berpendapat dari segi etimologi istilah Mak Yong berasal dari nama Mak Hiang iaitu nama semangat padi dan mempunyai persamaam dengan Dewi Seri, dewi Hindu-Jawa. Mak Yong dianggap sebagai suatu pemujaan terhadap alam dan gejala alam, seperti yang terdapat dalam lirik Lagu Mengadap Rebab, lagu yang mengiringi tarian pembukaan dalam sebarang pertunjukan Mak Yong. Di Kelantan, Mak Yong dianggap mempunyai asal usul terus dari Nabi Adam, keturunan manusia yang mula-mula melalui berbagai dewa, semangat atau wira. Keyakinan ini amat kukuh di Kelantan. Ini menyebabkan genre ini ditafsirkan dalam istilah-istilah yang simbolik dan mistik, seringkali dipetik dari pengajaran Sufi.
Satu lagi kemungkinan ialah Mak Yong berasal dari kepercayaan anismisme dan juga kepercayaan dan amalan perbomohan. Setengah dari pengertian kerohanian yang mendalam yang dihubungkan dengan Mak Yong dan setengah dari simbolisme disekitarnya, jelas menjurus kearah shamanisme. Mak Yong yang bersifat ritual dan yang dipertontonkan untuk maksud hiburan barangkali menunjukkan suatu manifestasi yang lebih awal genre tersebuat bila soal-soal ritual dan penyembuhan menjadi pertimbangan walaupun aspek hiburannya masih juga diadakan. Samada secara sendirian atau digabungkan dengan Main Puteri yang berunsur perbomohan itu, Mak Yong menarik perhatian dan perasaan orang-orang Melayu Kelantan dan ini akhirnya membenarkan perlepasan emosi dan penyembuhan samada melalui penglihatan secara menyeluruh ataupun melalui penglihatan emosi dan psikologi.
Dari segi sejarahnya, Mak Yong terus dipersembahkan dalam kedua-dua bentuk ritual dan hiburan beberapa abad sejak permulaanya dan setelah ia sempurna sebagai suatu genre teater. Satu bukti konkrit yang menunjukkan bahawa Mak Yong telah dipersembahkan dalam abad ke-19 telah dikemukakan oleh Swettenham, yang membicarakan Mak Yong bukan dari jenis istana.
Dalam bahagian awal abad ke-20 Mak Yong diiktiraf sebagai hiburan istana oleh Tengku Temenggung Ghaffar, seorang putera raja Kelantan dan diletakkan di bawah perhatian dan pimpinannya secara peribadi. Beliau memperuntukkan beberapa kawasan dalam istana lama di Kota Bharu sebagai suatu ‘daerah teater’ dan menamakannya mengikut nama beliau, yakni Kampung Temenggong. Beberapa buah teater telah dibina di kawasan ini, memberikan berbagai-bagai bentuk corak hiburan tradisional dan di antaranya termasuklah Mak Yong, Menora, Wayang Kulit dan Bangsawan.

Putera Raja itu secara peribadi menaruh minat yang mendalam dalam usaha memilih para pelakon dan melatih mereka. Beliau mengundang dan menggaji pelakon-pelakon dari kumpulan-kumpulan yang aktif di kampung. Sheppard mangatakan bahawa penaung seni diraja ini ” dikatakan telah menyara seratus orang pelakon wanita Mak Yong di Kota Bharu pada desawarsa pertama abad ke- 20″, dan beliau lebih lanjut menyebut, ” bahawa Mak Yong terus menjadi acara hiburan istana yang utama sehingga kira-kira tahun 1920-an”. Maklumat ini pada dasarnya boleh dipercayai walaupun barangkali telah ditokok tambah. Kumpulan teater kampung Temenggong ini memberi hiburan kepada masyarakat umum dan juga dipersembahkan di balai penghadapan istana raja.
Semasa zaman Mak Yong mendapat naungan diraja, beberapa pembaharuan yang penting telah diperkenalkan. Watak Mak Yong ( peran lelaki ) dimainkan oleh pelakon wanita. Sebahagian besar para pelakonnya juga terdiri daripada wanita sementara pelakon lelakinya pula diberikan peranan yang tidak penting. Kumpual ini diperbesarkan supaya dari segi persembahan ia menjadi lebih menarik. Persembahan Mak Yong biasanya dimainkan atau dilakonkan oleh sekumpulan pemain yang profesional. Dalam permainan Mak Yong, watak utama adalah Pak Yong – watak lelaki yang dimainkan oleh wanita, Mak Yong – watak wanita utama, sepasang pelawak dikenali sebagai peran, sepasang inang, dan pelbagai watak penyokong seperti dewa, semangat, jin, gergasi, pegawai istana, dan haiwan.Persembahan Mak Yong diiringi oleh alat musik seperti seperti rebab (alat musik bertali tiga),.gendang dua kepala, dan tetawak.
Pakaian dan keseluruhan gaya persembahan diubah untuk memperlihatkan status baharu Mak Yong. Pembaharuan-pembaharuan itu pada keseluruhannnya menghasilkan satu gaya yang lebih halus sebagai suatu jenis persembahan yang dapat dapat dibezakan dengan Mak Yong gaya rakyat. Kumpulan Mak Yong di kampung-kampung kekal tanpa apa-apa perubahan pada persembahan mereka sama ada yang bersifat ritual atau hiburan. Beberapa kumpulan diketahui aktif sejak tahun 1926 hingga 1970, iaitu sejak berlakunya Bah Merah hinggalah tertubuhnya Kumpulan Seri Temenggung di Kota Bharu. Kumpulan Seri Temenggong di bawah pimpinan Cik Khatijah Awang, memulakan suatu fasa baharu dalam sejarah Mak Yong. Sejak tertubuhnya kumpulan-kumpulan teater Kampung Temenggong, Mak Yong mulai menarik perhatian orang ramai di kampung-kampung di Pantai Timur Semenanjung Malaysia walaupun pada masa kini, bayaran masuk telahpun dikenakan kepada para penonton.


ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN UNTUK TARIAN MAK YONG
Alat muzik utama yang dimainkan dalam persembahan Mak Yong adalah rebab tiga tali, sepasang gendang, dan sepasang tetawak. Namun, terdapat alat tambahan juga dimainkan dalam muzik Mak Yong untuk menambahkan kesedapan alunan melodinya. Antara alat-alat tersebuadalah canang, kesi, serunai.
                                         
Rajah 1.2a

Rajah 1.2a ialah Rebab merupakan alat yang paling penting dalam muzik Mak Yong. Rebab mempunyai 3 bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung muka dibuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutupi dengan kulit lembu. Terdapat susu pada muka di penjuru kiri. Fungsinya adalah untuk mengimbangkan tekanan udara dalam dan luar. Masa dahulu, tali rebab diperbuat daripada benang besar dan kemudian menggunakan benang kasar. Sekarang pula mengunakan tali gitar, tali gambus atau tali biola. Penggesek rebab diperbuat daripada kayu dan  tali tangsi.

Rajah 1.2b
Rajah 1.2b menunjukkan gambar Gong atau tetawak turut memainkan peranan yang penting. Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak yang diperbuat dari tembaga. Bunyian gong ibu lebih rendah dari bunyian gong anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu  yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah Gong besar akan berbunyi pada setiap bit terakhir sesuatu lagu manakala gong anak akan menentukan bit-bit tertentu. Pic gong yang menentukan form dalam muzik Mak Yong.


Rajah 1.2 c
Rajah 1.2c menunjukkan gambar Gendang anak dan gendang ibu diperbuat dari kayu nangka dan muka gendang ditutupi dengan kulit lembu dan kulit kambing. Pemukulnya diperbuat dari rotan dan kayu. Gendang digunakan untuk mengawal tempo sesuatu lagu.

Rajah 1.2 d
Dalam rajah 1.2d ialah Canang merupakan suatu alat tambahan dalam muzik Mak Yong. Terdapat canang ibu dan canang anak. Perbezaaan canang boleh didengar melalui bunyi. Jika bunyinya adalah kuat maka itu adalah canang ibu dan sebaliknya. Canang digunakan untuk mengawal bit sesuatu lagu



Rajah 1.2 e
Rajah 1.2 e menunjukkan gambar Kesi juga merupakan alat tambahan dalam muzik Mak Yong. Terdapat dua bahagian pada kesi iaitu empat piring dan dua kicah dan diperbuat dari besi ataupun tembaga. Suara yang dihasilkan oleh kesi adalah memecah dan gemersik.


Rajah 1.2 f

         Dalam rajah 1.2 f ialah Serunai juga merupakan alat muzik dalam Mak Yong. Serunai terdiri daripada empat bahagian iaitu pipit, mali, batang dan copong. Terdapat serunai diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit dan ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit dan mali pula diperbuat dari tembaga atau perak.

JENIS MAK YONG

Terdapat 7 jenis persembahan Mak Yong yang pernah wujud. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah Mak Yong Patani (ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani), Mak Yong Kelatan (ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia.), Mak Yong Kedah (ditemui di negeri Kedah, Malaysia), Mak Yong Laut (ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand)), Mak Yong Riau (ditemui di Wilayah Riau, Indonesia), Mak Yong Medan (ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia), dan Mak Yong Kalimantan (ditemui di Kalimantan, Indonesia).

Selain daripada itu, terdapat 3 jenis Mak Yong yang terkenal di Malaysia iaitu Mak Yong Kelantan, Mak Yong Kedah dan Mak Yong Laut. Mak Yong pada masa dahulu dipersembahkan pada masa yang tertentu umpamanya, sebagai tanda kesyukuran selepas musim menuai, memeriahkan keramaian perkahwinan atau pesta budaya yang diadakan untuk merayakan hari keputeraan sultan atau hari Kebangsaan.Tetapi sekarang ia tidak lagi dipersembahkan untuk pemujaan, hanya unsur-unsur persembahannya digunakan dalam upacara main puteri iaitu upacara mengubati pesakit dengan pertolongan semangat-semangat tertentu. Mak Yong kelantan ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia. Ianya menggambarkan sebilangan unsur-unsur istana dalam bahasa, muzik dan tarian.

REPERTOIR
Repertoir muzik Mak Yong mempunyai terdiri daripada lagu-lagu paluan dan lagu-lagu nyanyian. Lagu-lagu paluan dimainkan untuk beberapa kegiatan tertentu. Lagu-lagu nyanyian seperti Sedayung Mak Yong dan Sedayung Pak Yong kerapkali digunakan untuk berbagai tujuan.
Jadual di bawah menunjukkan pelbagai repertoire Mak Yong.
BIL
JENIS REPERTOIR
KETERANGAN
1.
Lagu Menghadap Rebab

Terpanjang dan terpenting, symbol sebagai penghormatan kepada rebab.
2.
Lagu Kijang Emas
Dimainkan sebagai lagu instrumental sebelum bermula persembahan Mak Yong
3.
Lagu Sindung
Dinyanyikan oleh Pak Yong semasa hendak memberi arahan dan mendedahkan emosi, juga dinyanyikan oleh peran tua dan dimain sebagai lagu selingan sebelum persembahan.
4.
Lagu Sedayung
Lagu yag menyampaikan maklumat, arahan kepada peran dan watak yang lain.
5.
Lagu Mengambul
Dinyanyikan oleh watak utama dalam adegan sedih untuk menyampaikan berita sedih.
6.
Lagu Saudara
Dinyanyikan secara berselang-seli dengan lagu Kijang mas oleh seorang inang.
7.
Lagu Pak Yong Muda
Dinyanyikan oleh Pak Yong menyampaikan berita negeri semasa adegan sedih.
8.
Lagu Mak Yong Muda
Dinyanyikan oleh Mak Yong pada pertengahan cerita dalam adegan sedih.
9.
Lagu Tok Wok
Dinyanyikan oleh peran tua semasa menyampaikan berita atau meluahkan perasaan.
10.
Lagu Barat
Terdapat empat versi iaitu Barat Anjur, Kisah
      Barat, Barat Cepat dan Gunung Barat.
11.
Lagu Pikir
Dinyanyikan oleh watak untuk meluahkan perasaan dan mengiringi tarian.
12.
Lagu Yur
Dinyanyikan oleh peran atau Pak Yong untuk menyampaikan berita
13.
Lagu Balik Padi
Dinyanyikan ketika gembira semasa dalam perjalanan.
14.
Lagu Berkhabar
Dinyanyikan oleh Pak Yong atau peran untuk menyampaikan berita.
15.
Lagu Gading Timah
Dinyanyikan oleh Pak Yong dalam cerita Tuan Puteri Bergading Timah.
16.
Lagu Kojol
Dinyanyikan oleh peran untuk mengambarkan aksi fizikal seperti mendayung sampan.
17.
Lagu Buluh Seruas
Menggambarkan suasana
18.
Lagu Jamba (Gembal)
Menggambarkan suasana
19.
Lagu Yo Peran
Dinyanyikan oleh Pak Yong untuk memanggil peran tua pada permulaan cerita peran juga menyanyikan lagu ini.
20.
Lagu Anak Kumbang
Dinyanyikan semasa gembira oleh Pak Yong, Mak Yoing, Puteri dan Putera.
21.
Lagu Sri Gunung
Dinyanyikan oleh peran atau Pak Yong untuk menyampaikan berita, juga dinyanyikan semasa salingan sebelum persembahan cerita.
22.
Lagu Mengulik
Lagu timang-timangan untuk kanak-kanak dan dewasa.
23.
Lagu Dayung Sampan
Dinyanyikan semasa melakukan aksi mendayung sampan.
24.
Lagu Mak Puyuk
Dinyanyikan oleh peran semasa bergurau
25.
Lagu Tari Inai
Mengiringi tarian inai
26.
Lagu Kisah Puteri Mak Yong
Dinyanyikan oleh Puteri atau Mak Yong untuk meluahkan perasaan.
27.
Lagu Menghadap Raja
Dinyanyikan peran dalam  perjalanan menghadap raja.
28.
Lagu Sabar
Dinyanyikan semasa melakukan aksi seperti membaca surat untuk mendedahkan maklumat.

PERGERAKAN  ASAS  BAGI  TARIAN MAKYONG
Satu unsur penting dalam makyung selain daripada muzik dan dialog ialah tarian yang digunakan dalam keseluruhan persembahan.
Tarian makyung juga sama seperti tarian melayu yang lain iaitu menegaskan kepada pergerakan tangan. Posisi tangan ini apabila dicantumkan dengan pergerakan badan, kepala dan kaki membentuk tarian makyung seperti berikut :
1. Duduk atas tumit, tangan sembah guru
2. Tangan susun sirih
3. Tangan gajah lambung belalai
4. Tangan burung terbang
5. Tangan ular sawa mengorak lingkaran
6. Tangan seludang menolak mayang
7. Tangan sulur memain angi
8. Tangan liuk kiri longlai ke kanan
9. Berdiri tapak tiga mengadap timur jaga
10. Tangan sirih layer
11. Kirat penghabisan
12. Langkah turun dari kayangan
13. Langkah naik ke kayangan
14. Pak Yung berjalan
Cerita-cerita dalam makyung menjalani beberapa tahap perkembangan. Ia bermula dengan cerita asas iaitu Dewa Muda, yang menceritakan tentang asal usul makyung. Berdasarkan cerita ini, ia berkembang menjadi tujuh dan kemudian dua belas cerita. Dua belas cerita yang dianggap lengkap, asli dan cukup nilai seninya adalah :
1. Dewa Muda
2. Dewa Pencil
3. Dewa Sakti
4. Dewa Indera, Indera Dewa
5. Dewa Panah
6. Endeng Tejali
i) Anak Raja Gondang
ii) Batak Raja Gondang
iii) Bongsu Sakti
7. Gading Bertimang
8. Raja Tangkai Hati
9. Raja Muda Lakleng
10. Raja Muda Lembek
11. Raja Besar Dalam Negeri Ho Gading
12. Bentara Muda
Lagu-lagu dalam persembahan makyung adalah seperti berikut :
1. Bertabuh
2. Mengadap Rebab
3. Raja atau Pakyung keluar dan berdialog dengan makyung
4. Pakyung Muda atau Puteri makyung akan menyanyi Dondang Lanjut
5. Dialog Pakyung memanggil Pengasuh
6. Nyanyian Pakyung Tua – Sedayong Pakyung
7. Dialog
8. Nyanyian Kisah Barat oleh Pakyung Muda
9. Dialog
10. Nyanyian Peran – Barat Cepat
11. Dialog antara Pakyung dan Peran
12. Nyanyian oleh Pakyung – Lagu Berkbabar
13. Dialog
14. Nyanyian Peran – Lagu Saudara
15. Dialog
16. Lagu Barat Cepat
17. Dialog Peran I dan Peran II<
18. Lagu Tok Wak
19. Dialog Pakyung
20. Lagu Ela oleh Pakyung membawa cerita yang akan dipersembahkan
WATAK-WATAK YANG DIMAINKAN
Watak – watak penting dalam sesebuah cerita makyung :-
1. Pak Yung – Menjadi raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita makyung
2. Pak Yung Muda – Walak utama atau hero dalam cerita makyung. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yung Muda.
3. Mak Yung – Juga permaisuri dan dalam setengah cerita mengambil peranan yang penting sebagai watak utama.
4. Puteri Mak Yung – Sebagai heroin dalam cerita makyung
5. Peran – Terdapat beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita makyung. Peran tua biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan bertindak sebagai orang suruhan raja. Lain-lain peran adalah watak kelakar.
6. Dayang – dayang – Terdiri daripada gadis-gadis manja yang juga bertindak sebagai penari atau pengiring Mak Yung atau Puteri Mak Yung.
Selain daripada watak-watak yang tersebut di atas, watak-watak jahat tidak ketinggalan, seperti raja jin dan sebagainya yang merupakan pihak lawan kepada watak-watak baik di atas.



STRUKTUR MAK YONG
                Cerita makyung mempunyai struktur yang tersendiri. Bentuknya adalah sama dalam semua cerita Tang dimainkan. Setiap cerita bermula dengan upacara mengadap rebab di mana watak utama akan menyanyi solo dan diikuti oleh korus. Pelakon-pelakon akan membuat gerak seni jari, bahu dan badan sambil menyanyi. 
             Akhirnya mereka bangun secara perlahan dan berdiri tegak sebaik sahaja habis nyanyian solo. Mereka kemudian mengelilingi pentas dengan tarian perlahan dan salah seorang akan memulakan nyanyian solo. Nyanyian di sini adalah ‘sedayong Makyung’.
Persembahan makyung tidak memerlukan prop tetapi pakaian watak-watak adalah lengkap dan mahal harganya. Watak-watak penting dalam makyung diberikan nama khas dan setiap watak mempunyai pakaian lengkapnya sendiri walau untuk apa cerita sekalipun. 
           Pakaian Pak Yung Muda adalah sama. Kedua-duanya memakai setanjak atau mahkota diperbuat daripada baldu khas dengan hiasan mutu manikam dan mempunyai tepi yang berkilau. Di bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa kuntum melur. Beberapa ikat bunga melur juga digantung pada alas telinga kiri.
Seabad yang lalu, Pak Yung Muda (watak utama) memakai setangan balik dan tujuh ulas ikatan bunga melur berjuntai dari Telinga kiri. Lebih awal dari itu pakaian Pak Yung Muda dipengaruhi gaya mempelai-mempelai diraja Patani dengan memakai setanjak yang diperbuat daripada sutera kuning dan dihiasi dengan bunga-bunga emas yang digantung pada rantai-rantai emas terjuntai di telinga kiri.
           Setanjak Pak Yung Tua dihiasi lebih indah daripada warna yang lebih tua.Kedua-dua Pak Yung memakai baju sutera berwarna kuning, kemas, tidak berkolar, berlengan pendek. ‘Lai’ – atau hiasan dari manik-manik dan mutu manikam, labuhnya hingga hampir ke pinggang dipakai di atas baju. Semua pelakon tidak memakai kasut kerana mereka bermain di hadapan Raja dan pembesar-pembesar.
           Selain perkakas-perkakas ini Pak Yung juga membawa seikat rotan yang dipanggil rotan bera atau pemiat. Rotan ini digunakan untuk memukul peran. Kain lepas (benang) juga digunakan untuk keperluan lain seperti menggambarkan wau, anak yang baru lahir atau digubah untuk menyerupai gajah.
Pakaian Mak Yung Puteri juga hampir sama. Mereka memakai kebaya sutera dan berkerongsang emas dan permata. Sarung sutera diikat dengan tali pinggang dan mereka mempunyai pending batu permata dan lebih cantik daripada pending Puteri Mak Yung. Sehelai kain sibar tergantung di bahu kiri, diselitkan pada pending dan panjangnya hingga ke paras lutut. Kain sibar ini biasanya bertekat benang emas. Mereka kedua memakai pemeles, tali tangan emas, gelang kaki emas dan cincin pemberian dari raja.
Lain-lain pelakon yang mengambil bahagian ialah watak dayang memakai kebaya dan sarung sutera tetapi tiada berpending atau kain sibar. Mereka memakai sanggul dan bunga melur dilekat pada sanggul. Peran-peran memakai baju pendek biasa, kain sarung dan sepasang seluar besar. Mereka juga memakai semutar daripada kain benang yang pada waktu lain boleh juga diikatkan ke pinggang.



MAK YONG KELANTAN

Cerita Mak Yong Kelantan
Cerita-cerita Mak Yong (asal abad ke 17, di zaman kegemilangan islam di Nusantara) diambil dari Menora(abad-abad terdahulu, mungkin zaman kedatangan ugama Buddha dari India/ Sri Langka) atau dipinjamkan dari cerita-cerita Wayang Kulit (Hikayat Seri Rama dari Jawa dan Cerita Mahraja Jawa dari Kemboja).
Mak yong sendiri telah mengalami proses Islamisasi sewaktu islam menyerap masuk ke nusantara dan istana-istana seawal 1028 di Champa, 1198 di Pattani. Pattani dan Kelantan pula adalah satu negeri sebelum Perjanjian Bangkok 1909.

 Cerita-cerita mak yong yang dikembangkan dan diperkemaskan oleh Tengku Temenggung Kelantan pada awal 1900 memang terpengaruh dengan cerita Ramayana, Cerita Panji dan cerita-cerita dari pelajaran Islamnya(tasauf) dan dekat dengan kitab Al-Ghazali yang membicarakan tentang penyakit-penyakit hati. Setiap cerita mempunyai watak baik dan jahat seperti semua cerita tradisional dan ada sebab dan akibat.

Mak Yong yang lengkap, asli dan autentik dipersembahkan dalam permainan Mak Yong. Perkara ini dibuktikan melalui senarai cerita yang direkodkan oleh Mubin Sheppard yang mencatatkan bahawa Cerita Makyong bermula dengan satu cerita  Dewa Muda lalu berkembang kepada cerita Anak Raja Gondang, Bongsu Sakti, Raja Tangkai Hati, Indera Dewa-dewa Indera, Puteri Timun Muda, Raja Muda Laleng, Raja Muda Lembek, Gading Bertimang dan Raja Dua Serupa. 
Makyung terbahagi kepada 5 kumpulan cerita. 

Kumpulan 1:
1. Cerita Anak Raja Gondang
2. Cerita Bongsu Sakti
3. Cerita Tuan Bijak Laksana.

Kumpulan 2 - Cerita DewaTujuh
1. Bisnu Dewa
2. Cerita Dewa Indera
3. Andera Dewa
4. Cerita Dewa Sakti
5. Cerita Dewa Pechil
6. Cerita Dewa Samar Daru
7. Cerita Dewa Muda

Kumpulan 3:
- Cerita Raja Muda Laleng 

Kumpulan 4: 
- Cerita Raja Muda Lembek

Kumpulan 5: 
             - Cerita Raja Tangkai Hati

Dari sini jelas memperlihatkan kesinambungan cerita-cerita tersebut antara satu sama lain. Mak Yong yang lengkap dan autentik ialah:
 Dewa Muda
Dewa Pecil (dan Dewa Samadaru sebagai suatu versi lain)
 Dewa Sakti (Raja Sakti)
Dewa Indera-Indera Dewa
Dewa Panah (Anak Raja Panah)
Anak Raja Gondang (mengandungi Bongsu Sakti dan Bijak Laksana)
Gading Bertimang
Raja Tangkai Hati
Raja Muda Lakleng
Raja Muda Lembek
Raja Besar dalam negeri Ho Gading
Bedara Muda

Cerita Mak Yong sebagai sebuah hasil sastera rakyat, cerita-cerita Mak Yong diperturunkan secara lisan. Dalam proses penyebarannya ia mengalami pindaan dan tokok tambah pada jalan cerita, teks dan juga tajuk. Sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti berapa lamakah cerita-cerita Mak Yong yang dipersembahkan telah wujud. Kesukaran juga dihadapi dalam usaha menyenaraikan tajuk cerita-cerita Mak Yong kerana terdapat tajuk yang berlainan tetapi mempunyai isi cerita yang sama. Walaubagaimanapun cerita-cerita Mak Yong adalah sebenarnya berada dalam lingkungan atau rumpun yang sama. Persembahan Mak Yong biasanya berlanjutan tiga hingga lima malam. Ini menepati salah satu ciri sastera rakyat. Ia juga boleh dianggap sebagai penglipur lara. 

Selepas dengan persembahan Rebab, segmen memperkenalkan diri disembahkan sebelum pecah cerita . Segmen ini merupakan satu segmen yang memberi penjelasan dan pemahaman kepada khalayak agar dapat memahami dan mengenali watak bagi menghayati segmen-segmen berikutnya.



Pak Yong selaku watak utama atau teraju dalam persembahan akan memperkenalkan dirinya, negaranya, asal usulnya, istananya dan mimpinya melalui ‘Lagu Ela’.Ini merupakan satu cara bagi mendekatkan penonton dengan watak dan memudahkan penonton memahami jalan cerita. Dengan cara ini penonton dapat menghayati cerita yang dipersembahkan dengan mudah.




REPERTOIRE LAGU
1. Lagu Menghadap Rebab - terpanjang & terpenting, simbol penghormatan kepada rebab.
2. Lagu Kijang Mas - dimainkan sebagai lagu instrumental sebelum bermula persembahan Mak yong.
3. Lagu Sindung - dinyanyi oleh Pak Yung semasa hendak memberi arahan dan mendedahkan emosinya, juga dinyanyi oleh peran tua dan dimain sebagai lagu selingan sebelum persembahan.
4. Lagu Sedayung - lagu yang menyampaikan maklumat @ arahan kepada peran @ watak lain.
5. Lagu Mengambul -  dinyanyi oleh watak utama dalam adegan sedih untuk menyampaikan berita sedih.
6. Lagu Saudara - dinyanyi berselang-seli dengan lagu Kijang Mas oleh seorang inang.
7. Lagu Pak Yong Muda - dinyanyi oleh Pak Yong menyampaikan berita negeri semasa adegan sedih.
8. Lagu Mak Yong Muda - dinyanyi oleh Mak Yong pada pertengahan   cerita dalam adegan sedih. 
9. Lagu Tuk Wok - dinyanyi oleh peran tua semasa menyampaikan berita @ meluah perasaan.
10. Lagu Barat - terdapat 4 versi iaitu Barat Anjur, Kisah Barat, Barat Cepat dan Gunung Barat.
11. Lagu Pikir - dinyanyi oleh watak untuk meluahkan perasaan dan mengiringi tarian.
12. Lagu Yur - dinyanyi oleh peran @ Pak Yong untuk menyampaikan berita.
13. Lagu Balik Padi - dinyanyi ketika gembira semasa dalam perjalanan.
14. Lagu Berkhabar - dinyanyi Pak Yong @ peran untuk menyampaikan berita.
15. Lagu Gading Timah - dinyanyi Pak Yong dalam cerita Tuan Puteri Bergading Timah.
16. Lagu Kojol - dinyanyi oleh peran untuk mengambarkan aksi fizikal seperti mendayung sampan.
17. Lagu Buluh Seruas -  menggambarkan suasana.
18. Lagu Jamba (Gembal) - menggambarkan suasana.
19. Lagu Yo Peran - dinyanyi Pak Yong untuk memanggil peran tua pada permulaan cerita, peran juga menyanyi lagu ini.
20. Lagu Anak Kumbang - dinyanyi semasa gembira oleh Pak Yong, Mak Yong, Puteri dan Putera.
21. Lagu Sri Gunung - dinyanyi Peran @ Pak Yong untuk menyampaikan berita. juga dinyanyi semasa selingan sebelum persembahan cerita.
22. Lagu Menguli -  lagu timang-timagan untuk kanak-kanak dewasa.
23. Lagu Dayung Sampan - dinyanyi semasa melakukan aksi mendayung sampan.
24. Lagu Mak Puyuh - dinyanyi oleh Peran semasa bergurau.
25. Lagu Tari Inai - mengiringi tarian inai.
26. Lagu Kisah Puteri Mak Yong - dinyanyi oleh Puteri @ Mak Yong untuk meluahkan perasaan.
27. Lagu Menghadap Raja - dinyanyi peran dalam perjalanan menghadap raja.
28. Lagu Sabar - dinyanyi semasa melakukan aksi seperti membaca surat untuk mendedahkan maklumat.
29. Lagu Berlari Hambat Rusa (Lagu Berjalan) - mengiringi dalam perjalanan @ semasa memburu.      



No comments:

Post a Comment