Quotes Of The Day

"Life is like riding a bicycle,in order to keep balance you have to keep cycle"

Amali cendawan tumbuh selepas hujan(sastera)

AMALI 1: CENDAWAN
Tarikh : 8/10/2015
Masa : 2-4 pm
Hari : Khamis
Pada hari ini saya berpeluang untuk melawat amali pertama pertanian bagi semester kedua  Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia ,Serdang.Hari ini kami bertapak ke ladang kongsi di bukit ekspo iaitu unit cendawan.Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit kalau dari kolej berjalan kaki.Saya ulang berjalan kaki..hahaha…Penat woooo…
        So back to the topik,cendawan…cendawan ni memang banyak la kita semua makan kan.So,Kita kenelah tau bagaimana ternakan atau bagaimana cendawan ini dibiak supaya kita ni tak tahu makan je tapi tau la serba sedikit mengenai how we can get this mushroom.
        So,as we know mushroom industry ataupun industry cendawan semakin banyak dikormesialkan untuk dijual.Memandangkan demanding yang tinggi dalam pasaran “marketing”,banyak IKS (Industri Kecil Sederhana) dan industry besar memandang perusahawan cendawan mendatangkan hasil yang lumayan.So,to make story,UPM nie adelah jugak membuat atau melakukan perusahaan cendawan.
CENDAWAN
Pada waktu dahulu,cendawan hanya dikutip di hutan atau kayu-kayu mati  kerana cendawan memang hidup macam tu.Cendawan memerlukan tanah atau kayu mati untuk hidup.Disebabkan itulah kita dapat melihat cendawan yang banyak di pokok kayu mati dan kadang2 tumbuh melata dekat tanah.
        Untuk memudahkan perusahaan cendawan,kajian telah dilakukan diamana teknologi moden digunakan bagi memudahkan pengambilan optimum cendawan.Manakala hasilnya pula dapat dituai dengan cepat.Berikut merupakan improvisasi daripada cara konvensional kepada teknologi moden terhadap perusahaan cendawan.
1.Cendawan hidup di kayu dan tanah
-Teknologi dan kajian telah memudahkan pertumbuhan cendawan dimana cendawan boleh dikawal pembiakan dengan membuat media sendiri dan tidak memerlukan tanah.
2.Kawasan semulajadi cendawan yang tersendiri
-dengan kajian teknologi moden,kini kawasan semulajadi cendawan boleh dibuat sendiri di dalam bilik yang dikawal suhunya berdasarkan tempat semulajadi cendawan iaitu di hutan atau dimana sahaja.
3.Alamsekitar
-Disebabkan cara moden dilakukan di dalam bilik,setiap faktor mempercepatkan tumbuhsaran cendawan dari alam semulajadi diadptasi dalam bilik.Sebagai contoh ialah suhu kelembapan cendawan yang dikawal dimana selalunya ditetapkan iaitu dari 27 degree celcius – 30 degree celcius dimana cendawan di simpan dalam blok media.Manakala air akan diberikan secara semburan ke blok media atau disembur ke lantai.
CARTA ALIRAN PERUSAHAAN CENDAWAN
1.PENYEDIAAN MEDIA CENDAWAN
-Media yang digunakan dalam pertumbuhan cendawan ialah bahan buangan,vitamin dan kapur pertanian

(a)Bahan buangan
-Kebanyakan bahan yang digunakan sebgai media cendawan ialah terdiri daripada bahan buangan yang tak semestinya organik dan juga mudah didapati juga tidak mempunyai logam berat.Antara bahan buangan yang selalu digunakan ialah hampas tebu,jerami padi,sekam padi,sabut kelapa,kayu getah,daun getah kering,tandan kelapa sawit dan lain-lain.
(b)Vitamin
-Dedak padi gred A digunakan dan ditambah dengan melukut.Hal ini kerana,kedua-duanya mempunyai protein yang merangkumi hamper keseluruhan vitamin b termasukalah vitamin B2,B3,B12 dan B25.
(C)Kapur pertanian
-Kapur pertnian merupakan bahan yang akan menstabilkan pH ketiga-tiga bahan media.Ia juga berfungsi sebagaiagen strerilkan bagi mengurangkan mikrorganisma hidup.Dalam paling penting kapur pertanian
mempercepatkan  tindak balas ketiga-tiga bahan campuran iaitu bahan buangan,vitamin dan juga kapur pertanian.

RATIO BAHAN MEDIA
Ratio bahan media ialah 100 :10 : 1 iaitu,
bahan lengai(buangan) 100 : vitamin(10) : kapur pertanian(1).
           Ketiga-tiga bahan akan digaul bersama menggunakan mesin atau menggunakan tangan.Air ditambah sehingga dalam 75% kelembapan dalam campuran bahan tadi.Untuk mengetahui adakah kelembapan itu sudah cukup,sedikit campuran bahan dikepalkan dan jika ada air yang keluar itu bermaksud kuantiti air terlebih dan jika kepalan itu melekat sesama sendiri,campuran bahan dalam keadaan yang baik.
         Selepas campuran bahan telah dilakukan dengan baik,bahan media kaan dimasukkan kedalam pp beg seterusnya ditutup dengan sponge bagi menstabilkan peredaraan udara.
2.PENGUKUSAN PP BEG
        Selepas pp beg yang mengadungi media bahan telah dihasilkan,pp beg akan dimasukkan kedalam proses pengukusan.PP beg tadi akan dimasukkan dalam mesin pengukus yang dipanaskan.Tujuan pengukusan ini adalah untuk untuk membunuh mikroorganisma yang terdapat dalam pp beg.Ia juga akan mempercepatkan reaksi bahan media dalam pp beg.Pemangkin Calcium Carbonate akan digunakan untuk mempercepatkan tindak balas bahan campuran.Pengukusan akan dibiarkan selama 4-5 jam.

3.SUNTIKAN BENIH CENDAWAN
-Benih cendawan iaitu Megaspore akan di masukkan dalam pp beg selepas pengukusan.Proses ini merupakan proses yang paling harus dititik beratkan.Hal ini kerana,proses ini harus dilakukan dengan cepat bagi mengelakkan kemasukan mikroorganisma ketika kita memasukkan benih cendawan.
       Oleh itu,tangan yang bersih harus dititikberatkan.Selepas memasukkan benih cendawan kedalam pp beg,hendaklah segera ditutup semula supaya mikroorganisma tidak dapat masuk.Sebanyak 5 gram benih cendawan akan dimasukkan dalam satu-satu pp beg.Benih cendawan akan dicampurkan dengan gandum.Benih cendawan ini pula didapati dari cendawan itu sendiri dimana benih itu di ekstrasi dari cendawan.

4.PEMERAMAN
        Proses pemeraman akan dilakukan selama  2 bulan.Dalam masa ini,pp beg,jangan diusik.

5.PENGHASILAN
     Selepas 2 bulan,penutup PP beg akan dibuka.Selepas itu,pp beg itu dibiarkan selama 4-5 hari.Selepas waktu itu,bermulah proses penuaian cendawan dilakukan dimana cendawan akan mula keluar dari pp beg dan boleh dituai.Cendawan itu akan dicabut,dikorek dan dibuang tunggul.Selepas itu,cendawan tadi boleh dimasukkan benih cendawan yang baru selepas direhatkan dalam 7-10 hari.                    
      Cendawan merupakan sumber protein dimana 2kg cendawan bersamaan 1 kg daging lembu.Jenis benih cendawan yang digunakan dalam amali kali ini ialah Tiram Kelabu.

PENUTUP
Pemintaan cendawan memang tinggi terutamnya dalam sector makanan.Kepada sesiapa ingin menceburi bidang perusahaan cendawan ini,memang memerlukan bajet yang tinggi.Namun,sekiranya Berjaya dilakukan dan dikomersialkan,IN SHAA ALLAH pulanganya amat tinggi.So,sekian perkongsian saya pada kali ini,moga sesiapa membaca ini mendapat ilmu pengetahuan mengenai perusahaan cendawan dan dapat disampaikan kepada orang lain.Maaf sekiranya ada kesilapan dalam memberikan maklumat sama-samalah kita berkongsi….                                          

Gambar-gambar Berkaitan

Benih cendawan yang sudah dipetik
Gambar 3 bahan utama untuk media
Demostrator menunjukkan beih cendawan megaspore

Demostrator memasukkan 3 bahan media lengai ke dalam PP Beg
Kapur pertanian yang berwarna putih dan dedak padi gred A
Proses gaulan media bahan lengai







SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU
FOLIO KAJIAN NASKHAH LAKON








BIODATA SAYA
           
Bil
PERKARA
MUKA SURAT
1
BIODATA

2
ISI KANDUNGAN

3
PENGHARGAAN

4
OBJEKTIF KAJIAN

5
KAJIAN NASKHAH LAKON PILIHAN TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


5.1
Biodata Penulis


5.2
Sinopsis


5.3
Tema


5.4
Plot


5.5
Watak Perwatakan


5.6
Gaya Bahasa


5.7
Latar


5.8
Mesej (Nilai dan Pengajaran)

6
NASKHAH LAKON INDIVIDU


6.1
Sinopsis


6.2
Tema


6.3
Plot


6.4
Watak Perwatakan


6.5
Gaya Bahasa


6.6
Latar


6.7
Mesej (Nilai dan Pengajaran)

7
APRESIASI LAKON 1


7.1
Pelaku


7.2
Ruang


7.3
Mesej


7.4
Naskhah Lakon


7.5
Penonton Kolektif


7.6
Gabungan Pelbagai Seni

8
APRESIASI LAKON 2


8.1
Pelaku


8.2
Ruang


8.3
Mesej


8.4
Naskhah Lakon


8.5
Penonton Kolektif


8.6
Gabungan Pelbagai Seni

9
APRESIASI LAKON 3


9.1
Pelaku


9.2
Ruang


9.3
Mesej


9.4
Naskhah Lakon


9.5
Penonton Kolektif


9.6
Gabungan Pelbagai Seni

10
PENUTUP

11
LAMPIRAN 1 (SENARAI SEMAKAN KERJA)

12
LAMPIRAN 2
(Naskhah Lakon DBP...........)

13
LAMPIRAN 3
(Naskhah Lakon Individu....)


13.1 LAKARAN TATARIAS


13.2 LAKARAN KOSTUM


13.3 LAKARAN SET DAN PROPS

14
LAMPIRAN 4
(Naskhah Lakon Apresiasi Lakonan 1)

15
LAMPIRAN 5
(Naskhah Lakon Apresiasi Lakonan 2)

16
LAMPIRAN 6
(Naskhah Lakon Apresiasi Lakonan 3)

17
SUMBER RUJUKAN





PENGHARGAAN
Bismillahhirahhmannirrahhim.
Assalammualaikum, 
            Syukur kepada Allah kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan folio bagi mencapai kriteria dalam mata pelajaran Kesenian Teater yang bertajuk Folio Kajian Naskhah lakon .Walaupun agak sukar untuk mencari maklumat tentang tugasan ini, namun dengan semangat dan dorongan dari ahli keluarga, saya telah berjaya menyempurnakan folio ini.
             Dikesempatan ini, saya Ahmad Zaid Bin Ismail dari tingkatan 3 bangsawan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibubapa saya iaitu ibu saya Jamaliah Binti Ahmad dan bapa saya Ismail Bin H. Yahaya.Merekalah yang menanggung kos bagi keseluruhan folio ini.Mereka juga telah bagi banyak dorongan pada diri saya sehinggga saya dapat menyiapkan folio ini.
               Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Kesenian teater  iaitu Cayahanda Abdul Rahman Bin Mat Top yang banyak membantu saya dalam pembikinan folio ini,Beliau telah memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan serta menerangkan satu persatu cara ataupun bagaimana untuk melaksanakan folio ini.Tanpa beliau sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan folio ini.

         Tidak saya lupa juga ,ucapan terima kasih kepada kawan saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan folio ini.Mereka juga sibuk dalam pembikinan folio mereka tetapi dia tetap menolong kawannya seperti saya.Mereka telah menolong saya dengan bertukar-tukar maklumat dan telah memberi tunjuk ajar yang berguna pada diri saya.

Sekian





OBJEKTIF KAJIAN
       BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHHIM       
      
 Dalam sesebuah folio mestilah terdapat tujuan ataupun objektif mengapa folio itu dibuat.Dalam kerja kursus ini tujuan utama saya membuat folio ini adalah untuk mencapai kriteria yang diperlukan dalam mata pelajaran Kesenian Teater.
                
 Tujuan lain saya ialah  saya dapat mengenali apa itu sebenarnya naskhah lakon,dalam konteks ini,saya dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai pelbagai elemen dalam naskhah lakon.

            Selain itu,saya juga akan dapat menguasai kemahiran mencari,mengumpul dan merekod maklumat .Hal ini akan membuat saya lebih mahir dalam dalam membuat sesebuah folio yang menarik,ringkas dan padat.
              
            Tujuan lain saya membuat folio ini ialah untuk menambah ilmu pengetahuan saya yang masih baru berkecimpung dalam penulisan naskhah  lakon.Dalam usia yang baru setahun jagung ini,banyak lagi yang perlu saya pelajari di dalam teater.
              
Akhir sekali,melaului kajian ini juga,saya dapat melimpahkan idea saya untuk menghasilkan sesebuah naskhah lakon yang baik,ringkas serta padat.Oleh itu,saya berharap bahawa idea yang dikemukakan oleh saya dapat diterima dalam masyarakat.





KAJIAN NASKHAH LAKON TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

TAJUK:HEMODIALISIS
KARYA:JAIS SAHOK

BIODATA PENULIS
JAIS SAHOK dilahirkan di Lundu pada 14 November 1959. Lulus STPM pada tahun 1978 dan kemudian mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Batu Lintang pada tahun 1980-1981. Pada tahun 1985-1988, Jais melanjutkan pelajaran di UPM sehingga memperoleh Ijazah Bacelor Pendidikan. Jais menulis dalam pelbagai genre – cerpen, novel, skrip drama, puisi serta esei kritikan dan telah banyak kali memenangi peraduan menulis serta menerima hadiah/anugerah penulisan (dalam hampir kesemua genre) baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan seperti Hadiah Cerpen Esso-Gapena, Hadiah Cerpen DBP-Malayan Banking, Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak (HPPS) dan Hadiah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak. Sehingga kini, Jais sudah menghasilkjan lebih sepuluh novel dan empat buah kumpulan cerpen persendirian di samping banyak lagi tulisan yang disiarkan/diterbitkan secara eceran ataupun secara bersama dengan tulisan penulis-penulis lain.




1.SINOPSIS

            Abah mengaduh kerana menahan sakit perut yang amat sangat.Mama yang sedang mengemas rumah terkejut melihat kaki abah yang bengkak.Mama menduga bahawa sakit perut yang dihadapi Abah berpunca daripada kaki abah yang bengkak itu.Mama menghubungi anaknya sulungnya Doktor Afif tetapi dilarang oleh Abah.Abah bertindak demikian kerana tidak mahu kredibiliti Doktor Afif dipersoalkan kerana mengutamakan kepentingan peribadi dan mengetepikan kepetingan masyarakat.Perbuatan sedemikian adalah menyalahi etika kedoktoran.Abah juga melarang mama memberitahu masalah kesihatannya kepada Fatin Atiqah kerana bimbang anak bongsunya itu susah hati.
            Mama terpaksa juga menghubungi Doktor Afif kerana abah jatuh dan pengsan.Doktor Afif bergegas ke rumah.;Sebelum Doktor Afif sampai,abah telah sedar.Abah berkeras enggan menjalani rawatan di klinik,lalu berlakulah pergaduhan di antara abah dan Doktor Afif.Doktor Afif terpaksa berterus terang bahawa kemungkinan abah menhadapi penyakit buah pinggang pada peringkat kronik.Namun begitu,berterus-terang tentang penyakit yang di hadapi pesakit  ialah bertetangan dengan etika doktor.Doktor Afif meminta bantuan Doktor Leong untuk membawa abah ke klinik.Setelah menjalani rawatan yang lengkap,Doktor Afif membenarkan abah dirawat di rumah dengan bantuan mesin hemodialisis.
Beberapa minggu kemudian,Fatin Atiqah pulang ke rumah,Fatin Atiqah teperanjat melihat keadaan kesihatan abah yang teruk dan memerlukan mesin hemodialisis untuk hidup.Namun begitu,abah tidak juga ungin bercakap tentang penyakit yang dihadapinya.Abah hanya menanyakan keputusan peperiksaan Fatin Atiqah.Abah gembira kerana Fatin Atiqah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Abah berdiri meminta dipeluk,lalu Fatin Atiqah memeluk abah yang menderita sakit.Abah rebah kerana salur  darahnya ke mesin hemodialisis terputus.Fatin Atiqah menghubungi Doktor Afif.Doktor Afif Bergegas pulang dan merawat abah.Mereka bersyukur kerana abah masih hidup.
TEMA
           
Kegembiraan ibu bapa apabila  anak mereka berjaya dan berakhlak mulia.Abah sangat dengan anak sulungnya seorang doktor pakar manakala anak bongsunya berjaya menamatkan pelajaran di universiti.Kedua-duanya berkaliber dalam bidang masing-masing.

PLOT
a)Permulaan

            Abah mengadu sakit perut.Mama memberitahu bahawa kaki abah bengkak.

b)Perkembangan

            Abah pengsan.Doktor Afif  mengesyaki abah menghidapi penyakit buah pinggang.Doktor Afif membawa abah ke klinik.Abah pulang ke rumah dengan membawa mesin hemodialisis.Fatin Atiqah dan saufi pulang ke rumah.Abah gembira dengan keputusan Fatin Atiqah yang cemerlang dalam peperiksaan.

c)Klimaks

            Abah berdiri meminta dipeluk.Fatin Aqilah  memeluk abah.Abah rebah kerana saluran darahnya ke msein hemodialisis terputus.Darah membasahi abah.

d)Peleraian

            Doktor Afif menyambungkan wayar hemodialisis yang tercabut ke tubuh abah semula.Abah dapat diselamatkan.


WATAK PERWATAKAN
a)Abah
-Berumur 63 tahun
-Mempunyai tiga orang anak iaitu Afif,Fiqri,Fatin Atiqah.
-Pegawai kerajaan yang telah bersara.
-Bergiat dalam bidang penulisan .
-bertanggungjawab dan berwawasan.
-Seorang yang tegas dan berpendirian.
-Seorang yang lalai dengan kesihatan diri
-Prihatin.

b)Doktor Afif
-Anak sulung abah dan mama.
-Telah berumah tangga.isterinya bernama Zarina dan anaknya bernama Nabila.
-Menghormat ibu bapa.
-Bertanggungjawab.
-Seorang yang sangat sabar.
-Bijak menyelesaikan maslah.

c)Mama
-Mempunyai tiga orang anak bernama Afif,Fiqri dan Fatin Atiqah.
-Isteri kepada abah.
-Seorang yang penyayang
-Suka memberi nasihat.
-Patuh akan arahan suami
-Seorang yang periang.

d)Fatin Atiqah
-Anak kepada Abah.
-Anak yang mementingkan kesihatan bapanya.
-Seorang yang penyayang.
-seorang yang cerdik.
-Baru habis pengajian di universiti.

e)Nabila
-Anak kepada Doktor Afif.
-Pandai berbahasa inggeris
-Menghormati orang lain.
-Pandai memujuk.



Gaya bahasa

1.Sinkope.Contoh:-
a)Bahaya ni bah...(Hal 131)
b)Tu abah kamu.Dia pengsan tadi...Tapi dah sedar nampaknya tu(hal 134)
c)Abah apa khabar ma?(hal 148)

2.Personafikasi
a)Sakitnya lain macam sahaja,mencucuk-cucuk.(hal 131)
b)Sakit perut ini datang secara tiba-tiba(hal 131)

3.Metafora
a)bukalah mata panorama(hal 154)
b)Bertakhta di atas keagungan diri(hal 154)
c)sematkanlah namaku di mahkota ingatanmu.(Hal 154)

4.Peribahasa
a)Kecil hati pula anak awak tu nanti.(hal 132)
b)Buang tabiat agaknya orang tua ni.(hal 133)
c)Abah kata abah lebih banyak makan garam pun saya setuju,tapi kali ini(hal 136)

NILAI
a)Patuh pada arahan dan nasihat ibu bapa.
b)Mengenang jasa ibu bapa
c)Kegigihan dalam menjalankan tugas.
d)Menghargai kebijaksanaan orang lain.

PENGAJARAN
1.kita hendaklah berterusterang jikalau menghadapi sesuatu masalah
2.Kita hendaklah mentaati perintah ibubapa selagi tidak bercanggah dengan agama.
3.Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah sesuatu perkara










NASKHAH LAKON INDIVIDU
TAJUK:WASIAT
1.Sinopsis
-Cerita ini mengisahkan seorang bapa tunggal yang sangat kaya dan dermawan.Beliau mempunyai empat orang anak.masing-masing sudah bekerja kecuali anak yang sulung Zaid yang masih menemaninya walaupun telah mendapat pelbagai tawaran pekerjaan luar negara.Zaid juga merupakan anak angkat Pak Jusuh.Anak-anak kandung  Jusuh ini masing-masing tidak pernah melawatnya.Mereka hanya melawatnya ketika mereka ketiadaan wang.Mereka juga tidak pernah menghormati ayahnya.Apabila Pak jusuh meninggal,ketiga-tiga anak mereka mula kembali untuk menuntut hak dan harta peninggalan ayah mereka.Mereka mula menyatakan agenda masing-masing supaya harta peninggalan dibahagi sama rata.Mereka bertengkar sambil mengakibatkan pergaduhan.Setelah pergaduhan tidak juga berhenti,peguam ayah mereka masuk dan menyatakan bahawa ayah mereka tidak meninggalkan sedikitpun harta untuk mereka..Malah ayahnya hanya meninggalkan sepucuk surat.Surat ini membuatkan mereka insaf.

2.Tema

            Ketamakan dalam mengapai harta duniawi yang belum pasti.Hal ini ditunjukkan oleh watak anak Pak jusuh yang semuanya kecuali Zaid yang hanya mementingkan harta duniawi semata-mata.

3.Plot

a)Permulaan

            Pak Jusuh hanya duduk bercakap dengan anaknya yang sulung iaitu Zaid.Pak Jusuh mengenang nasibnya yang malang apabila anaknya yang sudah berjaya tidak pernah melawatnya.

b)Perkembangan

            Secara tiba-tiba Pak Jusuh jatuh sakit dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.Sewaktu pengebumian Pak Jusuh,anakya juga tidak pernah bertandang.Selepas beberapa hari Pak Jusuh meninggal,anak-anak Pak Jusuh yang lain mula datang semata-mata untuk harta peninggalan arwah.

c)konflik

            Mereka mula menyatakan agenda masing-masing kecuali Zaid.Mereka juga menyatakan mereka yang perlu dapat  harta yang lebih daripada Zaid.Hal ini akhirnya menyebabkan pergaduhan.



d) klimaks

            Pergaduhan antara mereka juga tidak berhenti.Ahirnya datang lah peguam yang akan membicarakan tentang wasiat Arwah Pak Jusuh.Peguam itu telah menteramkan suasana.

e)Peleraian

            Peguam memberitahu bahawa kesemua harta Pak Jusuh tidak akan diserahkan kepada mereka.Malah peguam juga menyatakan bahawa kesemua harta  Pak Jusuh juga akan diserah kan kepada rumah kebajikan.Pak Jusuh juga meninggalkan sepucuk surat yang mengakibatkan mereka menyesal dan insaf.


4.Watak perwatakan

WATAK

PERWATAKAN
Pak Jusuh








-Bapa tunggal kepada 4 orang anak
-seorang yang kaya dan dermawan
-mengambil Zaid sebagai anak angkat
-Seorang yang baik hati
-Tidak pernah berbangga dengan harta yang dimiliki.



Zaid













-Anak angkat Pak Jusuh
-Sanggup menjaga Pak Jusuh sehinggal beliau meninggal.
-Selalu dipersalahkan oleh anak kandung Pak jusuh.
-Tidak pernah berdendam dengan anak kandung Pak Jusuh.
-Seorang yang baik hati.
-Seorang yang rajin membantu Pak Jusuh.
-Sanggup menolak tawaran bekerja di luar negara semata-mata untuk Pak Jusuh.




Apipah










-Anak kandung Pak jusuh
-Seorang Jurutera bekerja di luar Bandar.
-Seorang yang tamak akan harta.
-Tidak suka dibantah.
-Seorang yang sangat sombong.



Tarmizi







-Anak Pak Jusuh yang kedua.
-Seorang yang sentiasa menyokong kakaknya Apipah.
-Bekerja sebagai penyelia kilang.
-Seorang yang tamak kepada harta.



Peguam Ramsy

-Memegang amanat Pak jusuh.
-jujur dan ikhlas.
-Sentiasa berpakaian kemas.
-Seorang yang sangat tegas.
-Menjalankan  tugas dengan penuh tanggungjawab
5.Gaya Bahasa
1.Asonansi
Contoh:Saya tidak mahu apa-apapun,saya tahu saya bukan anak Pak Jusuh
Pengulangan vokal A
2.Aliterasi
Contoh:kamu tiada hak nak halang kami.Ingat,kamu tu anak pungut,siapa anak ayah kamu,siapa
Penglangan Konsonen K
3.Metafora
Contoh:lautan Kegelapan
4.Hiberbola
Contoh:Jutaan Semangat
















6.Latar
a)latar masa
-Pada waktu Pagi
b)Latar tempat
-Ruang Tamu
c)Latar masyarakat
-Masyarakat yang mementingkan kebendaan.
-Masyarakat yang tinggal di Bandar.
-Masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri.

7.Nilai dan Pengajaran
Nilai
a)hormat menghormati
b)prihatin
c)kasih sayang
d)Bertolak ansur

Pengajaran
a)Kita haruslah saling hormat menghormati sesama manusia
b)kita mestilah prihatin akan kesusahan orang lain.
c)Kita haruslah mengasaihi sesame manusia dan keluarga.
d)Kita haruslah sentiasa bertolak ansur terhadap orang lain


PENUTUP

              Setelah saya berjaya menyiapkan kajian bagi kesenian teater ini,memlalui folio ini,saya dapat pelbagai input yang berguna pada diri saya.Saya dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai perjalanan sesebuah naskhah yang telah dikaji atau dikupas.
               Selain itu,saya dapat membanding kan sesuatu tema dalam sesebuah naskhah lakon.Saya juga dapat mendapat  maklumat yang bermanfaat bagi saya.Secara tidak langsung,saya dapat mahirkan lagi kebolehan saya dalam mengarang sesuatu naskhah.
                Semoga naskhah saya diterima oleh setiap lapisan masyarakat.Semoga segala titik peluh saya dalam menyiapkan kajian berbalas.Saya juga berharap agar folio menjadi batu loncatan bagi saya untuk bergiat aktif dalam penulisan teater.
                Dalam usia setahun jagung ini,saya juga berharap agar setiap kajian saya adalah menepati piawaian yang diperlukan untuk mencapai band di dalam kesenian teater.


LAMPIRAN 3(WASIAT)
Masa: Pada waktu pagi
Tempat:Ruang tamu
(gelap)
Tirai dibuka
(Pak jusuh sedang berbual dengan zaid)
Pak jusuh:Aku dah tak larat dah ni.Dah nak pergi.
Zaid:Abah,jangan cakap begitu ajal maut di tangan tuhan,kita tidak boleh menduga.
Pak Jusuh:Aku ni berduit,kaya tetapi lihatlah,ada anak kandung tidak pernah melawat.Malah bertanya khabar pun tidak.Aku dianggap macam tunggul yang menanti saat pupus.
Zaid:Bah,janganlah cakap itu,haritu kan baru mereka datang.Mereka kan sibuk.Mereka kan bekerja,abah juga yang inginkan mereka dapat kerja yang bagus-bagus,tapi kini abah pula yang merungut.
Pak Jusuh:Memang aku suruh,tapi kamu lihatlah,mereka datang haritupun untuk meminjam wang..(batuk).Kamu pula duduk dengan aku yang dah nak pergi dah ni?kenapa kmu taknak sambung belajar?bukankah kamu dapat pergi ke luar Negara?
Zaid:Bukan macam itu bah,saya nak jaga abah,bukan apa bah,saya ini anak angkat sahaja.Biarlah saya membalas jasa abah yang selama ini membesarkan saya.Biarlah anak kandung abah dapat bekerja bagus-bagus,asalkan mereka bahagia,memang saya menaruh segunung harapan untuk sambung belajar(diam seketika),tapi kerja saya di kedai runcit tu sudah cukup menyara saya.
 Pak jusuh:Sungguh murni niatmu,tetapi kenapa kamu tidak mahu hartaku?
Zaid:Abah saya taknak nanti saya dipersalahkan dan dipertikaikan,kenapa saya yang anak angkat ni mendapat harta.
Pak Jusuh:Zaid,kamu tak payah fikirkan pasal abah,abah boleh jaga diri sendiri,anak abah yang lain,semua sepatutnya tidak layak mendapat sesen pun dartipada harta abah(batuk).Mereka semua umpama duri dalam daging,semua kehendak mereka aku kena ikut.
Zaid:Sudahlah abah.Busuk-busukpun mereka ialah darah daging abah.Abah tak boleh nafikannya.Abah jangan risau,ada masa nya mereka balik la tu.
Pak Jusuh:Abah ada satu perkara nak beritahu kamu.
(telefon zaid bordering)
Zaid:Hello?siapa ni?(diam sejenak)apa polis?kenapa cik?Ya saya abang dia.Apa dia ditangkap akibat dadah?(abah merampas telefon)
Pak Jusuh:ya Encik, Saya Bapa dia apa?(terjatuh)
Zaid:abah,abah,bangun abah,abah,.(menangis dan menjerit)tolong,tolong,tolong
(Lampu di gelapkan)

Masa: Pagi
Tempat: Ruang tamu
(Zaid berada di ruang tamu)menunggu ketibaan anak Pak Jusuh yang lain.
Apipah: Assalammualaikum.
Zaid: Pipah,(mempelawa) masuklah.
Apipah:Tak payah pelawa,rumah ini bukan rumah kamu pun.Rumah arwah abah aku.(Memandang keluar),Mizi,let go in.
Zaid: Mizi,bukan kamu ditangkap polis?
Tarmizi: Polis(gelak),apa polis boleh buat?engkau dan abah senang benar ditipu.Aku saje-saje nak takutkan orang tua yang dah takda tu,Aku nak biarkan dia ikat jamin aku dengan masukkan duit di dalam bank,belum sempat aku nak beritahu harga,tiba-tiba dah tutup.Tak sangka orang tua tu boleh mati,tapi takpelah,kan banyak harta peninggalannya,lagi banyak aku dapat.
Zaid:Kurang ajar,Kmau memang anak yang tidak mengenang budi.Tak pernah kamu fikir ke?Siapa yang membesarkan kamu hingga kamu berjaya.Kamu lupa?
Apipah: apa kamu ni,aku nak harta,bukan nak dengar kamu berleter.Kamu sedar diri sikit ye,kamu tiada hak nak halang kami.Ingat,kamu tu anak pungut,siapa anak ayah kamu,siapa ibu kamu?entah,mesti kedua-duanya sampah masyarakat.
Tarmizi:Betul tu,kamu dah la anak pungut.Kamu ingat aku tak tahu kalau kamu duduk dengan abah sebab nak kikis harta dia kan?Mengaku je lah,tak payah nak bajet alim la.
Zaid: astaghfirullah.Ternyata kamu berdua ni sudah dihasut setan.Semua sebab harta duniawi.Abang tidak pernah berfikir nak kikis harta abah,Malah abang sanggup menolak tawaran di luar negara.Abang sanggup menjaga abah.Abang tidak pernah minta diambil menjadi anak angkat.Kalau harta yang kamu mahu,kita hanya b oleh tunggu peguam abah membahagikan harta peninggalan pusaka.
Apipah:(menangis yang di buat-buat)Alahai, sedihnya cerita kamu.Sungguh menyayat hati.(gelak) memang engkau layak diambil oleh orang-orang miskin untuk ditertawakan. Pandai engkau sedar diri tu ye,ingatkan kamu dah anggap diri kamu anak kandung abah.(gelak)
Zaid: (menampar apipah)kamu jangan kurang ajar pipah,walaupun aku anak angkat,tetapi aku punya harga diri dan tahap kesabaran.Jaga sikit mulut kamu.Disebabkan mulut badan binasa.
Apipah: oh..sanggup engkau menampar aku ya.Kamu ingat kamu tu siapa?Abah pun tidak pernah menampar aku.
Tarmizi: Apa abang ni?sanggup menampar perempuan?dayus.abang lebih baik keluar daripada rumah ini daripada menyusahkan kami.
Zaid: Pipah,maafkan abang,abang terlalu mengikut perasaan.Abang tidak bermaksud untuk menyakiti pipah.
Apipah:Ah.kamu  memang patut mati sekali dengan abah.Jantan tak berguna.engkau sudah lah anak pungut,jangan nak mengaku aku ni adik kau.
Zaid:Astaghfirullah.
Peguam ramsy: Selamat sejahtera.
Zaid:Encik Ramsy.Silakan masuk.
Peguam Ramsy:Terima kasih.
Apipah: ni peguam abah.Bagus-bagus.
(Peguam duduk dan semua pun duduk)
Zaid:Encik Ramsy,bolehlah mulakan.
Apipah: lagi cepat lagi bagus,aku nak balik daripada duduk rumah yang ada engkau.
Peguam Ramsy: Baiklah.Saya akan mulakan.Tetapi saya ingin tahu,sipa anak kandung Pak jusuh.
Taremizi:Saya dan kak saya.
Peguam Ramsy: Boleh saya tahu,apa tujuan wak selepas ini jikalau mendapat harta peninggalan arwah.
Apipah:Saya ni seorang doktor,saya nak bukak bisnes serndiri,jadi saya perlukan duit yang lebih.Saya nak buat bisnes besar.Jadi perlukan modal besar.Saya nak lebih kaya.
Tarmizi: saya juga nak buat bisnes besar,saya nak buka company sendiri.saya juga nak menjadi lebih kaya.
Peguam Ramsy: Encik Zaid.
Zaid:saya tidak mahu apa-apa pun.Saya tahu saya bukan anak kandung Pak Jusuh dan saya tak layak mendapat apa-apa harta peninggalannya.
Peguam ramsy:Saya bukan hendak menghampakan kamu semua,tetapi mengikut wasiat yang yang ditulis sendiri oleh Pak jusuh,dia menyatakan bahawa semua hartanya termasuk rumah ini akan diserahkan kepada  Zaid.
 Apipah :(Terkejut) Apa?tidak mungkin hal ini terjadi.Zaid sahaja  yang dapat harta itu.
Tarmizi:Mungkin ada kesilapan encik.
Peguam Ramsy:Saya boleh tunjuk kepadas anda wasiat yang ditulis oleh Pak Jusuh sendiri.Pak Jusuh juga telah meninggalkan sepucuk surat kepada saya dan diminta zaid membacanya.
(Peguam Ramsy memberi sepucuk surat kepada Zaid)
Zaid:Assalmmualaikum.
        Anak-anak ku semua,memang abah sudah tahu bahawa abah akan pergi,jadi disini abah akan ceritakan.Abah sebenarnya seorang pemandu kepada seorang datuk..Datuk itu mengalami kemalangan yang menyebabkan mak kamu semua meninggal dan ahli keluarga datuk itu meninggal.Datuk itu mempunyai seorang anak iaitu Zaid.Abang kamu.Dalam wasiat datuk itu,dia meyerahkan semua hartanya kepada abah.dan dia menyuruh abah menjaga zaid.kini tibalah masa bahawa semua hartta datuk itu diserahkan kepada pemilik yangt sah.Zaid.Gunalah semua harta ini dengam bijak.Bagi Pipah dan Mizi,kamu berdua teruslah hidup dengan kerja yang kamu miliki.sekian
Abah
Apipah:Tidak-tidak,(menjerit)
(Tipah berlari keluar)Tarmizi mengejar kakaknya.
Zaid: (tunduk berdoa)Ya Allah,mungkin ini sebenarnya haluan hidupku.terima kasih ya Allah.Keran a engkau memberi nafas baru untukku.Aku yang dulu tenggelam dalam lautan kegelapan kini sudah ada mentari menyambutku.Berjuta-juta semangat diri ku hampir hilang tetapi kini sudah kembali.terima kasih Abah.
Pentas di gelapkan.