PENGHARGAAN
Bismillahhirahhmannirrahhim.
Assalammualaikum,
Syukur kepada Allah
kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan folio bagi mencapai kriteria dalam mata pelajaran Kesenian Tari yang bertajuk
Folio Tarian Sumazau .Walaupun
agak sukar untuk mencari maklumat tentang tugasan ini, namun dengan semangat
dan dorongan dari ahli keluarga, saya telah berjaya menyempurnakan folio ini.
Dikesempatan ini, saya Ahmad Zaid
Bin Ismail dari tingkatan 3 bangsawan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kedua ibubapa saya iaitu ibu saya Jamaliah
Binti Ahmad dan bapa saya Ismail Bin
H. Yahaya.Merekalah yang menanggung kos bagi keseluruhan folio ini.Mereka
juga telah bagi banyak dorongan pada diri saya sehinggga saya dapat menyiapkan
folio ini.
Saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Kesenian tari iaitu Ayahanda Abdul Jabar Bin Shain yang
banyak membantu saya dalam pembikinan folio ini,Beliau telah memberi saya
tunjuk ajar dan bimbingan serta menerangkan satu persatu cara ataupun bagaimana
untuk melaksanakan folio ini.Tanpa beliau sudah tentu saya tidak dapat
menyiapkan folio ini.
Tidak saya lupa juga ,ucapan terima
kasih kepada kawan saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan folio
ini.Mereka juga sibuk dalam pembikinan folio mereka tetapi dia tetap menolong
kawannya seperti saya.Mereka telah menolong saya dengan bertukar-tukar maklumat
dan telah memberi tunjuk ajar yang berguna pada diri saya.
Sekian
OBJEKTIF KAJIAN
BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHHIM
Dalam sesebuah folio mestilah terdapat
tujuan ataupun objektif mengapa folio itu dibuat.Dalam kerja kursus ini tujuan
utama saya membuat folio ini adalah untuk mencapai
kriteria yang diperlukan dalam mata pelajaran Kesenian Tari.
Tujuan lain saya ialah saya dapat
mengenali sejarah Tarian Joget,Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang
kaum yang terdiri daripada Melayu,Cina dan India serta pelbagai etnik yang
lain.Mereka mempunyai tradisi-tradisi sendiri.Hal ini dapat membolehkan saya
mendalami dengan lebih mendalam Tarian Joget.
Selain
itu,saya juga akan dapat menguasai
kemahiran mencari,mengumpul dan merekod maklumat .Hal ini akan membuat saya
lebih mahir dalam dalam membuat sesebuah folio yang menarik,ringkas dan padat.
Tujuan
lain saya membuat folio ini ialah dapat menghayati
keistimewaan pelbagai tarian tradisonal lain.Hal ini kerana,setiap warisan di Malaysia
amatlah istimewa dan mempunyai nilai
estetik dan keunikannya yang tersendiri.
Akhir sekali,melaului kajian ini juga dapat
mengetahui dengan lebih jelas mengenai Tarian Joget .Tuntasnya,Melalui
folio ini,saya dapat mengetahui banyak ilmu mengenai tarian ini.
Sekian
KONSEP PERSEMBAHAN TARIAN
Tarian Joget merupakan salah satu tarian yang sering
dipersembahkan di Malaysia.Tarian ini sudah tidak menjadi asing lagi dalam
kehidupan rakyat malaysia yang berbilang kaum.Tarian ini merupakan salah satu
tarian yang telah menarik para pelancong untuk melancong di Malaysia.
Konsep persembahan tarian joget adalah berkonsepkan
ala-ala barat.Hal ini boleh dilihat daripada kajian yang dilakukan bahawa
tarian ini berasal daripada kaum Portugis iaitu
Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho.Hal ini jelas mengambarkan bahawa
tarian joget ini berasal daripada barat.
Tarian
joget ini juga berkonsepkan hiburan.Hal ini dapat dilihat daripada gerak tari
yang amat mempersonakan yang dapat menghiburkan
hati siapa saja yang menyaksikan persembahan ini.
Lazimnya,tarian
ini akan ditarikan pada majlis perkahwinan atau majlis rasmi.Joget telah
berkembang pesat di Malaysia pada masa kini.Oleh itu,sebagai rakyat
Malaysia,kita haruslah bersama-sama untuk menjadikan tarian tidak akan luput
dari ingatan semua orang.
ISI KANDUNGAN
NO
|
TAJUK
|
MUKA SURAT
|
1.
|
PENGHARGAAN
|
|
2.
|
OBJEKTIF TUGASAN
|
|
3.
|
KONSEP PERSEMBAHAN TARIAN
|
|
4.
|
BAB1:PENGENALAN
I)SEJARAH
|
|
5.
|
BAB 2:RAGAM
II)PENGENALAN(HURAIAN)
|
|
6.
|
BAB 3:MUZIK
I)ALAT MUZIK
II)LAGU
III)STRUKTUR MUZIK
|
|
7.
|
BAB 4:BUSANA
I)PENGENALAN
II)BUSANA LELAKI
III)BUSANA PEREMPUAN
IV)LAKARAN GAMBAR
V)LAKARAN TATARIAS
VI)PROP
|
|
8.
|
BAB 5:SKOR TARI PERSEMBAHAN
I)PENUNJUK SKOR TARI
II)SKOR TARI
|
|
9.
|
PENUTUP
|
|
10.
|
RUJUKAN
|
|
11.
|
LAMPIRAN
|
BAB 1 PENGENALAN
SEJARAH
Secara umumnya,sejarah tentang joget masih menjadi tanda
tanya.Namun daripada kajian jyang dilakukan,telah ditetapkan bahawa joget
berasal daripada tarian suku kaum portugis iaiutu Branyo.
Semasa Portugis datang ke Tanah Melayu(Malaysia),dan
mereka mula menjajah Melaka,merka bukan sahaja datang untuk menjajah,tetapi
mereka juga datang untuk menerapkan warisan negara mereka.
Semasa Portugis mendapatkan Melaka,pelbagai pembaharuan
telah dilakukan di Melaka.Antara pembaharuan yang dilakukan oleh portugis ialah
mengenai tarian.Tarian terus berkembang sehingga masyarakat melayu juga
memepelajarinya.Termasuklah tarian joget.
Pada
mulanya,tarian joget selalunya ditarikan di dalam istana sahaja.Setalah
zaman mula berkembang maju,tarian ini mula dibawa keluar dengan dipertontonkan
di hadapan khalayak ramai.Seterusnya tarian ini terus berkembang hingga seluruh
tanah melayu dapat mengenali tarian ini.
Tarian ini juga ditariakan secara berpasangan iaitu
lelaki dan perempuan.Lelaki akan memakai baju melayu lengkap bersamping dan
bersongkok serta perhiasan yang lain.manakala bagi perempuan,mereka akan
memperagakan baju kebaya labuh.
Pada
masa kini terdapat pelbagai jenis lagu-lagu yang dihasilkan seperti Joget
Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga
popular ditarikan secara beramai-ramai dalam pesta keramaian dan dikenali
sebagai joget lambak.
Tarian ini,
yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami
pelbagai usikan,
BAB 2 RAGAM ASAS
PENGENALAN
Posisi tangan dan posisi kaki bagi penari lelaki dan
perempuan ialah:-
PENARI
LELAKI
|
POSISI TANGAN
MENYARUNG KERIS DAN GENGGAM TAK SUDAH
|
POSISI KAKI
LANGKAH BERJUNTAI
|
PEREMPUAN
|
CUBIT MANIS DAN GENGGAM TAK SUDAH
|
LANGKAH BERJUNTAI
|
Didalam tarian joget,ragam-ragam yang ditarikan lebih bersifat pantas dan
disulami dengan pelbagai usikan.Terdapat beberapa ragam yang asas dalam tarian
joget yang telah saya pelajari.Antaranya ialah:-
a)kundang-kundang mabuk
maju dan undur
kaki kanan akan dihadapan kaki kiri dan kaki kiri akan bersilang dengan
kaki kanan dalam kiraan lapan kehadapan.Selepas itu,kaki yang sama akan bersilang
dan akan ke belakang dalam keadaan sama iaitu bersilang.Posisi tangan bagi
penari lelaki ialah menyarung keris dan bagi perempuan pula ialah mencubit
manis.
b)Kundang-kundang mabuk
separa kiri dan kekanan.
Dalam ragam ini,ia seakan sama dengan kundang-kundang
mabuk maju dan undur,tetapi di dalam kundang-kundang mabuk separa ini,Ragam ini
bermula apabila kaki kiri diselangkan dihadapan kaki kanan,dan kaki kanan
diselangkan dihadapan kaki kiri dalam empat kiraan ke tepi bersudut 180 darjah.
c)Ragam huruf ’s’
Dalam ragam ini,gerakan setempat dilakukan sambil
membentuk huruf ’s’ didalam kiraan lapan dan mesti membentuk huruf ’s’ dalam
detik yang kelapan.Selepas itu,penari akan kembali ke tempat asal dengan
membentuk huruf ’s’ juga dan penari haruslah sampai ketempat asal penari pada
detik ke lapan.Posisi tangan bagi penari lelaki ialah menyarung keris dan bagi
perempuan ialah cubit manis.
d)Pusing jaga
Dalam ragam ini,penari akan mendepakan tangan ke satu
arah sahaja(kanan atau kiri) sambil bergerak dalam empat penjuru.Selepas
itu,penari akan membalas empat penjuru semula dengan gerakan yang sama juga
dalam kiraan lapan.
e)Ragam huruf ’V’
Dalam ragam ini penari akan membuat gerakan setempat dan
membentuk huruf separuh ’v’ dan kembali ke tengah-tengah huruf ’v’ dalam kiraan
lapan dan akan membalas dan mengerak ke separuh huruf ’v’ dan kembali dalam
kiraan lapan.
f)Terancang
Ragam ini memerlukan kepantasan dalam gerak tarinya.Kaki kanan akan
bergerak ke sudut kiri iaitu 45 darjah dan kebelakang serta kembali kepada 45
darjah dan kembali ketempat asal.Kemudian kaki kiri pula akan ke sudut 45
darjah di sebelah kanan ke belakang dan kembali ketempat asal.
BAB 3 MUZIK
1.ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN
-Rebana
-Biola
-Gong
-gambus
LAGU-LAGU
1.
Joget Serampang Laut,
2.
Joget 106,
3.
Joget Johore Sport Club
4.
Joget Gambus jodoh
5.
Joget Pahang
6.
Joget ampok-ampok bulan
STRUKTUR MUZIK
Bagi
tarian joget,muzik lazimnya akan dimulakan dengan rentak rancak denag gabungan
harmonium dengan rebana.Selepas bunyi berpadu,gong akan mula dimainkan mengikut
detik selalunya pada detik 4 dan 8.
Bunyi
akan berpadu dan penyanyi akan mula bernyanyi dan selalunya liriknya akan
berulang-ulang dan berselang seli dengan pantun.Sebagai contoh lagu Joget
Pahang akan diselang-selikan dengan pantun.
Semasa
penyanyi menyanyikan lagu,terdapat
beberapa ahli yang akan menjadi suara latar yang menyanyikan pic yang berlainan
dan akan melahirkan bunyi yang harmonis.Bunyi ini akan berterusan menyebabkan
lagu itu menjadi semakin rancak.
Pada
akhir lagu,lazimnya,rebana akan bermain lebih laju dan diikuti alat muzik yang
lain menandakan lagu akan berakhir.Apabila tiba saat lagu itu berhenti,penanda
akan dibuat oleh harmonium.
BAB 4 BUSANA TARIAN
PENGENALAN
Di
dalam bahagian busana pula penari lelaki akan memperagakan sepasang baju melayu
teluk belanga atau cekak musang berserta samping dang songkok.Bagi busana
perempuan pula,penari perempuan akan memperagakan sepasang baju kebaya labuh dan
bunga sebagai penyeri rambut.
PENUTUP
Pada penutup kali ini,semua
pihak haruslah bersama-sama memartabatkan kesenian dan kebudayaan supaya tidak
hilang dimata dunia.Bak kata pepatah,tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek
panas.
Malaysia merupakan Negara yang
mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan etnik.Namun Malaysia tetap dapt
berdiri gah di persada dunia dengan adanya perpaduan dan dengan adanya warisan
budaya.
Tarian Joget memang patut
dikekalkan supaya tidak hilang dimata generasi muka yang akan menerajui kepimpinan
Negara.Alangkah miskinnya Negara jikalau kesenian yang istimewa dan unik ini di
lupakan.
Setelah siapnya folio
ini,barulah saya mengetahui bahawa setiap negeri mempunyai wariasan budaya yang
tersendiri..Mereka semua mempunyai warisan yang tersendiri dan kebudayaan yang
tersendiri.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu
saya terutamanya ibu bapa saya yang menanggung kos pembikinan folio ini.Tidak
lupa juga kepada kawan-kawan saya yang tidak berhenti member sokongan kepada
saya hingga selesai saya menyiapkan folio ini.
Semoga folio ini menjadi batu
loncatan untuk saya supaya dapat mencapai kemajuan dalam hidup.Saya juga
berharap bahawa folio ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang lebih kepada saya
dan kepada mereka yang menggunakan folio ini sebagai bahan rujukan.
Tuntasnya,saya harap folio ini
mencapai kriteria yang diperlukan untuk saya mencapai band yang
seterusnya.sekian terima kasih.
\
LAMPIRAN
OLAHAN GERAK ASAS JOGET
SETEMPAT ASAS
|
1X8
|
MAJU
|
1X8
|
SETEMPAT(ASAS)
|
1X8
|
PUSING 4 PENJURU
|
1X8
|
MEMBALAS PUSING 4 PENJURU
|
1X8
|
GERAK ASAS SETEMPAT
|
1X8
|
UNDUR KE BELAKANG
|
1X8
|
PUSING 4 PENJURU
|
1X8
|
MEMBALAS 4 PENJURU
|
1X8
|
KUNDANG-KUNDANG MABUK MAJU DAN
UNDUR
|
2X8
|
GERAK SETEMPAT
|
1X8
|
KUNDANG-KUNDANG MABUK
SEPARA(KANAN DAN KIRI)
|
2X8
|
ASAS SETEMPAT
|
1X8
|
RAGAM HURUF S
|
2X8
|
MELAYANG (ASAS SETEMPAT)
|
1X8
|
PUSING JAGA
|
1X4
|
SETEMPAT
|
1X8
|
RAGAM HURUF V
|
1X8
|
PUSING SEPARUH
|
2X8
|
JOGET SETEMPAT
|
1X8
|
TERANCANG
|
2X8
|
RUJUKAN
1.ORANG SUMBER
-Ayahanda Khairul
Anuar Zainudin
2.Buku nota tarian
-Olahan gerak asas
joget
3.Internet
1.MKNS . -
JOGET.htm
2. Tarian-tarian
di Kedah - Jenis Tarian.htm
3. Tarian
Melayu.htm
4. Tarian
Joget - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm
salam...boleh tak share kan skor tari tarian melayu asli mana2 lagu
ReplyDeleteinfo dari blog tuan sangat membantu.. tetapi saya kekurangan maklumat berkaitan skor... kalau boleh whatapps lah saya di talian 0197865404
saya dahulukan dengan ucapan terima kasih...