Quotes Of The Day

"Life is like riding a bicycle,in order to keep balance you have to keep cycle"

Medic UPM

"Doctor?"

Ok,firstly aku alumni Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia atau singkatannya ASPER VI,batch sebelas...Nak masuk medic ni ade beberapa cara,,,mula mula form 4 kene amik aliran sains tulen,belajar lah Fizik,Kimia,Addmath dan juga Biology...So,selepas SPM,if betul betul nak amik medic,pastikan result anda mencukupi untuk masuk Matriks,Stpm atau Asasi...Spm kene betul betul perform..sebab even kau excel dalam matriks,asasi atau STPM,4 rata pun (4 flat),belum tentu kau dapat masuk Medic sebab dia akan tengok result Spm kau....okay kalau tak paham aku bagi contoh requirement medic...

Nampak tak?
dia minta sekurang kurangnya mendapat B dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM...Okay senang cakap,kalau betul-betul nak sambung medic kena dapat sekurangnya B bagi semua subjek elektif..Kalau chemistry korang C dan still dapat masuk matriks...Pastu kat matrik/asasi korang perform dapat 4 flat,,,kemungkinan besar tak dapat masuk medic...Pernah jadi dimana sorang pelajar buat permohonan yang mengatakan dia dapat 4 Flat matriks tapi tak dapat sambung medic,sebab SPM dia tak lepas requirement untuk medic macam gambar yang aku upload tu...Sebab tu SPM tu penting..sebab tu sijil SPM je dah boleh kerja kerajaan...tengok berharga gila sijil SPM...Hidup SPM!!!!!

So,kalau result SPM anda dah lepas requirement..apa lagi pergilah minta antara tiga cara aku sebutkan tadi,Matriks,Asasi atau STPM..aku rasa ramai yang dah post pasal benda ni.Perbezaan dan lain-lain...

Matriks ni ko belajar setahun/2 tahun ikut result spm tu,kalau mantap dia akan setahun je..Boleh rujuk kaunselor bagaimana nak masuk matriks sebab matriks kena beli nombor pin kat BSN...kalau nak jadi doktor silalah minta aliran sains tulen...Matrik ni akan belajar kat matrik sendiri macam matrik perak,pahang dan sebagainya...silibus dia sama macam STPM dan Asasi mungkin akan berubah sikit..Tapi mostly sama,dalam matrik,dia macam sekolah sikit,duduk asrama,ada warden but lebih free dan bebas la,,leh pegang handphone,bawak laptop,moto dan sebagainya..tapi still kena pakai baju kemeja setiap kali belajar...selalunya 2 sem iaitu 1 tahum..1 sem dalam 6 bulan..dalam matriks senang cita still macam asrama kat sekolah tapi lebih bebas itu je.

STPM ni dua tahun.Kena amik aliran sains jugak...beza tak banyak cuma lagi lama tempoh belajar,lebih setahun dari Asasi dan Matrik...mostly peperiksaan dia lebih susah dari Asasi dan Matrik,entahlah itu aku dengar ape orang kata..kehidupan sebijik macam sekolah harian,kena pakai baju sekolah mungkin lain sikit pakaian dia tapi kena patuh peraturan sekolah,still dalam pengawasan sekolah,kena beratur and so on..tapi sijil STPM ni laku tau...if korang keluar asasi atau matriks tapi taknak sambung ijazah,sijil matriks/asasi tu tak laku kat mana mana pun,kalau kerja kerajaan pun,dia akan amik gaji base daripada SPM anda...but lepasan SPM ni macam lepasan diploma yang mana boleh mohon kerja terus...dalam pendek kata,sapa yang nak amik matriks dan Asasi ni memang kena sambung ijazah(degree) kalau nak kerja berdasarkan base on your degree..

Asasi ataupun foundation ni aku sendiri yang amik..asasi ni setahun...so apa beza ngan matriks?,kebanyakkan sama je,silibus hampir sama,kalau korang belajar algebra,diorang pun belajar algebra,yang membezakan asasi dan matriks ialah tempat belajar,macam matriks korang kan belajar kat pusat matrikulasi tu sendiri yang macam sekolah,tapi kalau Asasi korang dah masuk Universiti,,,hohohohoh,,berikan tepukan...atau orang sekarang sebut sebagai 

"selangkah ke universiti" 
atau
"sebelah kaki dah kat universiti"

hahaha..aku pun tak tahu mana datang perumpamaan sebegitu..Kenapa sebelah kaki je? mana lagi sebelah?hahaha
Mungkin sebab asasi itu sendiri kut...yela kalau korang habis asasi pastu terus sambung kerja,,sia sia sahaja asasi itu sebab sijil asasi/matrik tak laku...kalau korang kerja jugak,nanti gaji based on spm je..kan rugi belajar asasi tu...
Kehidupan asasi lagi free dan bebas..yela budak universiti la katakan..dalam asasi lah kena betul betul jaga diri sebab dah takda sapa nak jaga korang..if asasi still ade pengawasan light off suma tu,but in  asasi no..suma kena jaga sendiri..senang kata berdikari...yes independent...Dalam asasi,korang dah dipanggil sebagai mahasiswa,bagi aku asasi ni lagi best dan secure..aku asasi sains pertanian UPM,,kalau dari segi silibus ada pertambahan subjek pertanian,,kan best tu pergi ladang ternakan,sawah,kolam even padang golf pun ade..*saja nak promote asper jap*...macam aku asasi,,kehidupan asasi lebih bebas even pergi kuliah(kelas) pun tak payah pakai formal,pakai t shirt pun setel..hahaha...tak datang kelas pun tak apa macam aku..hohohoh..jangan ikut ya adik-adik..hahahah..but mostly asasi ni best...lagi satu aku nak cakap,asasi ni secure..yup,,lebih secure dari matriks lagi lagi nak masuk degree...degree dah takde kat matriks,korang akhirnya kalau amik matrik dan dah habis kenalah isi UPU untuk masuk universiti bagi peringkat ijazah...dan harus berentap dengan matrik satu malaysia bagi kursus yang dipohon..kalau dari asasi UPM contoh ye,kalau korang masuk asasi UPM,konfirm-konfirm degree akan kat UPM...dari pointer 2.0 sampai lah 4,0 konfirm dapat tempat kat UPM..tak payah isi UPU,just isi UPM punya application untuk permohonan degree..khas untuk budak asasi UPM sahaja...Dalam asasi juga,silibus mostly luar negara punya silibus..takde silibus yang macam matriks yang akan dibagi modul-modul..text book pun original mahal..rm 100..tngk subjek la..tapi sekarang asasi upm dah buat modul dia sendiri, sennag untuk pelajar...

Bagi medic sendiri,Contoh kalau korang minta medic,korang just isi permohonan melalui UPM terus dan tak payah upu..ada sistem kuota disini..Kuota kat sini macam ni..contoh pada tahun  ni medic UPM dia nak 100 orang sahaja...kuota yang diberi kepada asasi upm adalah 50 orang...thats mean,50 orang dari asasi senang senang leh masuk Medic punya course...manakala lagi 50 tempat adalah tempat untuk matriks satumalaysia akan berentap bersama budak stpm untuk dapat tempat di UPM...kan susah tu,,,lagi lagi yang mintak tu sume 4 flat,,pastu 50 tempat je untuk matrik dan stpm..kalau asasi UPM senang2 dapat dalam 50 tempat tu..and lagi satu pointer untuk medicjugak akan dikurangkan untuk budak asasi...if dia mintak 3.85, budak asasi 3.75 dah lepas...senang cerita asasi ni lebih secure dari matrik...bukan course medic je,course lain pun sama,akan dikurangkan pointer kalau dari asasi UPM tu sendiri..kan senang takde banyak persaingan...tapi ingat bukan smeua asasi jaga pelajarnya,sebagai contoh asasi UITM (Palam) dan Asasi UM (Pasum) tak menjanjikan degree kat universiti mereka..lepasan asasi uitm dan um kenalah isi UPU,,sebabtu pemilihan asasi juga penting,,Asasi UPM bagi aku sangatlah perfect,kuota dan pelbagai lagi la kelebihan...

So,kalau korang excel kat asasi/matriks/STPM,sejajar dengan result minimum Spm..bolehla pasang cita-cita untuk sambung medic..macam diri aku ini,,,pointer tak ade lah bagus mana..tapi bagi aku ada rezeki ade lah...aku cuba...lagi satu nak bagitau,mesti ramai yang cakap ,nak masuk medic kene 4 flat...tak semestinya..if korang tengok balik kelayakan medic kat upm,usm dan ukm suma minta 3.5 dan keatas je,,,but why ramai kata kene 4 flat?sebab itu minimun punya cgpa,yang mintak mesti suma yang mantap2 4 flat je,sebab tu 4 flat akan dipilih...macam upm it self,nak masuk medic minimum pointer 3.85..yang mintak 1000 orang,,,tempat yang ade 50 orang sebab lagi 50 budak asasi...hahahah..of course la dia pilih yang 4 flat dulu...but asasi ni special sikit sebab pointer tak 4 flat pun leh dapat medic...sebab tu nanti ade interview,,,kalau ada 100 tempat untuk medic,,,mungkin yang akan dipanggil temuduga mungkin dalam 300,,so,kalau korang tak dapat 4 flat tapi still dipanggil untuk medic itu buatlah betul-betul untuk temuduga,sebab dalam beribu yang minta medic,korang yang terpilih untuk temuduga..buat betul2 dan show the you worth it..

Actually,aku sendiri pun baru lepas interview medic,nanti aku akan ceritakan pengalaman sewaktu interview medic UPM..aku pun tak dapat tau lagi adakah aku berpeluang untuk gapai cita cita aku..aku tengah tunggu tawaran dapat ke tidak...kalau dapat Alhamdullilah kalau tak dapat mungkin Allah ada perancangan itu lebih baik untuk aku..kawan2 doakan ya...